Thursday 19 April 2012

Long Live Palestine


Jom rap kejap...

Long Live Palestine, by Lowkey... Terbaik...!!!

This is for Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza!

 While we listen to tunes, made by ignorant fools,
Israel blocked the UN from delivering food,
They'll bring in the troops and you won't even glimpse at the news,
They make money of the products that we are quick to consume,
It's not simply a question of differing views,
Forget emotions, this is fact, what I spit is the truth,
Makes no difference if you're a Christian or if you're a Jew,
They are just people living in different conditions to you,
They still die when you bomb their schools, mosques and hospitals,
It is not because of rockets, please god can you stop it all,
I'm not related to the strangers on the TV,
But I relate because those faces could have been me,
Words can never ever explain the raw tragedy,
It's not a war they're just murdering more rapidly,
We are automatically supporting pure savagery,
Imagine how you'd feel if it was your family,

This is for Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza,

Palestine remains in my heart forever,
We stand for peace, in times of war we shan't surrender,
Remember, it didn't start in that dark December,
Every coin is a bullet, if you're Mark's and Spencer,
And when your sipping Coca-Cola,
That's another pistol in the holster of a soulless soldier,
You say you know about the Zionist lobby,
But you put money in their pocket when you're buying their coffee,
Talking about revolution, sitting in Starbucks,
The fact is that's the type of thinking I can't trust,
Let alone even start to respect,
Before you talk learn the meaning of that scarf on your neck,
Forget Nestle,
Obama promised Israel 30 billion over the next decade,
They're trigger happy and they're crazy,
Think about that when you're putting Huggies nappies on your baby,

This is for Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza,

This is not just a war over stolen land,
Why do you think little boys are throwing stones at tanks?
We will never really know how many people are dead,
They drop bombs on little girls while they sleep in their beds,
Don't get offended by facts, just try and listen,
Nothing is more anti-Semitic than Zionism,
So please don't bring bad vibes when you speak to me,
I know there's plenty of Rabbi's that agree with me,
It's your choice what you do with this message,
Don't get it confused; I view this from a truly human perspective,
How many more resolutions have to be violated,
How many more children have to be annihilated
Israel is a terror state, there terrorists that terrorize,
I testify, my television televised them telling lies,
This is not a war, it is systematic genocide,
But whatever they try, Palestine will never die!


Lowkey

Monday 16 April 2012

Ketawa

Assalamualaikum

Di sini, aku mahu kongsikan, kelebihan ketawa:

1.Mengurangkan risiko penyakit jantung
Penyelidikan yang dijalankan mendapati, ketawa boleh mengembangkan dinding dalam arteri. Dengan itu, ia meningkatkan aliran darah. Kesan positif ini berkekalan sehingga 30 – 50 minit.

2. Mengurangkan stress
Sebagaimana juga senyum, ketawa juga mampu mengurangkan stress yang kita sedang hadapi. Ketawa mengurangkan paras hormon stress. Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stress.

3. Membaiki pernafasan
Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam – dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress juga pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru. Jangan lebih – lebih pulak. Kang tak pasal – pasal orang lain ingat korang peserta Hospital Bahagia.

4.Memperbaiki aliran dan tekanan darah
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah.  

5. Melonjakkan sistem imun
Sepertimana senyum, para penyelidik mendapati, ketawa juga dapat meningkatkan sistem imun kita yakni menambahkan bilangan penghasilan antibodi (T-cells). Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan. Ini menjadikan kita lebih payah diserang penyakit batuk dan selesema.

6. Tidur yang lena
Sering kali kita sukar mendapatkan tidur yang lena apabila menghadapi masalah dan stress. Ketawa dan gelak sebelum tidur boleh membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak. Ha, siapa yang tak boleh tidur, gelak la korang. Gelak slow – slow sudah la. Kang ada jugak yang tak boleh tidur sebab dengar ada orang mengilai tengah malam. (korang la tu).

7. Ubat penahan sakit
Ketawa merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara. Ketawa menyebabkan orang yang sakit lupa akan kesakitannya untuk seketika. Kajian yang dijalankan para penyelidik mendapati, kanak-kanak yang menonton filem komedi lebih tahan menghadapi sakit.

