Tuesday 28 May 2013

Imej aku

Assalamualaikum



Dup dap dup dap... jantung terkeluar. Result berapa hari saje lagi. Lulus? Boleh balik bercuti. Gagal? Stay untuk beberapa hari. Allahurabbi. Gerun. Tapi macam mana pulak result kat akhirat nanti? Lulus? Alhamdulillah, masuklah kamu ke syurga nan indah. Gagal? Masuklah kamu ke neraka Jahannam. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Banyakkan amalan – amalan sunat dan penuhilah amalan – amalan wajib...^^



Dah nak habis dah aku sem 1 ni. Huhu. Time first masuk, almaklumlah, masuk ke kolej yang tak ada orang aku kenal. Semuanya orang asing bagi aku. Jadi, masa tu hati aku tergerak. Adakah aku mahu stay dengan bertudung labuh atau dalam erti kata lain, imej ‘ustazah pilihan’ ataupun tidak. Masa tu hati dalam serba tak kena. Boleh aje aku nak ubah imej aku kepada yang lebih ranggi atau lebih feminine atau kekalkan imej aku yang dahulu yang dikatakan ala ‘ustazah pilihan’ gitu (wek.. padahal perangai tahap evil). Lagipun family aku duduk jauh. Dan aku seorang sahaja yang ada kat Ipoh ni. Kalau dulu, lain. Aku kat Selangor. Maka, ada abang dan kakak aku yang menjadi askar pada mak aku, yang mengawal segala benda yang aku buat. Jadi, bila dah tercampak kat Ipoh ni, aku rasa aku boleh bebas..*panah petir

Yup. Aku nak try kehidupan biasa. Mahu jadi seperti orang lain. Mahu ber’couple’,mahu bebas bergaul, bebas berpakaian yang mana ikut trend ala masa kini. Aku pernah nak cuba buat semua itu. Dalam seminggu aku orientasi, aku fikir benda itu semua. Sama ada bertukar kepada imej yang baru, atau kekalkan pada imej yang lama. Orang kata, bila dah merantau jauh ni, senang kena culture shock. Adakah aku menjadi seorang yang seperti itu? Aku sendiri bingung. Kebetulan time minggu orientasi, kena pakai baju T-shirt yang disediakan. Jadi tak nampak sangatlah imej sebenar aku ni. Dan time tu juga aku fikir masak – masak.

First sekali, aku cuba menjadi seramah mungkin. Bila orang tegur aku, akulah manusia paling ramah. Tapi biasalah. Dah macam jakun pun ada. Malu sendiri aku bila aku ingat balik. Lebih – lebih lagi dengan lelaki. First, rasa seronok sebab dapat berkenalan dengan lelaki. Tapi lepas tu aku rasa something wrong. Memang ar happy berkenalan dan bergurau senda dengan lelaki. Best la jugak. Tapi pada masa yang sama, hati aku rasa lain. Hati ak tak tenang. Aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana. Okey. Ini seriously tak menjadi. Maka, jadilah aku seorang yang pendiam. Wakaka. Yeah Amira yang pendiam. Pengsan. Padahal kaulah manusia paling banyak bercakap.

Bila misi untuk beramah mesra gagal, aku bertukar kepada pakaian pulak. Pakai tudung yang ala – ala singkat sikit gitu. *panah petir. Tapi lain pulak yang aku rasa. Ingat lagi nampak macam ranggi la kononnya. Konon okey. Last sekali, tangan aku dok main tarik – tarik tudung tu nak bagi yang singkat tu jadi labuh. Seriously tak selesa. Aku rasa macam pelik. Berangin semacam je... wakaka. Okey. Yang ini lagi failed. Belum sampai sejam, tangan aku dah tak duduk diam. Duk main tarik – tarik tudung kasi labuh. Apa cer bro. Ni nak pakai sampai habis belajar? Memang kirim salam. 

Okey. Misi tudung gagal. Baju pula. Kebetulan baju yang diberi adalah T-shirt rasmi. So, okeylah pakainya. Labuh tak jugak. Pendek pun tak jugak. Alhamdulillah aku pilih yang dah labuh. Padahal urusetia awal – awal lagi bebel kat aku suruh tukat T-shirt kepada size yang lebih kecil. Tapi aku buat tak tahu. Masalah baru bila aku dengar lelaki – lelaki duk ngumpat tentang wanita – wanita. Oh tidak. Tentang hot tak hot. Tentang besar tak besar. Perghhh. Mata besar ala doraemon. Masa tu mengucap panjang aku. Terus aku cancel nak pakai baju singkat. Wahai wanita, hati – hatilah. Peliharalah auratmu sebagaimana kamu pelihara nyawamu.

