Amira duduk berteleku di dalam Surau Al-Muttaqin. Fikirannya kusut. Dia buntu. Amira menghela nafas berat lalu menyandarkan tubuhnya pada dinding surau. Dipandang ke arah tengah surau. Kosong. Para pelajar beransur pulang ke dorm masing-masing. Hanya tinggal beberapa pelajar yang setia menghuni di surau itu. Ada yang sedang membaca al-Mathurat dan ada yang membaca Kalamullah. Suasana itu sedikit sebanyak memberi ketenangan pada dirinya.
“Assalamualaikum,” satu suara
mematikan lamunan Amira. Dipandang wajah yang memberi salam tadi. Qaniah.
Sahabat seangkatan dengannya.
“Termenung jauh nampak.
Teringatkan kekasih hati ke?,” Qaniah bercanda. Cuba mengukirkan senyuman di
wajah Amira.
“Hish. Mana ada. Mengarut
sahaja Nia ni. Saya mana ada kekasih hati.” Ujar Amira sambil mengukirkan
senyuman. Namun hambar sekali dimata Qaniah.
Qaniah memandang wajah Amira.
Wajah keruh Amira menceritakan segalanya. “Habis tu? Ada masalah?,”
Amira memandang ke wajah
Qaniah. Menggeleng pun tidak, mengangguk pun tidak. Jika diikutkan kehendak
hatinya, mahu sahaja dia luahkan segala apa yang terbuku di hatinya. Tetapi,
dia sendiri tidak tahu dari mana dia hendak mulakan.
“Cubalah cerita. Jangan malu,
jangan segan. Mana tahu, kalau saya boleh tolong. Kalau saya tak boleh tolong
pun, mungkin membantu awak untuk rasa lebih lega,” ujar Qaniah lagi. Memujuk
sahabatnya itu agar meluahkan segala masalah yang membebaninya. Tidak sanggup
lagi melihat wajah kelat Amira.
Amira cuba mengukir senyuman.
Biarpun pahit untuk diluahkan,
hatinya tekad.
Sahabat – sahabatnya tidak akan
sesekali terlibat dalam masalahnya.
Itu janjinya.
Suasana sepi. Qaniah menghela
nafas berat lalu melemparkan senyuman kepada Amira.“Tidak mengapalah Mira.
Mungkin sekarang ini, awak belum bersedia. Nanti, kalau awak dah bersedia,
carilah saya atau sahabat – sahabat kita yang lain. Mereka akan sedia membantu.
Insya-Allah.” Ujar Qaniah sambil menggosok bahu Amira. Amira tersenyum sekadar
menyedapkan hati Qaniah. Qaniah berdiri lalu melangkah meninggalkan Amira.
Memberikan Amira ruang untuk mencari ketenangan.
“Oh ya.” Qaniah berhenti seraya
berpusing memandang Amira. “Allah pernah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat
286.
"Dan Allah tidak akan
membebani sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
“Semua masalah ada
penyelesaian. Saya yakin awak boleh melalui dugaan ini. Biarpun berat, biarpun
lelah. Sabar dan bergantung haraplah kepada Yang Satu. Itu kuncinya,” ujar
Qaniah tenang.
Amira mengangguk lembut lalu
melemparkan senyuman kepada Qaniah. “Insya-ALLAH,”.
“Saya pergi dulu,” Qaniah
meminta diri lalu melangkah pergi.
Sebaik sahaja Qaniah hilang
dari pandangannya, Amira melepaskan nafas berat.
“Ya Allah, hanya padaMu tempat
aku mengadu,”
***
“Mira,” Rasyidah menegur
lembut. Bahu Amira sedikit terangkat. Terkejut dengan sapaan Rasyidah. Segera
dia berpaling memandang wajah Rasyidah. Amira melemparkan senyuman buat
Rasyidah. Rasyidah tersenyum. “Ada apa dalam minuman tu sampai tenung macam tu
sekali?,” Rasyidah cuba bercanda. Terlukis keresahan di wajah Amira. Puas
ditanya kepada sahabat – sahabatnya tentang perangai Amira yang sering
termenung dan muram sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Namun,jawapan yang
diterima, hampa sekali. Tidak tahu tentang masalah yang dihadapi Amira.