8.Merupakan senaman
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal. Sesiapa yang malas nak mendayung kanu, malas nak kayuh basikal, pakat suka ramai – ramai. Ketawa ramai – ramai. Amacam? Agak – agak boleh kurus tak?

9. Beberapa manfaat kesihatan psikologi
Ketawa boleh meningkatkan keyakinan diri dan memberi kekuatan mental untuk kita berdepan dengan konflik dan cabaran hidupKetawa juga membantu kita mengatasi depresi dan rasa bimbang. Ia membaiki kesihatan mental dan membantu kita melupakan segala tekanan dalam kehidupan seharian kita yang serba sibuk ini. Maka perbanyakkanlah senyum dan ketawa dalam kehidupan seharian kita.  Tapi, kadang – kadang bahaya jugak kan? Banyak – banyak senyum, banyak – banyak ketawa, sure – sure komuniti ingat korang ni otak dah senget.

Aku tergolong dalam golongan yang mudah ketawa. Memang senang nak ketawa. Sampaikan ada orang panggil aku kanak – kanak Ribena. Katanya, sebab aku riang dan ceria. Aiseh. Mak aku dah berapa kali tegur. Katanya, lebih - lebih ketawa pun tak boleh jugak. Memang tabiat ni, kurang cantik. Tabiat aku ni, sampai terbawa – bawa ketika sesi temuduga. Ha, ambik kau. Padan muka. Orang lain bukan main serius, fokus bila berdepan dengan panel. Aku? Siap boleh gelak dengan panel. Aduh. Memang awal – awal aku kena reject ni. 

Bermula dengan Encik panel panggil aku. (panggil Encik panel. Tak sempat nak berkenalan. Nama kat baju pun tak ada) Dengan semangat wajanya, aku pergi ke tempat di mana panel C berada. Aku serahkan borang, kemudian, aku duduk. Baru je duduk, Encik panel hulurkan sehelai kertas pada aku.

“Tandatangan kat nama awak,” Encik panel itu bagitahu pada aku sambil letakkan highlight depan aku.

Aku dah mula pelik. Apasal pulak kena tandatangan dengan highlight? Colour kuning pulak tu. Tapi aku biarkan je. Maybe peraturannya macam tu kot. Aku pun apa lagi. Terus turunkan tandatangan. Baru je highlight tu nak sentuh kertas, terus Encik panel tu sound kat aku.

“Ya Allah, awak tak ada pen ke?,” Aik, macam perli aku je?

Aku mula terpinga – pinga. Encik panel terus keluarkan pen dari poket beliau.

“Ada ke tandatangan guna highlight,” Encik panel mula sindir aku.

“Abih, hulur highlight, ingat suruh tandatangan guna highlight.” Masa tu dah mula gelak. Malu sendiri. Betul jugak. Mana ada orang guna highlight. Aiseh.

“Saya bagi highlight sebab tak nak bagi kertas terbang,”

Aku dah tak boleh nak tahan aku punya ketawa. Lepas tandatangan, aku duduk balik. Sambil – sambil cakap, beliau belek aku punya dokumen. Selang pada tu jugak, aku memang ketawa memanjang. Aiseh. Tengah cakap – cakap, tiba – tiba je slip periksa SPM aku terbang melayang. Jauh pulak tu. Takkan aku nak suruh Encik Panel tu ambil. Jadi, aku la pergi ambil. Bila aku bangun dari kerusi, semua mata yang menunggu untuk ditemuduga tengok aku. Ingat aku dah habis la tu. Tak la. Tak habis lagi. Kena kejar slip periksa yang terbang makin jauh tu.

Malu kot. Kalau dapat result lawa tak pe la jugak. Terbang la sampai Uganda sekalipun. Aku bahagia. Ni result.... entahlah...Aduh. Lepas kutip aku punya slip, aku duduk balik. Time tu, ketawa aku lepas. Memang tak boleh nak kawal. Encik Panel pun turut serta sekali. Sepanjang sesi temuduga, memang aku gelak. Kejap – kejap gelak. Kejap – kejap gelak. Jadi sesi temugelak ke apa ni…

Habis je sesi temuduga, aku intai yang lain pulak. Semua serius amat bila berhadapan dengan panel. Aku? Apa hal pulak gelak. Masa tu memang aku dah agak. Sure tak dapat punya ni. Orang lain bukan main serius. Fokus. Aku? Haha. Hancur temuduga aku.

