Sunday 21 July 2013

Al-Quran,surat cinta yang dilupa

Assalamualaikum


Broadband dah ada kat tangan aku. Ha, maka dengan ini, semakin rajinlah aku meng‘online’kan diri aku di muka buku dan pencicit. (Walhal tak ada broadband pun online jugak. Okay, thanks kepada dua benda alah ini kerana bisa me’lagha’kan aku. Fuh... *peluh besar...

Apapun, satu yang aku sangat happy. Di mana aku dapat banyak input berkenaan agama. Meskipun kat sini kurangnya pendedahan tentang agama, tapi dengan dua benda alah ni jugak sedikit bantu aku meneroka dunia dengan lebih mendalam *ecece... ayat ala professor gitu... Banyak perkongsian ayat – ayat al-Quran, hadis, dan bicara mutiara dari ilmuwan – ilmuwan Islam yang terkenal. Alhamdulillah.

Tapi, yang sedikit aku terkilan adalah, dengan adanya dua benda alah ni jugak, satu nikmat jugak telah tertarik. Mahu tahu itu apa? Ya... iaitu al-Quran. Semakin banyak menghabiskan masa dengan menghadap dua benda alah ni, semakin kurang masa kita bersama al – Quran. Cuba semak balik, bila kali terakhir kita pegang al – Quran? Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan. Mungkin yang sebelum ini, jarang memegang al – Quran, kini, sudah rajin membawa Kalamullah itu ke hulu dan ke hilir. Sudah rajin membuka dan membacanya... Alhamdulillah. 

Nampaknya macam dah lari tajuk. Okay, patah balik... Bila aku berada di kalangan masyarakat – masyarakat sekeliling, ramai yang sibuk berkongsi ayat itu dan ini. Untuk mendekatkan jodoh, untuk mendapatkan jodoh yang kita nak, dan sebagainya. Tetapi, bila masuk bab untuk membaca al – Quran, semua pakat tiup kuku sambil pandang siling, semua pakat tengok telefon takut ada panggilan masuk, semua pakat tengok antara satu sama lain. Macam bila membaca al – Quran ni, seolah – olah kita bakal memikul beban yang berat.

Ya... tidak salah untuk membaca doa – doa yang telah ada dalam al – Quran untuk mendapatkan apa yang diingini tapi, apa guna doa sampai berjam – jam tapi usaha tak ada. Angkat tangan minta itu dan ini tapi lepas itu minum teh tarik sambil menonton bola. Then, bila tak dapat apa yang diingini, saling menyalahkan takdir, saling merungut antara satu sama lain. Ini bukanlah cara yang betul. Cuba flashback balik rukun Islam yang ke – 6...

Ada yang lebih lawak, berkias menggunakan al – Quran untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, nak bercouple. Ini pengalaman aku sendiri okay. Bila ada menegur tentang couple, terus dikeluarkan ayat al – Quran. Dan inilah yang aku sempat copy...  

 “tp kita kna brusaha kn..sebb takdir ni ada bnyk jnis antaranya ia akn berubh bla kita berusaha..sebgaimn ALLAH BERFIRMAN sesuatu bngsa itu akn dpt hasilnya bila dia berusaha.”

Bagi aku senang. Aku tak nak comment apa – apa. Cuma nak aku tekankan kat sini bahawa, matlamat tidak menghalalkan cara. Seperti mana yang kita tahu, couple itu haram. Sebab apa ia haram? sebab boleh mendekatkan diri kepada zina. Senang nak faham kan? 

Benda – benda macam ni, laju sahaja. Bila nak suruh baca al – Quran, macam nak suruh ajak pergi berperang. Aduhai, sedarlah wahai manusia. Al – Quran itu Kalamullah, bukan novel ciptaan manusia. Mukjizat teragung. Ruginya siapa tak rebut.

Dan aku sangat tertarik dengan satu petikan/cerpen yang aku cilok kat facebook. Ehem... berguna jugak ek... Moga bermanfaat...^^

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.


Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.


Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.


Beberapa tahun berlalu…


Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:


- Mana ibumu?


- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.

- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?


- Tidak!


- Di mana pula abangmu?


- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.


- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?


- Tidak!


- Kakakmu di mana?


- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.


- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?


- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…


Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!


Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?


Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?


Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.


Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

Tuesday 16 July 2013

Amanah itu tanggungjawab

Assalamualaikum

Ramadhan sudah menjelma... Ahlan wasahlan ya Ramadhan... Moga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat semua umat Islam. Sama ada kita masih bertemu di Ramadhan akan datang, kita sendiri tidak tahu. Oleh itu, manfaatkanlah Ramadhan kali ini dengan sebaiknya....

