Saturday 22 September 2012

Ingat dating, ingat S.N.A.P

Assalamualaikum

Sehari selepas majlis perkahwinan Abang Ajim, Abang Saiful rancang untuk survey  hotel kat Port Dickson dan Melaka untuk Family Day Keluarga Mustakim 2013. Kebetulan aku cuti panjang. So, aku apalagi, dengan bermurah hatinya, bersama kakak aku dan Angah join sekali dengan Abang Saiful untuk merayau mencari hotel. Sekali – sekala jalan, apa salahnya. Hehe. (Cakap je la yang ko ni memang kaki jalan. Pantang diajak merayau. Engkaulah yang didahulukan)

Dalam perjalan untuk ke Melaka, aku dan yang lain – lain borak – boraklah dalam kereta. Serius aku cakap. Memang gempak. 4 orang, rasa macam nak pecah kereta. Mahunya tidak. Masing – masing tak nak ngaku kalah dalam mempersembahkan lawak. Aku pun sampai dah tak larat nak ketawa. Lepas penat gelak – gelak, tiba – tiba telefon Angah berbunyi. Dia bercakap secara diam – diam. Ehem ehem. Angah, kau dah ada makwe nampak…

Lepas Angah cakap, apalagi, kitorang masuk jarum la. Korek rahsia daripada Angah. Rupanya perempuan yang telefon Angah. Aku ingat lagi dialog Angah.

Angah: Ala Zila yang telefon.

Abang Saiful: Makwe kau ke?

Angah: Orang macam tu nak buat makwe. Eee. Tu bukan selera Angah.

Abang Saiful: Amboi, tingginya taste kau.

Angah:Angah bukan apa tau bang. Angah nak, biarlah makwe Angah tu, jujur dengan Angah. Bukan hipokrit.

Kak Mimi: Macam mana Angah tahu perempuan tu hipokrit.

Angah:Ala, Angah dah banyak kali test dia. Yang Angah nampak, Zila tu suka keluar malam, kawan dengan ramai lelaki, gedik pulak tu. Tapi depan Angah selalu buat baik. Tunjukkan dan tonjolkan diri tu baik. Angah nak yang neutral baik. Bukan plastik. Lagi satu, dia ni orang semenanjung je. Angah tak nak orang semenanjung. Angah nak orang jauh – jauh.

Kak Mimi: Banyak songeh la kau ni Angah. Muka tak hensem mana pun.

Angah: Bukan apa Kak Mimi. Angah cari yang jauh – jauh, macam Sabah atau pun Sarawak, biar kitorang susah nak dating.

Kak Mimi: Pelik la kau ni Angah.

Angah: Kak Mimi dengar ye. Apabila kita berdating, kita kena ingat SNAP. S.N.A.P. Apa itu SNAP?
S, Syaitan. Apabila kita keluar berdua – duaan, maka akan ada orang ketiga iaitu Syaitan.
N, Nafsu. Dan apabila syaitan bermaharajalela, maka nafsu akan memberontak
A, Akal. Dan, apabila nafsu memberontak, maka secara automatik, akal tidak lagi menjadi keutamaan. Sebaliknya, nafsu yang utama.
P, Perbuatan. Dan, apabila nafsu melampaui akal, maka disertai dengan perbuatan. Dan seterusnya, berlakulah adegan yang tidak sepatutnya. Jeng ,jeng, jeng.

Aku yang dengar pun ternganga. Angah bukan sekolah agama. Dan dia bukanlah seorang yang alim. Tapi, kata – kata dia tadi, buat aku terpegun. Aku sendiri tak pernah terpikir. Seriously, dengan suara yang ditiru ala – ala Ustazah Bahyah, memang sah dia boleh jadi penceramah. Nak aje aku bawak Angah pergi kat kolej aku. Then, ceramah kat sana. Peringatan kepada pelajar –pelajar yang suka buat covalent bond (pelajar lelaki dan perempuan yang duduk berdua – duaan). So, ingat dating, ingat S.N.A.P.

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji (fahisyah) dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” – (Surah Al-Israk ayat 32)