Aku cerita pada family aku, memang sakit telinga kena sound dek kakak - kakak aku. Pergh, pedas amat. Penat - penat datang ke Terengganu semata - mata untuk sesi temugelak. Siapa yang tak mengamuk. Aku terbaca satu sabda Rasulullah SAW,

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu,”

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh macam aku ni. Kalaulah orang nak masuk meminang aku, memang awal - awal kena reject ni. 

Nak ketawa, nak gelak, boleh je, tapi biarlah berpada - pada. Kadang - kadang, kita terlalu banyak ketawa, terlalu banyak gelak, menyebabkan kita lupa dunia. Cayalah. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. 

Jadi, nak kurangkan ketawa, menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
 
 (1) Kerana memikirkan akhirat
 (2) Kesibukan mencari keperluan hidup
 (3) Risau memikirkan dosa
 (4) Apabila tibanya musibah dan bala.
 
Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Jadi, Ana IsariM, ambil ibrah dari pengalaman temuduga yep...!!! Jangan banyak ketawa. Berpada - pada...

Saturday 14 April 2012

Dengki

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki" (Riwayat Ibnu Hibban dan Al - Baihaqi)

Time sekolah menengah dulu, ketika berada di Tingkatan 3, aku ingat lagi aku sangat – sangat dengki pada sahabat aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Bukan dengki dengan kecantikan ataupun kekayaan. Sorry sikit. Itu hanyalah sementara dan itu milik Allah. So, aku tak berhak nak dengki. Tetapi aku dengki dengan kejayaan sahabat aku. Time exam, memang dia selalu dapat markah tinggi dari aku. Memang jealous amat. Kami memang berkawan baik. Malah sangat – sangat baik. Masa first datang sekolah, dialah orang pertama yang aku kenal dan kami rapat sampai sekarang. Waktu itu, kami duduk satu dorm. Memang aku selalu tengok dia. Relaks je. Tapi result exam boleh tahan gempaknya. Itu yang buat aku panas tu. Ha, start daripada itulah aku ada mula rasa nak dengki. Rasa macam menyampah tengok muka dia. Geram. Haha. Jahat betul la aku ni. Patut aku kena buang daerah ni. Tapi walau dalam kebencian, aku still bersahabat baik dengan dia. Malah dia adalah salah seorang best friend aku. Ha, camne tuh Memang tak boleh dibuat kawan la aku ni.

Kami masih terus bersahabat baik, sampailah tinggal beberapa bulan lagi PMR menjelma. Ha, time tu, kedengkian makin meluap pada dia. Kalau dia study dekat aku, pasti aku akan menjauhkan diri. Kalau dia berjalan sebelah aku, pasti beribu langkah akan ku melarikan diri. Kalau dia tegur aku, sure aku buat tak layan. Kalau dia pinjam barang aku, sure aku akan teragak – agak nak bagi. Bagi tetap bagi tapi dalam hati still tak ikhlas. Fikirkan, apasal lah dia pinjam barang aku. Bilalah dia nak pulangkan barang aku tu. Amacam? Hebat tak? Macam Hitler aku ni kan? Jahat amat. Pernah sekali dia tegur aku. Aku ingat lagi. Masa tu, dia datang kat aku, dengan senyuman sambil tegur aku.

“Ana,” suara biasa dia. Ceria. Dia memang seorang yang mesra dan ramah.

Tapi, aku bukan suka. Makin tak suka adalah. @#$%^&*. Aku bukan balas. Jawab dengan suara agak – agak menengking.

“Apa?,” wa… Amacam? Ada gaya Rika Sumanto dalam cerita Bawang Merah Bawah Putih versi Indonesia tak?Aku sendiri terkejut dengan reaksi aku. Rasa macam kena rasuk pun ada. Tak pernah aku tengking orang(ye ke?). Dia pun terkejut jugak. Aku apa lagi. Cepat – cepat aku mengatur 1000 langkah dari dia. Bimbang jugak. Kang melarat kang naya pulak. Aku ni panas baran. Kang tetiba taufan tornado melanda. Naya.

