Tuesday 20 November 2012

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin

Hari ini, tanah mulia ini bergegar lagi,
Langit cerah bertukar mendung,
Bunyi bising silih berganti,
Hari ini bakal bertambah bilangan Mujahidin.


Lelaki itu bersembunyi di sebalik tembok,
Bertemankan senapang dan peluru,
Biar nyawa menjadi galang ganti,
Asalkan tanah mulia ini mendapat bela.


Kanak-kanak itu berjalan perlahan,
Di jalanan yang berdebu, mengutip batu,
Biarpun kecil, biarpun lemah,
Takkan dibiarkan tanah ini tercela.


Anak kecil itu menangis menagih simpati,
Di sebelah ibu yang tidak bernyawa,
Bagaimana nasib anak kecil itu?
Terbelakah dia atau sebaliknya?


Wanita itu bersembunyi dalam ketakutan,
Di sebalik runtuhan dinding bangunan,
Di sini, maruah wanita menjadi permainan,
Tanpa belas, tanpa perikemanusiaan.


Di manakah tangan-tangan yang mengaku bahawa mereka
adalah sahabat dalam keimanan,
Yang mengaku bahawa mereka seagama denganku,
Di saat maruah kami tercabar, di saat maruah kami menjadi taruhan,
Kalian berada di mana?



Sunday 18 November 2012

Suara anak Palestin

Suara Anak Palestin

Allah, di manakah ibuku?
Duru-duri pasir menguburkan semua kehidupan,
Allah, di manakah ayahku?
Hamparan pasir nan luas, seolah - olah menutup mata

Allah, di mana aku harus berdiam diri?
Ditutup sebuah benteng yang kukuh,
Menahan rasa lapar dan lilitan perut,
Berapa sisa hidupku? Katakan...

Sendiri dalam sepi...
Allah, aku mahu berlari mengejar mentari,
Dengan langkah kaki dan gapai angkasa,
Langkahku terhenti di hadapan genang air keruh,
Aku pandang wajah lesuku pada cerminan air tenang,
Mengikis semua kerut-kerut kehidupan

Allah...Allah...Allah,
Takkan ku biar tanah Palestin ini dirampas makhluk durjana itu,
Akan kupertahankan tanah mulia daripada mereka,
Takkan ku biar tanahku hancur di tangan mereka,
Kerana tanah ini hanya untuk Islam,
Biar nyawa sebagai galang gantinya...
Allah...

Thursday 1 November 2012

Masuk Islam vs Dah Islam

"Aku lapar la. Apasal kafe tutup awal?," kata Miesha

"Kafe memang tutup awal sekarang ni. Tak apa, ambik burger ni. Kita makan sama-sama," jawab Hayati sambil mengeluarkan burger yang dibeli siang tadi. Aishah Najeehah tak ketinggalan. 

Meisha tersenyum riang. "Alhamdulillah," kedengaran Meisha mengucap syukur. Segera dia menadahkan tangan. "Bismillahirrahmanirrahim. Allahummabariklana..." Bacaan Meisha terhenti, lalu memandang Hayati.

"Fima..," Hayati memberi klu.

"Fimarazaktana...," Meisha menyambung, dan begitulah seterusnya. Dibantu oleh Aishah Najeehah and Hayati, barulah doa makan dibaca dengan lengkap. Meisha nampak tak puas hati, then, dia bukak file. Ambik satu kertas, dan baca makan sekali lagi berpandukan kertas.

Haha... Sumpah macam ayat novel. Kemaruk novel ke apa aku ni? 


Kertas bacaan doa - doa yang dimelayukan untuk memudahkan Meisha hafal.

Rasa macam nak nangis bila tengok Meisha sungguh - sungguh baca doa makan. Makan burger je kot. Aku yang lahir - lahir beragama Islam ni pun, kenkadang je amal. Rasa lapar, terus ngap. Hua... memang kalah dengan Meisha. Then, bila tengok dia sunguh - sungguh jaga aurat. Boleh tabik spring kat Meisha. Yang beragama Islam pun kalah. Nak turun kafe pun, still pakai sarung lengan dengan stoking. Aku pulak jadi malu dengan diri aku sendiri.(Kadang - kadang pakai tak cukup lengkap).

Tu tak masuk lagi bab solat. Memang Meisha la yang paling awal. Awal - awal lagi dia datang bilik Hayati, untuk belajar solat. Rasa tertampar seketika. Tengok macam mana Meisha, yang baru peluk Islam, sungguh - sungguh belajar tentang agama. Malu pada diri aku sendiri. Malu bro...

Rasa bahagia, bila tengok Meisha gembira when she can hafaz bacaan - bacaan dalam solat. Setiap kali turun study, mesti Meisha akan announcement.