Hari last minggu orientasi, aku termenung sendiri kat surau. Hari last, bermakna bila dah start kelas, pakai baju biasa. Terserah. Nak pakai singkat ke, kecik ke, tak ada orang nak larang. Aku fikir balik. Betul ke keputusan aku nak buat ni. Tapi, bila aku tak ubah imej aku, bermakna aku seorang sahajalah bertudung labuh. Mesti aku senang kena attack dengan cikgu(wakaka apa punya pemikiran daa...). Mesti orang lain takut nak kawan dengan aku. Mesti orang fikir aku ni terrorist. Oh tidak. Aku dalam dilemma. (wakaka.. bajet gila)

Apa aku buat? Aku cuba ingat balik perjalanan aku ketika aku mula – mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Ya. Memang perit. Takkan aku nak ubah sebegitu mudah. Umpama aku dah panjat pokok yang dipenuhi kerengga semata – mata nak ambil buah. Bila dah dapat buah, aku buang setelah habis satu badan digigit kerengga. Tak ke sia – sia. Lepas tu, aku ingat balik kata – kata sahabat aku. Mahfuzah. Dia masih kekal berimej tudung labuh. Aku tengok kawan – kawan dia, semua biasa – biasa sahaja. Dan hanya dia seorang yang bertudung labuh. Dia pernah berkata pada aku, 

“aku tak takut orang ban aku tapi aku takut Allah ban aku...” *gulp. Panah petir.

Kalau Mahfuzah boleh buat, kenapa aku tak boleh buat. Ya dak? Then, aku ingat balik kata – kata mak aku. Bicara mutiara sebelum dia meninggalkan aku kat Ipoh ni.

“Mak percayakan Ira. Mak serahkan 100% kepercayaan pada Ira. Ira dah belajar agama. Gunakan agama sebagai panduan dan pedoman. Bukan sebagai hiasan. Jaga diri. Jaga iman. Dan yang paling penting, be yourself,”.


 
Aku nangis laju – laju. Balik surau, terus aku kemas baju – baju aku dan aku keluarkan semua tudung – tudung labuh aku. Aku gosok semua tudung – tudung tu. Alhamdulillah. Aku masih Mira yang dulu. Tak adalah Mira yang Rock, atau Mira yang feminine (muntah hijau). Ada orang cakap, aku pakai kain langsir. Ada orang cakap aku pakai selimut. Lantaklah apa korang nak cakap. Asalkan hati aku tenang dan jiwa aku tenteram. My life my choice. Aman tanpa perang.

“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...” (Surah Ar Raad ayat 13)

Wearing a jilbab or a long hijab doesn't automatically makes you a "ustazah". In fact, you don't have to wear those to be a true ustazah. ^^



Sunday 19 May 2013

Jom Hijrah..^^


Assalamualaikum

Ini biasa yang aku terima. Merungut sebab banyak dugaan bila hendak berubah. Berubah ke arah kebaikan. Standard la tu kak. Dugaan itukan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Kalau tak ada dugaan tak thrill la hidup ni. Ecece... cakap tak serupa bikin. Padahal bila kena batang hidung aku, terus meraung.

Orait. Aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri. Ko ingat aku baik sangat ke? Ingat aku ni, lahir – lahir dari perut my beloved mum, terus jadi anak yang taat? Anak yang mendengar kata? Anak yang solehah? Wakaka... kalau orang kenal aku sejak daripada kecik, mesti diorang akan kata yang aku ini mustahil akan jadi orang. Lebih baik jadi orang – orang... wakaka. Kalau aku tak jadi orang – orang, siapa yang nak jadi orang – orang...???