Start daripada hari tu, aku jauhkan diri daripada dia. Takut aku tertengking dia pulak. Tapi, kitorang masih bertegur sapa, dan masih bergurau senda macam dulu. Sampailah time PMR, kami sesama bermohon maaf. Itupun ramai – ramai minta maaf. Ha…

Habis je PMR, macam biasa, dah tak ada kerja lain melainkan lepak semata - mata. Time tu la aku cari peluang meluahkan rasa hati. Cewah. Aku jumpa dia, aku ceritakan apa sebab aku menjauhkan diri dari dia. Haha. Mula – mula dia terkejut, tapi Alhamdulillah, dia jenis bukan yang simpan dendam. Tu pendapat aku la. Tak tahu la dia macam mana. Betul tak Sara Omar?. Haha. Sorry sangat – sangat yep. Time tu aku sendiri tak tahu macam mana syaitan boleh berjaya hasut aku sampai boleh jatuh benci kat kau. Haha. Tak pasal – pasal hubungan kita retak sementara waktu, kan?

Buat Sara Omar, sorry sangat – sangat. Tak ada niat nak sakitkan hati kau. Haha. Rindu kamu :-)

Ha, itulah kedengkian yang terbesar berlaku pada diri aku. Sebelum ni, biasa – biasa je. Dengki, pastu lama – lama, hilanglah. Time ni je, dengki, retak persahabatan. Wo.. bahaya tu…

Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak."

Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.Bukan dengkikan kecantikan mahupun kekayaan. Hati - hati dengan permainan dunia yep^^.

Thursday 5 April 2012

Syeikh Ahmad Yasin



Antara insan yang amat aku kagumi adalah Syeikh Ahmad Yasin atau nama penuhnya Ahmed Ismail Hassan Yassin dilahirkan pada tahun 1938 di sebuah kampung bernama al Jora, daerah Majdal dalam wilayah Asqalan. Beliau dibesarkan di sana sehingga tahun 1948. Semasa pendudukan regim Zionis Israel ke atas bumi Palestin, beliau dan keluarga dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza. 

Apa yang aku kagumi pada beliau adalah semangat perjuangan yang dimiliki melampaui keupayaannya. Bayangkan dalam keadaan berkerusi roda, beliau masih aktif dan terus berusaha untuk membebaskan bumi Palestin!. Kadang, aku jadi malu kerana dengan keadaan aku yang sempurna dan sihat ini, aku tak sumbangkan sebarang bantuan pun untuk saudara - saudara di Palestin.Jasa beliau sangatlah besar. Tanpa mengira kekurangan yang dialami, tanpa memandang kekurangan yang dialami, beliau masih bisa menggoncang dunia dengan semangat juangnya.

Kemuliaan Adalah Dengan Bersama Islam
Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan amat disayangi oleh guru-guru semasa di sekolah. Beliau juga seorang ahli sukan yang aktif pada zaman sekolah. Pada zaman muda, beliau telah terjatuh semasa beriadah dan menyebabkan beliau lumpuh pada bahagian kakinya. Keadaan yang lumpuh itu tidak menghalang beliau meneruskan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan kegiatan Islam.  Pada tahun 1964, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah, namun tidak berjaya meneruskan pengajiannya kerana telah dipenjara oleh pihak Berkuasa Mesir selama sebulan di atas penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dasyat lagi beliau telah dihantar pulang oleh pihak Berkuasa Mesir ke Gaza tanpa sempat menyelesaikan kuliahnya .Ketika kembali ke Gaza, beliau tidak pernah berhenti dari meneruskan kegiatan dakwahnya. Beliau tetap aktif dengan menjadi tenaga pengajar Bahasa Arab dan juga khatib di Masjid Gaza. Khutbah-khutbah beliau telah berjaya membangkitkan semangat umat Islam Palestin untukmelawan pendudukan regim Zionis pada tahun 1967.  Dalam suatu khutbahnya, Syeikh Ahmad Yasin pernah berkata:

“Umat ini tidak akan pernah memiliki kemuliaan dan meraih kemenangan kecuali dengan Islam. Tanpa Islam tidak pernah ada kemenangan. Kita selamanya akan selalu berada dalam kemunduran sampai ada sekelompok orang dari umat ini yang siap menerima panji kepimpinan yang berpegang teguh kepada Islam, baik sebagai cara hidup,sahsiah, pergerakan, pengetahuan, mahupun jihad. Inilah satu-satunya jalan. Pilih Allah atau binasa!

