Monday 17 June 2013

Selamat Hari Abah ^^

Assalamualaikum

Selamat Hari Abah. Ngeh ngeh. Okeh. Hari itu dah cerita pasal mak, sekarang cerita pasal Abah pulak. Aku dengan abah aku memang tak berapa nak rapat sebab abah ni, orangnya sangat tegas. Lebih – lebih lagi berkaitan dengan akademik. Sangat – sangat tegas. Tapi aku je yang malas.

Betapa garangnya abah dulu sampaikan aku takut nak cakap ngan abah. Kalau duduk kat asrama, seminggu sekali aku akan telefon mak aku. Mak aku. Bukan abah. Kalau abah aku yang angkat telefon, memang mengucap panjang aku nak cakap. Kah kah. Kalau boleh, aku nak elak terus cakap dengan abah. Memang sangat janggal hubungan aku ngan abah.

Sampailah aku dah dewasa, aku try perhatikan abah. Rupanya abah sangat  penyayang. Aku ingat lagi bila family aku keluar sama – sama makan steamboat & BBQ. Abang aku ada resdung yang sangat teruk. Tak boleh makan makanan laut. So, abah aku sangat – sangat jaga. Walaupun sejak dari kecil, abah memang tak rapat dengan abang aku. Selalu kena jerkah. Selalu kena marah. Sampaikan aku fikir adakah abah pilih kasih? Jadi, abang aku ni, secara automatic tak berapa ngam dengan abah.

Tapi hari tu, aku tengok perangai abah yang sebenarya. Time semua seronok bakar makanan laut, macam udang, sotong, abang aku bakar ayam. Dan abah awal – awal khaskan tempat bakar untuk abang aku. Tak nak campur dengan yang lain.

“Yang ni Fadzly punya. Jangan kacau tempat dia. Kalau nak tumpang jugak, bakar ayam je,”

Aku selamba badak bakar aku punya sotong kat tempat abang aku  punya pembakar. Ha kau, tak memasal kena jerkah. Kah kah... Then, tahu je la, ayam ni, masaknya lambat. So, abang aku tengok je kitorang makan. Bila ayam dia dah ada dalam pinggan, tiba – tiba ada orang call pulak. Lama jugak dia berborak dengan pemanggil.  Tidak semena – mena aku tengok abah aku tolong bakarkan abang aku punya makanan. See... orang lain sibuk melantak makanan, ayah aku tak lupa pada abang aku. Walaupun tak berapa ngam, abah still sayang. Abih je jawab telefon, abang aku tinggal makan je sebab semua ayam dia abah aku dah tolong bakarkan.

Aku ingat lagi, setiap kali abang aku balik, ayah aku akan make sure, makanan laut macam udang, kerang, sotong tak ada dalam peti ais. Sebab abang aku ni kadang – kadang pakai langgar je. Rasa nak makan, dia tibai je. lepas tu,mulalah tak boleh tidur malam. Muka akan jadi merah. Hidung dia mulalah mengeluarkan nyanyian sumbang. Sok sek sok sek.

Dan baru – baru ni, kakak aku balik lewat. Sebab kerja. Ayah aku dah macam cacing kepanasan. Tak duduk diam. Kejap – kejap tengok luar. Kejap – kejap tengok luar. Mulut pulak tak berhenti membebel apasal balik lewat. Padahal jam baru pukul 8.00 malam. Malam masih muda la bah... kah kah.. (haru kena pelangkung dengan abah). Berbeza ngan mak aku. Tekun tengok drama Teduhan Kasih kat internet. Kah kah.

Dan bila aku dewasa ini, barulah aku lihat satu  - persatu abah punya pengorbanan. Abah pendiam. Tegas. Garang. Tapi, disebalik itu, penuh dengan kasih sayang. Abah sanggup ulang – alik tiap – tiap hari dari Dungun ke Terengganu semata – mata tak nak tinggal family. Abah kerja kat Kuala Terengganu. So, tiap – tiap hari abah keluar selepas Subuh dan balik pukul 6.00 petang. Padahal abah boleh je sewa kuarters. Tapi abah tak nak. Katanya tak nak tinggal family. Tapi, abah tak pernah merungut. Hujung minggu abah amik part time jadi tok mudim kat klinik swasta. Dapatlah dalam rm17 seorang. Abah buat semua ni, sebab tak nak anak –anak dia merasa susah. Apa – apa keperluan anak – anak, abah akan cuba penuhi. Bila masing – masing nak sesuatu, tak berani bagitahu abah. Hanya berani bagitahu mak. Tapi, itu tak bermakna abah lepas tangan pada mak. Abah kasi duit pada mak.

Aku ingat lagi. Time family dah, ada cabutan bertuah. Lumayan kot. Ada vakum, kipas dan lain – lain barangan eletrik. Aku punya la berdoa supaya family aku dapat vakum. Aku kan pemalas. Malas nak sapu rumah. So, ada vakum senang sikit. Kat rumah ada, tapi yang lama. Tak boleh guna. Lagipun sebelum ni, kakak aku kemas rumah. Kakak aku guna penyapu. Sekarang, turn aku. Tapi, bila dah cabut, family aku dapat mesin pengadun roti. Aku punyalah frust. Sebelum balik ke Terengganu, ayah aku singgah kat Giant. Ingatkan nak beli barang dapur. Rupanya nak beli vakum. Malu aku. Padahal aku tak pernah suarakan pun nak beli vakum kat abah aku. Tak pasal – pasal vakum tu letak nama aku. Kalau nak guna je,

“Cuba ambil vakum ira,” See, dah macam jenama aku dah vakum tu.

Abah jenis care sangat dengan anak – anak peremuan dia. Aku sendiri abah tak pernah bagi naik bas. Walaupun dengan kawan – kawan. Kalau orang lain balik naik bas luar, abah aku sanggup dari Terengganu, turun ke Kuala Berang dan balik ke Dungun semata – mata nak amik aku. Padahal aku boleh je naik bas. Tapi abah aku tak kasi. Katanya bahaya.

Kalaulah nak dicerita tentang pengorbanan abah, mahu tak habis. Aku pernah masuk pertandingan esei bahasa Inggeris dan dalam esei itu aku cerita satu persatu pasal abah. Alhamdulillah dapat no 3. Terkejut badak aku pasal aku tak yakin pun boleh dapat sebab ramai best student yang masuk. Lebih – lebih lagi, aku ni bab grammar memang ke longkang la jawabnya. Dan cikgu yang anjurkan pertandingan ni adalah guru ETA dari luar negara. So, aku tak confident mana untuk menang. Hajat aku hanya satu. Hanya share pengorbanan abah aku. Itu sahaja. Tak sangka gak cikgu aku berkenan. Hua hua...


Apapun abah, Ira sayang abah. Love you until jannah. I.Allah