Kalau yang kenal aku suatu ketika dahulu, ketika di zaman jahiliah, aku bukanlah seorang yang baik. Pakaian pun cukup – cukup je pun. Jeans, memang tak lepas daripada aku. Sampaikan jin tak ada seluar nak pakai. Bila mak aku tegur aku buat muka slumber. Padahal baru sekolah rendah. Dah tunjuk belang. Wakaka. Tudung pun dulu cukup – cukup makan je. Lepas tu selalu angkat tudung tu melepasi paras dada. Ngeh ngeh... walhal mak aku beli tudung bukan main besar untuk aku pakai. Pastu perangai aku ni mengalahkan lelaki. Aku tak ada kawan perempuan. Memang tak ada langsung batasan antara lelaki dan perempuan time tu. Bila aku ingat balik, memang seriously, aku gila time tu. Haha...

Dan...Ting... bila masuk form 1 terus aku tercampak kat sekolah agama. Kejutan budaya wo... jean tak boleh pakai. Tudung bawal tak boleh pakai. Stoking kena pakai... bla.. bla.. bla... aku pun pening nak ikut. Mana aku boleh ikut, aku ikut. Mana tak, aku buat tak tahu... wakaka... dan bila Allah dan campakkan kesedaran untuk memahami agama dengan mendalam pada diri aku, aku slow – slow berubah.

Dari pihak family, Alhamdulillah. Mereka banyak menyokong aku. Mak ayah aku sangat supportive dan adik – beradik aku pun sama walaupun kenkadang diorang ni kuat kutuk aku. Ala adik-beradik je pun... Tak yah ambik hati sangat la. Buat tak tahu je bila diorang kutuk ke, ejek ke apa ke... sebab walau jahat mana pun diorang, seriously... dioranglah akan menjadi sumber kekuatan kita. Percayalah. Sumber kekuatan untuk jadi baik. Sumber kekuatan untuk berubah. Kalau kita tak bantu family dari jatuh ke dalam neraka, siapa lagi? So, lebih baik kita berubah untuk jadi baik, dan terus menerus ajak dan bantu mereka untuk jadi baik... takkan nak suruh mak jemah kampung pisang tolong kan???

Dari pihak kengkawan. Ha ni, kena kuatkan hati, teguhkan iman. Biasalah... manusia. Mana suka tengok manusia lain senang. Apapun mereka kutuk, apapun mereka caci, apapun mereka maki. Lantak lah. Bukan diorang yang tolong jawab soalan malaikat Munkar dan Nakir kan? So, pedulilah apa diorang nak cakap. Diorang pulau??? Relaks la beb. Macamlah Allah ciptakan manusia ini 10 orang je dalam dunia. Berlambak lagi manusia yang boleh dijadikan sahabat. Yang pasti, kena pandai pilih sahabat. Sahabat yang membawa kita ke jalan yang diredhai. Tak jumpa jugak??? Tak apa, kita ada Allah. Itulah pegangan aku ketika aku masih terkapai – kapai nak cari sahabat bila pindah kolej baru. Mahu tak menangis aku ni. Nak cari kawan yang memahami aku sangat susah. Siapa yang nak kawan dengan perangai macam Hitler ni...? Tapi seriously, masa tu, hidup aku hanya study, kelas dan surau. Bila dah tak ada kawan ni, maknanya tak ada tempat mengadu nasib la kan. So, pada Allah lah aku adukan. Dan itu membuatkan aku semakin dekat dengan Allah. Alhamdulillah.

Satu lagi, bila nak berubah ni, kita kenkadang lupa kita ni sedang dalam fasa hijrah. Sebagai contoh, biasa kita sentuh tangan bukan mahram. Sengaja. Tapi bila dah berhijrah, maybe adalah sekali dua terpegang ya tak? Tak apa... bila dah teringat, istighfar. Aku pun dulu camtu jugak. Dulu biasa nak bertepuk tampar dengan lelaki, nak cuit lelaki. Tapi sekarang mana boleh. Slow – slow aku belajar. Susah jugak wo... kekok semacam je. tapi nak buat macam mana. Dah memang bersentuhan dengan bukan mahram adalah haram.





