Tuesday 20 November 2012

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin

Hari ini, tanah mulia ini bergegar lagi,
Langit cerah bertukar mendung,
Bunyi bising silih berganti,
Hari ini bakal bertambah bilangan Mujahidin.


Lelaki itu bersembunyi di sebalik tembok,
Bertemankan senapang dan peluru,
Biar nyawa menjadi galang ganti,
Asalkan tanah mulia ini mendapat bela.


Kanak-kanak itu berjalan perlahan,
Di jalanan yang berdebu, mengutip batu,
Biarpun kecil, biarpun lemah,
Takkan dibiarkan tanah ini tercela.


Anak kecil itu menangis menagih simpati,
Di sebelah ibu yang tidak bernyawa,
Bagaimana nasib anak kecil itu?
Terbelakah dia atau sebaliknya?


Wanita itu bersembunyi dalam ketakutan,
Di sebalik runtuhan dinding bangunan,
Di sini, maruah wanita menjadi permainan,
Tanpa belas, tanpa perikemanusiaan.


Di manakah tangan-tangan yang mengaku bahawa mereka
adalah sahabat dalam keimanan,
Yang mengaku bahawa mereka seagama denganku,
Di saat maruah kami tercabar, di saat maruah kami menjadi taruhan,
Kalian berada di mana?



No comments:

Post a Comment