“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala-bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan) mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Imran: 126)


Qudwah Umat
Syeikh Ahmad Yasin juga aktif dalam kegiatan kebajikan umat Palestin. Pada tahun 1973, beliau bersama sahabat-sahabatnya telah menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberi nama Mujamma Al-Islam yang bermaksud Akademi Islam. Melalui pertubuhan ini, beliau aktif membangunkan masjid-masjid, serta membina imam-iman  dan para khatib muda untuk menjadi hujung tombak dalam perjuangan Palestin melawan pendudukan regim Israel. Pertubuhan ini juga aktif menyantuni golongan yang miskin di samping mengurus pendidikan anak-anak Palestin sehingga ke peringkat universiti.   Beliau aktif mendidik dan membina generasi muda Palestin untuk berjihad melawan regim Zionis.

Syeikh Ahmad Yasin bukan sahaja dihormati dan dikagumi oleh umat Islam Palestin dan antarabangsa, bahkan juga amat dihormati oleh penganut agama lain. Suatu ketika ada seorang penganut Kristian di kota Ramallah bernama Bassam Hana Rabbah datang menemui Syeikh Ahmad Yasin untuk mengadukan permasalahannya kerana ada seseorang di Gaza melakukan penipuan terhadap dirinya. Syeikh Ahmad Yasin yang juga pimpinan Dewan Islah (perdamaian) dengan bijaksana mampu mendamaikan antara Bassam Hana Rabbah seorang Kristian dengan seseorang yang telah melakukan penipuan. Kata Hana Rabbah;

“Beliau menguruskan permasalahan aku dengan benar dan serius, bahkan mampu bersikap adil terhadapku. Hak-hak aku pun telah dikembalikan untuk aku nikmati. Sebagai tanda terima kasih, sebahagian hartaku diberikan kepada Dewan Islah.”

Sebagai seorang kepimpinan Islam dan tokoh umat, kehidupan Syeikh Ahmad Yasin cukup bersederhana. Anak perempuannya, Mariyam Ahmad Yasin telah menceritakan tentang corak kehidupan ayahnya:

“Rumah ayah terdiri dari 3 bilik dengan jendela yang sudah rapuh. Rumah ini sangat sederhana sekali. Ini fakta bahawa ayahku tidak mencintai dunia, namun cintakan akhirat .Ramai yang menawari beliau untuk memiliki sebuah  rumah besar seperti para kepimpinan negara yang lain, namun ditolaknya. Bahkan pernah suatu ketika, kerajaan Berkuasa Palestin memberikan sebuah rumah besar di suatu kampung mewah di Gaza, Namun tawaran itupun di tolaknya, dan ayah tidak peduli dengan perbagai bentuk tawaran kesenangan duniawi.

Rumah kami sangat sempit. Tidak ada lantai, dapurpun ala kadarnya. Jika musim dingin, kami kedinginan. Namun jika musim panas tiba, kami pun kepanasan. Ayah sama sekali tidak memikirkan untuk menambah besar rumahnya. Ayah justeru sibuk mempersiapkan rumah di akhiratnya. Walau apapun keadaan kami, Alhamdulillah, kami cukup sabar, kerana kami percaya, InsyaAllah, kami akan melihatnya lagi di syurga-Nya nanti. Untuk itulah kami juga sangat berharap beroleh mati syahid seperti beliau.”