 “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)



Apapun, nak berubah, teruskan berubah dan istiqamahlah. Biar sedikit tapi beristiqamah. Hari ini pakai tudung singkat. Esok, labuhkan sedikit. Lusa labuhkan lagi. Dari yang gemar tinggalkan solat, perlahan –lahan  berdisiplin dalam menunaikan solat...Bagi aku, orang yang cuba untuk berhijrah adalah orang yang hebat berbanding orang yang dikurniakan latar belakang agama yang sempurna tetapi tidak mengamalkan apa yang dimiliki. Biar buruk rupa, tapi mempunyai akhlak yang mulia, dia adalah manusia yang berwajah indah. Itu pendapat aku. Dan buat semua muslimin dan muslimat yang berusaha untuk berhijrah, May Allah Bless You...^^ 

Manusia boleh hebat dalam berkata-kata belum tentu dia hebat "berkata-kata" di hadapan Allah...~^^


Saturday 18 May 2013

Banat Waliyyunhamim... Rindu korang


Assalamualaikum

Allahurabbi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Exam dah habis. Yabeda bedu.. Sem 1 dah habis. Satgi masuk wad. Sekejap je masa berlalu. Bila teringat balik kenangan time aku mula – mula masuk kolej, memang gempak gila. Wakaka. Macam – macam mehnah dan tribulasi yang menimpa aku. Dan aku sendiri tak sangka yang aku dapat mengharungi semua itu dengan mudah. Allahurabbi. Memang betul firman Allah dari surah al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud:

“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

Nanges. Macam – macam ujian aku hadapi. Termasuk ujian mid sem. Tension aku. Ngeh ngeh. Dari teman sekeliling aku, hinggalah ke mak guard kolej aku pun boleh jadi. Dituduh lesbian, dikatakan hipokrit, dicop kurang ajar, dilabel sombong. Lagi, ada siapa yang nak tambah???

Baru 4 bulan kot aku ada kat kolej ni. Dah macam peluru tohmahan, cacian dan kejian yang aku kena. Kalau lah semua tu ditukar kepada peluru betul, tak ke mati kering aku jadinya. Aku tahulah yang aku ni ganas, kasar... Tak ramai yang suka aku. Tapi tak bolehkah bagi aku ruang atau peluang untuk aku perbaiki diri aku? (eceh,, dah macam ayat novel.. wakaka). Aku pun pelik. Macam mana lah gang banat waliyyunhamim boleh bertahan dengan aku. Gedabak 5 tahun kot. Bukan diorang pinggirkan aku. Bukan diorang caci aku. Bukan diorang maki aku. Tapi diorang bimbing aku. Diorang pimpin aku.

Hish nanges pulak aku. Dan bila aku ingat balik apa yang berlaku dalam masa 5 tahun. Bukan sikit masalah yang aku buat. Tapi diorang still dekati aku. Dan kalau time exam, tak ada diskriminasi langsung. Yang bijak ke yang tak terror ke, diorang buat study group sesama. Kalau ada masalah, dioranglah orang pertama yang duduk sebelah aku, bersama – sama dengan aku, selesaikan masalah.

Aku ada bertanya pada diorang. Macam mana diorang boleh tahan dengan aku. Subhanallah... Jawapan diorang sangat menusuk kalbu. Dan aku sangat-sangat terharu.






Kengkadang, aku rasa aku adalah insan bertuah sebab dapat bernafas dalam dakapan ukhuwah bersama Banat Waliyyunhamim. Biarpun tanpa jasad, kehangatan tetap terasa... Love uolls... ukhuwahfillah

Tuesday 14 May 2013

Demi Masa


Assalamualaikum

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman, dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar."

Ouch... tersentap gila. Eh. Sendiri punya pasal, sendiri yang tanggung. Hari ini aku bangun macam biasa. Setelah men’stay’ up kan diri, aku sambung tidur. Aku ni jenis burung hantu. Bila malam, baru aktif. Bila siang, macam vampire kehilangan darah.

Lepas Subuh aku sambung tidur. Bila bukak mata, pukul 9 pagi. Siapkan diri, solat Dhuha, update FB, update Twitter, tengok youtube bagai, pastu aku tengok roommate aku siap pakai baju kurung.

“Nak gi mana,”

“Exam,”

“Exam pukul berapa?,”

“10.30 sayang,”

Aku tengok jam 9.45. Gila. Dengan tak study mana nya lagi. Baju tak gosok. Wa.. berapa minit lagi untuk melangkah ke dewan exam. Aku ingat exam pukul 2.30 petang. Macam hari biasa. Tak tahulah pulak tetiba tukar ke pagi. Ke aku yang tak tengok jadual? Ouch... Macam tak exam pulak aku ni. Apa lagi. Sambil tangan gosok baju, mulut terkumat – kamit hafal anatomy. Wakaka. Seriously.  Pukul 10.00 tu aku kat asrama lagi. Nak jalan ke dewan exam yang jauh beribu batu. Mahu aku lari tak cukup tanah.

