Wednesday 8 February 2012

Niat VS Fesyen


Assalamualaikum

Banyak kedai yang aku tengok, memperagakan tudung - tudung ala Ekin, Wardina, Yuna dan Najwa Latiff. Alhamdulillah, dengan adanya artis - artis bertudung sebegini, dapat mendorong ramai wanita untuk tampil bertudung. Mereka adalah idola bagi peminat mereka. Aku dengar, ada yang mula belajar bertudung gara - gara melihat artis kesayangan mereka bertudung. Alhamdulillah.

Namun, aku mula terpikir (apasal tetiba jadi ayat novel ni?). Satu peristiwa di kenduri kahwin sepupu aku membuatkan aku berfikir semula.

"Lawa la tudung Tasha pakai. Cantik." puji Fasha.
"Ala kau pun apa kurangnya. Cantik jugak. Tapi kau boleh pakai tudung macam ni? Tudung ni susah nak gosok la. Aku pun teringin nak pakai tudung macam ni jugak sebab lawa. Tapi susah nak gosok." ujar Tasha sambil membelek tudung yang dipakai Fasha.
"Tu la. Kesabaran kena ada. Asal lawa sudah. Ana, kau tak nak tukar tudung ke? Maksud aku, gaya. Macam kami ni. Lawa sikit. Tutup aurat jugak kan. Still pakai tudung." tanya Fasha.

Peristiwa itu membuatkan aku tersenyum sendirian. Lawa, Cantik. Memang benar apa yang mereka katakan. Tudung - tudung yang digayakan oleh mereka cantik - cantik belaka. Aku kadang - kadang tengok, kagum jugak. Jeles der, tengok orang pakai cecantik. Cantik jugak apa yang mereka pakai. Tapi bila fikir balik, apakah tujuan sebenar kita bertudung? Untuk kelihatan lawa, kelihatan cantik?.


Hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).


Jadi, fikirkan balik apa tujuan kita memakai tudung. Tidak salah untuk bergaya tetapi, biarlah bertepatan dengan apa yang tercatat dalam Surah An-Nur, ayat 31

"...Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung mereka hingga ke dadanya..."

Fesyen tudung zaman sekarang semakin lama, semakin singkat dan semakin mendedahkan aurat.Sehingga ada di antara fesyen bertudung sekarang, hanya sekadar menutup rambut. Tudung pula semakin nipis sehingga menampakkan bentuk leher.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)








Bukan sahaja tudung, malahan pakaian juga perlu dititikberatkan. Aku masih teringat kata - kata Ustazah Hanisah@ Mentor Aku@ Ibu angkat aku... Beliau pernah memperingatkan kami, anak - anak muridnya, agar elak daripada memakai pakaian yang sudah menjadi fesyen pada waktu ini. Bertudung tetapi memakai pakaian ketat. Walaupun mengikut syariat iaitu memakai baju berlengan panjang, itu dipanggil menutup urat bukan menutup aurat. Apabila mendengar pesanan ustazah itu, aku mula tergelak. Ada - ada aje idea ustazah bagi memberi kefahaman kepada kami. Ustazah membenarkan apa yang dikatanya dengan hadis - hadis berikut:

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)


Bak kata Ustaz Azhar Idrus, pakai tudung tak wajib, tapi tutup aurat wajib. Aku teringat kata - kata kakak aku. Masa tu, aku kelam kabut cari tudung sebab ada orang datang rumah aku. Sedap je kena sound. Maybe dia serabut kot tengok aku ke hulu ke hilir cari tudung.

"Susah sangat, ambil je langsir tu.Tutup aurat jugak,"

Rasa nak bagi pelempang je. Tapi betul gak, tutup aurat gak. Langsir kan besar, lebar. Haha. Ikut sangatlah kakak aku tu. Tapi boleh apa. Sekarang kan zaman berfesyen. Macam - macam fesyen aku tengok. Tema hutan la, haiwan la, musim la... Sekarang, terciptanya tema langsir... Ada yang mahu tempah????