Jihad Adalah Jalan Pilihan
Syeikh Ahmad Yasin amat sinonim dengan perjuangan jihad membebaskan tanah air Palestin dan bumi Al Aqsa. Memandangkan situasi Palestin saat itu berterusan dizalimi oleh Zionis Israel sehingga menuntut mereka untuk berjihad melawan penjajah, Syeikh Ahmad Yasin bersama sahabat-sahabatnya menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan al-Mujahidun al-Falastiniyun pada tahun 1982. Walaupun dirinya lumpuh, ianya tidak menjadi penghalang kepada beliau mendidik dan membina generasi pejuang Palestin bagi berhadapan dengan penjajah Zionis. Pada tahun 1983, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Mahkamah Tentera Israel selama 13 tahun atas dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan Zionis Israel. Namun pada tahun 1985, hasil daripada proses pertukaran tahanan di antara PLO dan regim Israel, beliau dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Pada tahun 1987, Syeikh Ahmad  Yasin dan sahabat-sahabatnya telah menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam yang dikenali sebagai HAMAS bagi memerdekakan Palestin dan Masjid Al Aqsa. Ruhul jihad yang telah ditanamkan oleh Syeikh Ahmad Yasin kepada generasi muda Palestin melalui proses tarbiyah yang tersusun, telah mencetuskan kebangkitan umat Palestin melawan penjajahan Zionis Israel. Pada Disember 1987, gerakan massa yang dipelopori anak muda Palestin telah mencetuskan gerakan Intifadhah yang bermodalkan batu melawan tentera regim Israel yang lengkap dengan senjata canggih.

Usaha untuk memenjarakan Syeikh Ahmad Yasin oleh regim Zionis Israel tidak pernah padam untuk menghentikan usaha jihad beliau dan HAMAS. Pada 19 Mei 1989, beliau telah ditangkap oleh pasukan rahsia Israel. Kemudian pada 16 Oktober 1991, Syeikh Ahmad Yasin dijatuhi hukuman penjara seumur hidup ditambah 15 belas tahun lagi oleh Mahkamah Tentera Israel. 1 Oktober 1997, beliau dibebaskan dari penjara Israel akibat tekanan dan ketakutan regim Israel dengan penentangan yang semakin kuat dari HAMAS dan masyarakat antarabangsa. Pada 6 September 2003, sebuah helikopter Apache milik tentera regim Zionis membedil dan merobohkan rumah beliau. Namun beliau telah terselamat dan mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun pada Subuh 22 Mac 2004, tentera Israel sekali lagi melancarkan serangan ke atas beliau. Semasa dalam perjalanan pulang dari masjid selepas solat Subuh berjamaah, tiga buah roket dilancarkan ke atas beliau yang lumpuh itu dan mengorbankan Syeikh Ahmad Yasin serta empat yang lain, termasuk anaknya sendiri, Abdul Ghani.


Bintang Itu Tetap Menyinar
Syeikh Ahmad Yasin telah meninggalkan medan perjuangannya. Namun ketiadaan beliau tidak menghentikan semangat dan perjuangan para pewarisnya di bumi Palestin. Menurut Syeikh Saud Abu Mahfuz, Ketua Jawatankuasa Gabungan Antarabangsa Untuk Al Aqsa, melalui proses tarbiyah dan ruh Al-Quran yang dibangkitkan oleh Syeikh Ahmad Yassin sejak 50 tahun yang lalu, kini Gaza adalah kota Islam yang terbanyak melahirkan ribuan para penghafal Quran.

Menurutnya, tidak kurang ada 60,000 hafiz al-Quran di Jalur Gaza. Selain itu, bandar Gaza yang terus dikepung oleh regim Israel dengan dukungan Barat ini juga menjadi bandar terkecil dengan jumlah masjid yang terbanyak di Timur Tengah. Menariknya, kini hampir 100% wanita Muslimah di Gaza telah berjilbab. Semua ini terjadi, ujar Syeikh Saud, kerana berjalannya proses tarbiyah berpaksikan al-Quran.
As syahid Syeikh Ahmad Yasin, pergimu meninggalkan kesan buat kami yang masih berbaki lagi. Mampukah kami meneladani kehidupanmu? Dr. Asy-Syahid Abdul Aziz ar-Rantisi, anak didik kepada Syeikh Ahmad Yasin mengatakan, Syeikh Ahmad Yasin adalah simbol Islam yang besar ketika hidup. Dengan gugurnya beliau, ia menjadi guru unik dan paling menonjol dalam sejarah umat yang besar. Tidak ada sejarah seperti yang diukir Syeikh Yasin, dimana pemimpin yang lemah (dari segi fizikal) mampu mengubah menjadi kekuatan. Ia adalah pemimpin yang tidak pernah percaya dengan kelemahan mutlak seharipun bagi manusia atau dengan kekuatan mutlak selama ia masih bernama makhluk.