Sambil pakai tudung, sambil tengok slide. Sambil bermarathon ala Usian Bolt sambil telefon mak aku minta restu. Dah nak exam la katakan. Wakaka. Wahai manusia yang berada di kafe yang sempat melihat aksi aku bermarathon, fahamilah bahawa aku telah lewat ke dewan exam.

Masa tu la baru meyumpah seranah siapa arkitek kolej aku ni. Dewan exam jauh gila dari asrama. Baru aku tahu, besar jugak kolej aku ni. Penat kot berlari. Eskulator tak nak buat. Buat la terowong rahsia ke, yang boleh sampai ke dewan exam dengan cepat dan selamat. Elok je sampai dewan exam, kaki cramp. Wa... hebat. Dengan tak ada persediaan, kaki tetiba cramp. Sakit wo...

Masa tu, barulah timbul kesedaran bahawa masa itu sebenarnya sangat berharga. Barulah aku tahu kenapa Allah bersumpah dengan masa...”Demi masa”... Orang Arab pun apa kurangnya. “Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu”. Omputih pun tak  kurang hebatnya. Time is gold. Wahaha. Lihatlah betapa emasnya masa itu. Betapa pentingnya masa itu.



Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Mak ^^



Assalamualaikum

Bersempena Hari Ibu... Mak, Ira sayang mak... Hish, sebut pasal mak je, sure nak nangis... Waa... Rindu tahap kronik kot... Ramai orang ejek aku... Ganas tapi manja... Suka hati la woi... Aku manja ngan mak aku je... Halal dan dapat pahala gitu... Daripada manja dengan bukan mahram...*lari..

Seriously, pejam celik, dah 19 tahun mak aku bersusah payah besarkan aku. Dengan perangai yang tak semenggah, nakal, ganas... Mak aku still sanggup jaga aku. Korang sanggup??? Wakaka... Sure korang tak leh challenge mak aku. Wa... mak... nak balik...

Aku ingat lagi... Kalau time aku demam, memang mak aku paling risau... Sebab, aku ni memang susah nak demam. Tapi, kalau demam memang hambik masa seminggu nak baik... Tambah-tambah pulak bila selera makan pun tak ada... Fulamak, memang seksa... Dan orang yang paling setia jaga, adalah mak. Aku ingat lagi, hari tu aku memang seminggu dah tak makan kes demam. Minum air aje. Nestum pun tak menjadi. Mak aku masak bagai nak rak sebab nak amik selera aku. Tapi still tak leh nak makan. Siap mak aku rayu lagi...

“Ira nak makan apa? Cakap kat mak. Biar mak masak,”

Wa... dah berair dah mata... See... aku pun dengar jadi cair. Tapi aku memang tak boleh nak makan. Makan keluar balik. Penat. Suatu hari, mak aku pergi kerja. Tapi mak aku tinggalkan nasi. Tetiba mak aku telefon rumah.

“Ira dah sihat?,”

“Alhamdulillah okey je,” padahal baru lepas muntah.

“Mak belikan Ira nasi  kukus lauk ayam berempah. Ira suka makan lauk tu kan? Ira makan ya. Jangan tak makan.”

Haish mahu banjir Ipoh ni dengan air mata aku. Wa,,, macam mana aku nak balas jasa mak aku ni? Dari kecik aku buat masalah, sampai besar, mak still setia...

Aku still ingat time sekolah aku diserang hysteria. Hari Khamis malam. Malam tu dah rasa nak balik. Takut kot. Nak telefon mak aku, tapi biar la. Nak rasa jugak hidup berani. Cewah... padahal memanjang sebut nama mak. Orang lain sebut Allah, berzikir, aku sebut nama mak aku. Tetiba, petang Jumaat mak aku datang. Terkejut gak aku bila adik perempuan aku muncul depan aku. Aku ingat jelmaan manalah tadi. Bila jumpa, salam, peluk, terus nangis. Terus tak bangun – bangun dari bahu mak aku. Wakaka.... Tak leh bayang la aku macam mana. Kakak aku yang datang sekali dangan mak aku, siap gelak – gelak tengok aku. Kurang asam punya kakak. Cis... Mak aku dah gelabah...