“Ada – ada sahaja Rasyidah ni,”
Amira membalas lalu memandang kembali minumannya. Suasana sepi seketika.
Rasyidah melepaskan nafas
berat. ‘Apa yang aku boleh lakukan untukmu, wahai sahabat? Katakan sahaja, akan
aku bantu sedaya yang kumampu’. Mahu sahaja Rasyidah bertanya tetapi sekadar
terlafaz di hati.
“Assalamualaikum, maaf kami
lewat. Teacher Suriani lepas lewat hari ini,” Dini yang baru sahaja tiba di
kafeteria, riang menyapa Rasyidah.
“Waalaikumusslam. Tidak
mengapa. Lagipun kami baru sahaja sampai. Mana Iylia dan Ainsyah?,” tanya
Rasyidah sambil matanya ligat mencari kelibat Iylia dan Azimah di belakang Dini.
“Ada, mereka sedang membeli
minuman. Usrah kita kali ini, apa tajuknya?,” tanya Dini laju sambil melabuhkan
punggung bersebelahan Rasyidah. Biasanya, pada waktu rehat sebegini, selepas
solat dhuha, mereka akan berkumpul di kafeteria dan mengadakan usrah pendek
sekiranya tiada sebarang komitmen.
Rasyidah tersenyum melihat
gelagat Dini. “Adalah tu. Sirrun,”
“Ala, apa pulak rahsia – rahsia
ni. Ilmu Allah, buat apa dirahsiakan. Sebarkan, agar sekalian umat, tahu
tentang kebesaran dan keagungan Allah,” jawab Dini petah. Rasyidah dan Amira
tertawa mendengar kata – kata Dini.
“Amboi, seronoknya ketawa. Tak
ajak kami,” ujar Azimah dengan nada merajuk. Gelas berisi air sirap diletakkan
di atas meja lalu dilabuhkan punggungnya bersebelahan Amira diikuti Iylia.
“Dia ni, Azimah. Kedekut ilmu,”
balas Dini laju sambil mencebikkan bibirnya. Iylia dan Azimah memandang ke
wajah Rasyidah. Rasyidah tersengih.
“Tak baik kedekut ilmu tau,”
ujar Iylia sambil menjengilkan matanya. Mereka serentak ketawa melihat telatah
Iylia.
“Okeylah. Nak tahu sangat kan.
Hari ini, kita akan bercakap tentang ujian. Memandangkan exam SPM dah nak dekat
ni,” ujar Rasyidah tenang.
“Alah, ni yang buat saya lemah
lutut ni. Cakap pasal exam sahaja, mesti rasa nak demam,” ujar Iylia laju.
“Kenapa pula macam tu?,” tanya
Rasyidah. Semua memandang Iylia. Menantikan jawapan.
“Takut,” ujar Iylia sambil
mencebikkan mulutnya lalu menundukkan wajahnya. Semua tergelak melihat telatah
Iylia.
“Takut gagal?,” teka Rasyidah.
Iylia mengangguk. Rasyidah tersenyum melihat reaksi Iylia. “Seorang mukmin harus
berani. Bukankah kita dah berusaha. Allah kan dah berjanji, ‘setelah kamu
berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Iylia kan dah berusaha, insya-ALLAH
akan ada hasilnya. Sebenarnya…,” Rasyidah berhenti berbicara lalu memandang ke
wajah sahabat – sahabatnya yang tercinta. Semua mata memandang ke wajah
Rasyidah. Menanti penuh sabar bicara seterusnya.
“… ujian bukan setakat di atas
kertas tetapi juga dalam kehidupan seharian. Saban hari, kita diiuji dan terus
diiuji. Kita diiuji dengan godaan syaitan, dalam pembelajaran kita, dan mungkin
juga diiuji dengan perasaan.”