Berani, optimis, dan berjihad, sikap inilah yang telah diajarkan oleh beliau kepada kita. Naluri kepahlawanan itulah yang dimiliki oleh beliau dan ingin diwariskan kepada kita. Sesungguhnya pekerjaan-pekerjaan besar dalam sejarah ini hanya dapat diselesaikan oleh mereka yang memiliki naluri kepahlawanan sejati berpaksikan keimanan kepada Allah. Tentangan-tentangan dan cabaran besar dalam sejarah hanya dapat dijawab oleh mereka yang memiliki jiwa kepahlawanan yang cintakan akhirat dan syurga Allah SWT semata. Dan Syeikh Ahmad Yasin telah mencontohkan kepada kita, bahawa semangat perjuangan dan kepahlawanan kan tetap bergelora meskipun keterbatasan melanda diri.


“Diantara orang-orang beriman itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (sampai saat kemenangan), dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.” (Al-Ahzab: 23)


Pesanan as Syahid
Pesanan beliau buat tatapan kita bersama, semoga memberi inspirasi ruhiyah buat para pemuda pemudi Islam yang cintakan perjuangan al haq;

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah SWT, meninggalkan pelbagai sorak kehidupan dan menyingkirkannya ke tepi jalan. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh berjamaah, saatnya kalian menghiasi diri dengan akhlak mulia, mengamalkan kandungan Al Qur’an, serta meneladani Muhammad SAW.

Aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat waktu. Lebih dari itu, aku mengajak kalian, wahai anak-anakku, untuk mendekatkan diri kepada Nabi kalian yang agung.
Wahai para pemuda, aku ingin kalian mengenal dan menyedari makna tanggungjawab, tetap utuh menghadapi kesulitan hidup, meninggalkan keluh kesah, menghadap kepada Allah SWT, banyak meminta ampunan kepada-Nya agar Dia memberi rezeki kepada kalian, menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Aku ingin kalian tidak terlena oleh saluran-saluran lagu audio visual, melupakan kata-kata yang membisikan cinta nafsu, serta menggantinya dengan kata amal, kerja, dan zikir kepada Allah. Wahai anak-anakku, kuharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada Allah mempergunakan hijab secara benar. Aku meminta kalian berjanji kepada Allah peduli dengan agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian membuatkan mata para pemuda menjadi kendur dan surut tatkala melihat aksi kalian.

Kepada semuanya, aku ingin kalian bersiap-siap menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dalam beberapa saat hidup tanpa elektrik dan tanpa kebergantungan dengan kemudahan elektronik. Latihlah diri kalian agar dalam sementara waktu merasakan kehidupan yang keras. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakallah kepada Allah.”

Tuesday 3 April 2012

Luahan seorang lelaki

Assalamualaikum,

Tujuan saya menulis ini, adalah untuk menyuarakan isi hati saya dan kaum adam yang lain. Saya mewakili kaum adam yang lain, yang banyak mengadu tentang kalian. Bukan niat saya untuk menyakiti kalian tetapi cukuplah sekadar membantu kami yang lemah ini. Bukan jua niat saya untuk menyinggung perasaan kalian tetapi cukuplah sekadar membantu kami yang hina ini.