“Ira kenapa ni?,”

Diam.

“Sakit?,”

Diam.

“Demam?,” tangan laju je letak atas dahi.

Diam.

“Ira jangan buat macam ni. Jangan macam ni. Cakap ngan mak. Kenapa nangis ni?,”

Dengan sendu, aku cerita la yang sekolah aku kena serang hysteria. Terus terdiam kakak aku. Padan muka. Tadi syok sangat suka. Sekarang baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

“Patut pun mak rasa tak sedap hati. Dari semalam lagi. Tu yang mak datang ni. Jom balik,”

Hish. Mak aku dah macam tok bomoh. Ngeh ngeh. Mak jangan mare... gurau...

Mak aku pernah datang sekolah tiba – tiba. Bila tanya kenapa.

“ Entahlah. Mak rasa tak sedap hati. Tu yang mak datang ni. Ira sihat?”

“Baru baik demam,”

“Patutlah,”

Ha kan macam tok bomoh tu. Tu la yang dinamakan naluri seorang ibu. Mak aku memang cepat beno rasa tak sedap hati kalau ada something yang berlaku pada anak – anak dia... Lepas tu mula la kelam kabut nak pergi tengok. Biar jauh beribu batu pun still nak datang jugak.

Hari tu, aku nangis – nangis telefon mak aku sebab rindu. Mak aku ejek.

“Nangis ar tu,” lepas tu perbualan senyap. Last sekali dengar suara sebak mak aku...

“Mak pun rindu Ira. Ira nak mak datang sana ke?,”

Haha. Mak aku jiwa sensitive. Haha.. Ipoh dengan Terengganu, macam lah dekat. Wakaka.

Dan aku still ingat mak aku marah teruk kat aku bila dapat tahu, aku merayau sorang diri bila duduk Ipoh. Kah kah... Teruk wo,,, Start daripada hari tu, mak aku selalu call aku. Tanya aku ada kat mana. Dengan siapa,,,Ngeh ngeh... asyik kantoi bila aku keluar sorang - sorang. Mak aku pasang CCTV gamaknya... Bila aku pujuk mak aku...

"Ala mak, Mira kan belajar taekwan-do. Sure selamat punya," (nampak tak betapa bongkaknya aku)

"Toksah ngada-ngada la Ira. Balik sekarang," Ha kau... Ibu besar sudah mengeluarkan perintah, apalagi. Balik la aku ni. Apapun saya sayang mak saya. Selamat Hari Mak...

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). mengandungnya sampai bercerai susu adalah tiga puluh bulan”. (Al-Ahqaf: 15)

Hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada.


Wednesday 8 May 2013

Aku hipokrit???



Assalamualaikum


Dah dekat nak habis sem 1 pun aku ni. Pejam celik, pejam celik dah nak habis. Fuh... ingat lagi time minggu orientasi. Orang cakap time tu berhingus lagi. Ngeh ngeh... namun.. walaupun dah nak habis sem, tapi still orang tak habis – habis bercerita tentang kisah aku yang hipokrit...




Kesnya bila diorang tengok aku time minggu orientasi, susah nak senyum, susah nak cakap, pendiam dan pasif. Tapi, bila dah habis sem, ha kau... sekali aku bercakap, satu asrama pompuan dengar. Bergegar satu asrama. Satu lagi yang diorang still cakap aku hipokrit, adalah di mana aku, bila dalam kelas, nampak alim, baik dan soleh...(Ngeh ngeh... ada sesiapa nak amik jadi calon isteri...?? *panah petir) tapi bila aku kat asrama atau duduk bersama budak perempuan, automatik aku bertukar jadi yang sangat evil. Bila bercakap, boleh bergegar bumi. Kalau ketawa, aku dan Pontianak tiada bezanya. Kalau bergurau, ha kau, semua boleh nangis pasal tak boleh tahan dengan gurauan kasar oleh aku... I’m sorry beb...