“Betul tu. Tanpa kita sedari,
kita diiuji dari pelbagai sudut, dari pelbagai arah, dari pelbagai bentuk.”
Tambah Dini.
“Tapi, kenapa kita perlu
diiuji? Apakah Allah ciptakan manusia untuk diiuji?,” tanya Amira setelah sejak
tadi mendiamkan diri.
“Semestinya tidak, sayang.
Allah kan dah berfirman dalam Surah Az-Zariyat ayat 56, yang membawa maksud,
“Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk beribadah”
“Allah tidak menciptakan
sesuatu itu dengan sia – sia,” balas Ainsyah sambil mengenyitkan mata kepada
Amira.
Azimah tersenyum. “Tepat
sekali, Ainsyah. Allah juga ada berfirman dalam surah Ali Imran, yang membawa
maksud,
'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia'
"Lihat, Allah sayangkan kita. Ujian yang Allah berikan untuk kita, bukan tanda Allah tak sayang."
Rasyidah yang mendengar kata - kata Azimah itu mengangguk lembut. "Dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 dan 3 yang bermaksud,
“Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian),
nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya
beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang
berdusta.”
“Ujian daripada Pencipta kepada
hambaNya untuk melihat sejauh mana kita bergantung kepadaNya. Untuk melihat
sejauh mana kita beriman kepadaNya. Untuk melihat sejauh mana kita percaya
tentang kekuasaanNya. Saban hari bibir kita basah mengakui kita beriman
kepadaNya dan ternyata, Allah SWT menguji bagi melihat sejauh mana kita
melaksanakan bicara kita itu.”
“Saya setuju. Lagipun, kalau
hidup di dunia ini tanpa ujian, mana best. Tak rock lah. Hidup pun suram
sahaja. Macam dalam masakan. Bukan letak gula sahaja. Garam, sos tomato, sos
cili, asam jawa, semuanya letak. Barulah masakan itu terangkat,” balas Iylia
nakal.
“Yalah tu. Lepas ni jangan nak
merungut pulak bila time exam.” ujar Ainsyah sambil memandang Iylia.
“Oh, yang tu lain cerita,” ujar
Iylia dengan wajah selamba.
“Pulak dah, kita baru lepas
bincang,” Rasyidah membalas sambil menjeling kepada Iylia. Iylia tersengih.
Kemudian, kelima – lima sahabat itu tertawa.
Di sebalik keriuhan lima
sahabat itu, ada jiwa yang terasa.
Ada jiwa yang terpukul.
***
Amira berlari pantas menuju ke
bilik rehat. Tempat di mana sahabat – sahabatnya dikurung. Langkahannya semakin
pantas. Bimbang akan keselamatan mereka semua.Sebaik sahaja sampai di bilik
rehat, Amira segera memulas tombol pintu. Terkunci. Segera dia berlari ke arah
perpustakaan. Dia yakin, ada sebilangan sahabat – sahabatnya dikurung di
perpustakaan. Sebaik sahaja dia melangkah, jantungnya terasa berhenti berdegup.
Kakinya terasa longlai. Tidak mampu berdiri lagi. Air matanya mula mengalir
laju tanpa dipinta. 8 orang sahabatnya tergantung di lampu! Terasa gelap
dunianya melihat situasi itu. Kakinya melangkah longlai. Biarpun lemah,
digagahkan jua.
“Ika, bangun Ika,” digoyangkan
kaki sahabatnya yang tergantung itu. Mengharapkan sahabatnya itu masih bernafas.
Matanya memandang tepat pada mata Syafiqah. Mengharapkan sahabatnya itu membuka
mata. Namun, hampa. Syafiqah sedikitpun tidak memberi sebarang reaksi. Amira
menjadi nanar. Segera dia mendekati Syakirah Omar, Aishah Najeehah, Tengku,
Munira, Shahirah, Shahida dan Najwa. Mengejutkan mereka, dengan harapan,
sahabat – sahabatnya itu masih lagi bernyawa. Biarpun tipis.