Wahai bidadari dunia,

Kami mohon, kalian tutuplah aurat kalian. Bukan kami dengki kepada kalian tetapi aurat kalian mengganggu kami. Sekali kami terpandang aurat kalian, pelbagai bayangan dari syaitan yang menjelma. Pelbagai cara dan kaedah kami gunakan untuk menghalau bayangan itu. Walaupun pada mulanya kami berjaya, tetapi andai perkara itu berulang, ulang. dan ulang lagi, bagaimana kami mahu menahan? Kami juga manusia biasa. Punya perasaan. Punya nafsu. Bayangan itu seolah - olah mengejar kami. Baiklah. Kalian seringkali lontarkan tuduhan bahawa kami tidak menjaga pandangan, bermata keranjang, gatal dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan kalian? Bukankah Allah telah berfirman dalam ayat dari Surah An – Nur, ayat 31.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Kalian dikurniakan anugerah kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan anugerah itu hanya berhak pada yang layak. Bukan pada yang bukan mahram. Dan andai kalian diberi pilih pilihan untuk memilih yang cantik atau hodoh, semestinya kalian menjawab yang cantik, bukan? Begitu juga dengan kami. Suka melihat benda yang cantik. Jadi, siapa yang patut dipersalahkan sekarang? Kalian tidak menutup aurat, dan andai sesuatu berlaku, seperti kejadian rogol, culik, dan bunuh, kalian tunding jari pada kami. Adilkah? Bagaimana pula dengan kami yang terseksa dengan aurat yang kalian persembahkan?


Wahai bidadari dunia,

Jagalah aurat kalian sesempurna mungkin. Aurat wanita adalah untuk dijaga, dan bukan untuk dijadikan tontonan. Kami, kaum adam amat menyayangi kalian kerana kalianlah penyejuk hati kami. Kerana kalianlah bakal zaujah kami. Kerana kalianlah sayap kanan kami. Dan kami amat menyintai kalian. Kami tidak sanggup melihat kalian diazab di neraka milik Allah.Sedangkan Allah telah nyatakan dalam al - Quran, surah An Nisa', ayat 56, yang membawa maksud

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api Neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Sanggupkah kalian? Jika kalian ngeri, kami berkali ganda ngeri. Mana mungkin kami melihat bidadari yang kami cintai melangkah ke neraka Jahanam milikNya. Di sana, tiada lagi sebarang pertolongan. Yang ada, hanyalah derita semata - mata. Ketahuilah kami sayang kalian.


Wahai bidadari dunia,

Terima kasih bagi kalian yang menutup aurat. Terima kasih. Tapi, hanya satu yang kami pohon. Tutuplah aurat kalian sesempurna mungkin. Bukan hanya dengan memakai pakaian yang mengikut syarak iaitu hanya menampakkan muka dan pergelangan tangan. Tetapi biarlah yang longgar dan labuh. Benar, permintaan kami ini amat menjengkelkan. Tapi, cuba kalian bayangkan, kalian berpakaian ketat sehingga menampakkan susuk tubuh kalian. Bukankah itu sama sahaja andai kalian tidak memakai pakaian? Bezanya, kalian menutup kepala dengan tudung. Bukankah itu juga mengganggu fikiran kami?


Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)


Jauhilah pakaian yang nipis dan jarang. Bukan kami melarang kalian untuk bergaya, tetapi, kalian fikirlah. Dengan pakaian yang nipis dan jarang itu, bisa membuatkan kami melihat dengan jelas apa yang disebalik pakaian yang kalian pakai. Pada saat inilah bisikan syaitan mula menjengah. Bayangan kotor dari syaitan mula bermaharajalela. Masya-Allah.

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:

“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud).

Jadi, kami memohon, tutuplah aurat kalian, labuhkanlah tudung kalian dan longgarkanlah pakaian kalian. Benar, kami banyak songeh kerana meminta kalian itu dan ini. Tetapi, fikirlah, bahawa kami meminta semua ini adalah untuk kebaikan kita semua. Kalian tutup aurat, pandangan kami terjaga. Kalian tidak dapat dosa kerana kalian menutup aurat, kami tidak dapat dosa kerana kami tidak melihat kalian. Kita sama - sama saling bantu - membantu.


Jadi, sampai di sini sahaja warkah daripada saya, wakil daripada kaum adam. Andai terkasar bahasa, tersilap bicara, saya mohon ampun dan maaf. Wahai muslimah sekalian, bangkitlah dari dunia yang penuh tipu daya ini. Bangkitlah. Jagalah maruahmu.                                                                                                                                                               

Yang benar,

Anak Adam.


Sunday 1 April 2012

Muslimah


Lagu dari Nazrey Johani, Muslimah, buat semua kaum hawa. Salah satu lagu kegemaran ana ^^.
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta




"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)