Saturday 18 May 2013

Banat Waliyyunhamim... Rindu korang


Assalamualaikum

Allahurabbi. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi. Exam dah habis. Yabeda bedu.. Sem 1 dah habis. Satgi masuk wad. Sekejap je masa berlalu. Bila teringat balik kenangan time aku mula – mula masuk kolej, memang gempak gila. Wakaka. Macam – macam mehnah dan tribulasi yang menimpa aku. Dan aku sendiri tak sangka yang aku dapat mengharungi semua itu dengan mudah. Allahurabbi. Memang betul firman Allah dari surah al-Baqarah ayat 286 yang membawa maksud:

“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

Nanges. Macam – macam ujian aku hadapi. Termasuk ujian mid sem. Tension aku. Ngeh ngeh. Dari teman sekeliling aku, hinggalah ke mak guard kolej aku pun boleh jadi. Dituduh lesbian, dikatakan hipokrit, dicop kurang ajar, dilabel sombong. Lagi, ada siapa yang nak tambah???

Baru 4 bulan kot aku ada kat kolej ni. Dah macam peluru tohmahan, cacian dan kejian yang aku kena. Kalau lah semua tu ditukar kepada peluru betul, tak ke mati kering aku jadinya. Aku tahulah yang aku ni ganas, kasar... Tak ramai yang suka aku. Tapi tak bolehkah bagi aku ruang atau peluang untuk aku perbaiki diri aku? (eceh,, dah macam ayat novel.. wakaka). Aku pun pelik. Macam mana lah gang banat waliyyunhamim boleh bertahan dengan aku. Gedabak 5 tahun kot. Bukan diorang pinggirkan aku. Bukan diorang caci aku. Bukan diorang maki aku. Tapi diorang bimbing aku. Diorang pimpin aku.

Hish nanges pulak aku. Dan bila aku ingat balik apa yang berlaku dalam masa 5 tahun. Bukan sikit masalah yang aku buat. Tapi diorang still dekati aku. Dan kalau time exam, tak ada diskriminasi langsung. Yang bijak ke yang tak terror ke, diorang buat study group sesama. Kalau ada masalah, dioranglah orang pertama yang duduk sebelah aku, bersama – sama dengan aku, selesaikan masalah.

Aku ada bertanya pada diorang. Macam mana diorang boleh tahan dengan aku. Subhanallah... Jawapan diorang sangat menusuk kalbu. Dan aku sangat-sangat terharu.






Kengkadang, aku rasa aku adalah insan bertuah sebab dapat bernafas dalam dakapan ukhuwah bersama Banat Waliyyunhamim. Biarpun tanpa jasad, kehangatan tetap terasa... Love uolls... ukhuwahfillah

3 comments:

  1. nak tambah kat ruang tu boleh? * sebab Amira yang saya kenal selama ni takde pun buat hal dan masalah segala bagai. orang yang dok 'bombom' mira tu yang tak tau nak nilai orang kot.

    apepun sahabat, kuat, biasalah duniakan. tempat Allah nilai iman. kalau nak seronok dan bersenang lenang, tu bukan dunia, tu syurga.

    moga kite sentiasa menyimpul ukhuwah kerana Allah, supaya nanti kite bertemu semula di akhirat :D

    ReplyDelete
  2. Thanks Syidah. Thanks Nik. Kadang aku rasa diri aku semakin kuat biarpun beribu rintangan yang mendatang sebab Allah hadiahkan korang yang sudi bersama aku menghadapi rintangan itu. Seriously, korang dah buat aku menangis. apapun I love uolls. Ukhuwah sampai syurga...^^

    ReplyDelete