"Kau tahu tak, hari ni aku belajar benda baru. Aku belajar bacaan antara dua sujud." Kemudian, Meisha akan baca sambil Hayati, Aishah Najeehah and Nazihah termasuk aku jadi guru tasmi'nya. Walau still pelat, tapi kira hebat la. Semangat nak belajar and nak improvekan solat tu ada. Allah tak tengok hasil tetapi Allah tengok usaha.

Suka bila tengok Hayati bantu Meisha dalam memperdalami (betul ke tak imbuhan aku ni) agama Islam. "Baca al-Fatihah sekali," haha. Itulah ayat Hayati. Nak suruh Meisha lancar baca al-Fatihah punya pasal. Kadang - kadang naik gelak bila tengok sketsa diorang. Hayati dengan kesabarannya ajar Meisha tentang Islam, dan Meisha dengan ketabahannya belajar tentang Islam sampai jeles aku. Hem hem... Atie, jeles I tau.




Kertas yang Meisha guna time dia masuk kepada Islam.

Aku bukan apa sebenarnya. Aku cuma sedih dengan pelajar - pelajar yang beragama Islam sekarang. Pakai tudung hanya time subjek agama atau kalau berada kat masjid. Time lain, dengan bebas and freenya berfree hair. Adakah tudung@berhijab hanya berhenti setakat di masjid atau kelas agama? Rasa malu pulak dengan yang baru peluk Islam. Tudung tak pernah lepas dari kepala. Aurat still jaga. Ikhtilat pun sama. Jaga jugak. 

Kadang - kadang aku jumpa yang dating bawah pokok kat tempat gelap, bawah sinaran cahaya lampu jalan yang suram lagi menyuramkan kat tepi jalan. Yang aku jumpa, semuanya pelajar Islam. Bertudung. Malu la beb. Kadang rasa lawak gak. Apa kelas dating kat situ. Dating la kat Hotel Paradise ke, Hotel Shielton ke. Baru power. Ni setakat bawah pokok. Kalau pokok tu boleh bergerak, aku pasti pokok tu buat tendangan penalti kat manusia - manusia yang tengah dating.

"Dasar manusia durjana. Kau buat maksiat sebelah aku," kata pokok itu dengan marahnya. Hua... (Sumpah tak lawak ana:P)

"Aku tak dating, aku bincang pasal presentation untuk esok," alasan yang aku dengar. Aku rasa nak gelak guling - guling. Alasan bagi, biar la logik dan diterima akal oleh budak darjah 1. Kalau aku bagitahu adik aku, sumpah dia cakap 'tak betul'. Apa guna pihak kolej sediakan 4 tingkat bilik tutor, library, bilik study, bilik komputer, bilik reakreasi, bilik air. Selesa lagi bergaya untuk korang berbincang. Tak yah nak buat miskin atau berlakon miskin berbincang di jalanan.

One more yang aku nak tekankan, adalah solat. Perghh. Memang susah giler yang amat nak tengok manusia - manusia untuk solat on - time. Ada yang solat Zuhur, sekali ngan Asar (solat nak dekat Asar la tu). Maghrib pun sama. Tuk Bilal dah nak azan Isya' baru solat Maghrib. Tu kira okey la. Yang paling best, ada yang tak solat terus. Hebat betul manusia itu ya. 

Firman Allah: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu (al-Kahf ayat 50).

Firman Allah: Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal" (al-Ma'idah ayat 58).

Time raya haji hari tu, boleh pulak penuh saf kat masjid (aku tekankan untuk kaum lelaki) . Kalau time tak raya haji, separuh saf je. Sedih aku tengok. Masjid sepelaung je kot. Jalan 2@3 langkah, dah sampai. Kalau malas tahap gaban sangat, bagitahu aku, biar aku buat surat untuk pihak kolej. Suruh sediakan wheelchair yang khas untuk pergi masjid. (Cewah, macam aku ketua pelajar kolej... kih kih... biar aku berangan seketika..)

Nampaknya, aku sudah meleter panjang, tapi itulah realiti yang perlu diperserlahkan. Bila aku nak banding kehidupan Meisha yang baru nak peluk Islam, dengan kehidupan pelajar Islam yang lahir memang dah sah - sah Islam. Memang berbeza. Sepatutnya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Nikmat terbesar tu. Kadang kesian tengok Meisha, masih tergagap - gagap nak baca doa. Tapi, semangat dia kuat. Still tak pernah tinggal solat. Dan dia pernah bagitahu aku, dalam gap before Muet exam, dia nak mantapkan solat. Yang dah lahir semulajadi Islam ni, macam mana pulak? Cukupkah 5 waktu kalian solat? Think about it.