Entry kali ini, nak cerita tentang amanah baru aku. Sekali lagi aku ceritakan berkenaan amanah selepas tajuk amanah. Baru – baru ini, ada pemilihan Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa untuk Badan Kerohanian dan Dakwah bagi kolej aku. Senior pakat attack aku. Nak suruh aku pegang jawatan. Aku awal – awal dah kaw – kaw punya tolak. Kolej aku ni, suka buat macam – macam program tapi tak pernah ambil tahu apa yang student dapat dan apa yang student hayati. Dan satu lagi, program berlambak tapi nak menguruskannya bagai nak mintak banglo 10 biji. Perlu buat surat bagai. Nak jumpa pihak atasan satu hal. Kadang – kadang sampai kena skip kelas. Ini pun nak buat majlis tadarrus perlu tangguh sampai Ramadhan ke berapa ntah. Padahal boleh je nak buat ikut kehendak sendiri. Tapi kena tunggu pihak atasan bagai. Oh tidak... Aku tak suka be

nda rumit – rumit macam ni. Bikin gua stress tau ngak... Bagi aku senang, nak berdakwah sekalipun, tidak semestinya perlu memegang jawatan setinggi langit. Asalkan kena caranya, dan beristiqamah selain berusaha mencapai yang terbaik.

So, masa pemilihan, aku dah awal – awal buat – buat tidur di sebalik tabir. Orang lain tengah pun pang pung pang berbincang nak pilih calon, aku sodap berdengkur di sebalik tabir. Oh yeah... please don’t try this at home. Seriously, aku rasa, aku la makhluk paling pemalas. Buat – buat tidur, last sekali, aku yang tertidur. Siap mimpi lagi minum air sirap ais. Terus aku tersedar. Puasa la katakan...(macam la orang lain tak puasa :|). Tengok jam, pukul 10.30 pagi. Okey, 30 minit telah berlalu. Bermakna meeting mesti dah separuh jalan. Dengan muka mamai, tudung senget benget, aku terus join meeting. Sekali pandang dah macam hantu sungai dah aku rasa. Tiba – tiba, pencalonan untuk bendahari. Aku dah kecut perut. Janganlah pilih aku. Seriously, aku bukanlah seorang yang amanah. So, dengan muka tak bersalah, aku bangun dan pergi ke tandas. Bukan buat apa pun. Bersolek je lebih biarpun tidak punya alat mekap.

Dah siap aku lepak kat tandas, aku balik semula kat tempat meeting. Time tu, semua jawatan telah pun diisi. Nampaknya, rancangan aku berjaya. Bukan senang nak menjayakan rancangan ni wo... hampir 2 minggu jugak aku mikirkan stratergi untuk mengelat. Akhirnya, terlaksana. Haha... Ex presiden umumkan nama – nama yang telah dilantik. Satu demi satu nama disebut. Tibalah jawatan naib presiden. Nur Amira... eh, macam aku kenal nama tu. Aku pun berpaling tengok senior aku, Kak Nor. Dia mengangguk setuju. Aku pandang yang lain. Semua pakat dok pandang aku. Kejap. Amira mana ni? Ada lagi ke senior nama Amira atau batch lain nama Amira? Aku tengok nama bapanya. Kurang asam, aku rupanya. Rasanya time tu nak aje aku koyakkan kertas yang ada kat tangan ex presiden. Ayo... apasal aku... Nak aje aku meraung.

Hati aku dah cukup bengkak dah. Aku tak nak jawatan tu. Naib Presiden bagai. Berat amanah tu oooo... Rasanya lebih baik ambil jawatan cleaner daripada jadi naib presiden. Macam manalah aku nak jawab kat hadapan Allah nanti sekiranya aku tak mampu nak laksanakan dengan baik. Allahurabbi. Tambahan pulak, habis je meeting, terus ada suara – suara sumbang mahram yang menyatakan ketidakpuasan hati memilih aku sebagai naib presiden. Hello sedara, ingat aku hadap sangat ke jawatan ni? Aku langsung tak hadaplah even markah kokurikulum boleh naik setinggi alam sekalipun. Sikit pun aku tak hadap. Bila aku tawarkan jawatan pada orang empunya suara, terus diam membisu dan terus terkelu. Alasannya, takut tak sempat nak study. Ha, itu yang engkau piker pulak ye...

Stress aku jadinya wo... dah lah jenis aku ni cepat stress. Tapi, Alhamdulillah, bicara mutiara dari sang presiden sedikit sebanyak menyejukkan hati. Cewahhh


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad, ayat 7


Ouch... sentap... Nangis... Huhu... Tapi hati aku still tak senang. Bila aku adukan pada sahabat aku, mereka menjawab,

“Itu bukan mereka yang pilih. Tapi Allah yang pilih. Mesti ada hikmah disebaliknya. Terimalah dengan hati terbuka,”

Ark... tersentap. Allahurabbi... Permudahkanlah urusan aku.