Tarik nafas dalam -  dalam... wahai sahabat – sahabat yang berada di bawah lindungan Allah... Sini beta mahu perjelaskan segalanya... Aku bukanlah manusia hipokrit tetapi aku adalah manusia yang sedang berusaha mengawal diri dari bertingkah laku yang tidak senonoh. Korang nak ke aku jadi macam Gangster Kampung Pisang??? Kalau aku jadi neutral, tak ber’gang’ dah aku dengan korang. Dengan kaum kerabat lelaki je la jawabnya. Alamatnya, aku dah tak main dah kat asrama pompuan... asrama lelaki la jawabnya.


Hakikatnya, aku sama seperti korang. Malahan, aku rasa, aku lebih banyak buat jahat berbanding korang even aku bertudung labuh sekalipun. So, izinkan aku perbetulkan diri aku. Tapi itu tak bermakna aku menunjukkan diri aku yang alim dan solehah pada kaum lelaki. Aku sesekali tidak pernah dan tak terlintas dalam kepala otak untuk berbuat gitu. Penat la bro nak berlakon jadi sopan bagai. Wakaka... yang ada dalam kepala otak aku sekarang ni, adalah aku mengawal diri bagi mengelakkan bertambahnya dosa-dosa aku yang sudah berbakul yang aku sendiri tak larat nak pikul kat Padang Mahsyar nanti. 



Aku sejak dari kecil sangat rapat dengan abang aku dan adik lelaki aku. Lebih – lebih lagi, adik lelaki aku bezanya hanya setahun dengan aku. So, aku lebih banyak membesar bersama dia. Time budak-budak pompuan tengah main patung Barbie, aku dok sibuk dengan main robot. Time budak pompuan lain sibuk main masak – masak, aku sibuk main polis dan pencuri. Time pompuan lain sibuk menolong emak kat dapur, aku sibuk membantu ayah aku renovate rumah (wakaka padahal nak ngelat masak. Malas nak buat kerja-kerja dapur. Tak mencabar) time pompuan lain sibuk melayan cerita Winter Sonata @ autumn in my heart, aku sibuk melayan cerita born to fight dan ong bak... (siap boleh hafal pergerakan diorang),,,


So, aku ni kira macam tomboy sikit la. Sikit je okeh. Sebab tu, kengkadang, tak ramai pompuan yang tak boleh nak tahan dengan perangai aku yang agak kasar ini. Sebab tu aku lebih suka berdiam diri ketika awal – awal aku masuk kolej. Aku lebih suka tengok personality orang terlebih dahulu sebelum aku boleh ngam dengan orang. Sebab aku takut ada yang tak tahan dengan perangai aku. Jadi, jelas la ye aku tak hipokrit.... Siapa cakap lepas ni, sure aku sumpah jadi chicken mushroom soup...



And the last, ramai orang cakap aku lesbian. Ni satu lagi ni... haih boleh buat aku gelak guling – guling. Kesnya, diorang tengok aku tak ramai kawan lelaki dan aku tidak punya pakwe... kah kah... sape  punya idea la yang sebarkan dakyah ini. Okey, sini aku terangkan. Bukak mata kamu luas – luas ya... Macam aku jelaskan tadi, aku ini sedikit tomboy. Kalau dulu, aku tak ramai kawan perempuan tapi ramai kawan lelaki.. dan perangai aku akan jadi sedikit lain bila rapat dengan lelaki. Aku akan jadi seperti aku bersama adik lelaki dan abang aku. Manja (mujur diorang paham), suka bergesel dengan diorang (sampai adik aku pun rimas). See... ko nak tengok aku bergesel dengan bukan mahram aku. Ko nak aku jadi mak cik gedik dengan bukan mahram aku???? Hoi jah, aku dah banyak dosa. Tak sanggup aku nak menambah lagi. Biarlah, aku tidak punya pakwe sampai ke tua, asalkan aku tidak menambah dosa  aku...^^ *peace no war... 

So, aku kawal diri aku dengan tidak terlalu rapat dengan lelaki. Dan yang penting, aku still normal ok. Citarasa aku masih sempurna. Kalau tak macam mana aku boleh jatuh cinta dengan Fahrin Ahmad ngan Aaron Aziz???? Wakaka...


Lastly, aku mohon stop la katakan aku ni lesbian ke, hipokrit ke or whatever... aku pun kengkadang serabut gak... macam parents aku tak ajar pulak nilai sopan dan ketatasusilaan... Padahal mak abah didik aku elok je. Aku ni je yang suka ikut hala tuju kepala otak aku...