“Syak, bangun Syak. Aku dah
sampai ni,”
“Tengku, bangunlah,”
“Aishah, bangunlah. Aku datang
ni,”
“Najwa, bangunlah. Jangan
tinggalkan aku,”
“Shiah, bangun Shiah. Mira ada
ni,” Amira menggoyangkan kaki Shahirah.
“Eyda. Aku dah sampai ni.
Bangun, Eyda,” Kaki Shahida digoyangkan.
“Ya, bangunlah. Kan Ya dah
janji nak bersama Mira, walau apa jua keadaan sekalipun.” tiada sahutan dari
Munira.
Tiada sahutan dari sahabat -
sahabatnya.
Tiada sebarang reaksi daripada
sahabat - sahabatnya.
Hanya suara Amira bergema.
Amira terduduk lemah.
“Korang, maafkan aku. Maafkan
aku,” ujar Amira diiringi dengan tangisannya. Tangisan sesalan. Kerana dirinya,
sahabatnya terbunuh. Kerana dirinya, sahabatnya mati dalam keadaan tragis.
Tergantung di lampu perpustakaan! Kejam!
Segera Amira bangkit. Teringat
akan sahabat - sahabatnya yang masih berada di bilik rehat. Masih hidupkah
mereka? Segera Amira berlari menuju ke bilik rehat semula. Mengharapkan sahabat
– sahabatnya yang lain masih bernyawa. Besar harapannya. Mulutnya tidak putus –
putus berdoa agar sahabat – sahabatnya itu masih selamat. Segera ditendang
pintu. Gagal. Pintu bilik rehat sedikitpun tidak terbuka. Ditendang sekali
lagi. Pintu bilik rehat terbuka sedikit. Ditendang sekali lagi, pintu bilik
rehat terbuka.
Sebaik sahaja pintu rehat terbuka, hatinya luruh. Dunianya terasa gelap seketika. Dihadapannya kini, sahabat – sahabatnya bergelimpangan di atas lantai bilik rehat. Masih bernyawa atau tidak, dia sendiri tidak pasti. Yang pasati, bilik itu dipenuhi dengan percikan darah. Di dinding bilik rehat juga sudah bertukar warna.Air matanya mengalir laju. Langkah diatur memasuki bilik rehat.Mengharapkan ada dikalangan teman - temannya masih bernyawa. Dipandang satu persatu wajah sahabat – sahabatnya yang dicemari dengan darah. Lalu didekati salah seorang sahabatnya. Nafisah. Amira memangku kepala Nafisah sambil menepuk pipi Nafisah perlahan.
“Nafisah, bangun Nafisah,”.
Diam. Tiada reaksi. Diperiksa nadi Nafisah. Tiada denyutan. Amira memejam mata.
Hatinya pilu.
Amira segera mendekati Hasfaiza
yang terbaring di sebelah Nafisah. Dipangku kepala Hasfaiza lalu menepuk
perlahan wajah Hasfaiza.
“Iza, bangun Iza. Aku ada ni,”
ujar Amira dengan suara yang serak. Hasfaiza membuka mata perlahan – lahan.
Tangisan Amira semakin lebat.
Gembira. Bersyukur kerana masih ada sahabatnya yang masih hidup. Biarpun
keadaan Hasfaiza parah.
“Iza, kau okey? Jangan
tinggalkan aku. Aku dah tak ada siapa – siapa lagi,” ujar Amira.
“Kenapa kau sanggup buat kami
macam ni? Kenapa kau libatkan kami? Kami tak bersalah. Kau bunuh kami, Mira.
Kau bunuh sahabat – sahabat kita. Kau kejam,” ujar Hasfaiza tersekat – sekat.
“Maafkan aku, Iza. Maafkan aku.
Aku sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan korang semua. Tapi, aku gagal.
Maafkan aku,” ujar Amira. Hasfaiza diam. Perlahan – lahan Hasfaiza menutup mata.
“Iza, jangan tinggalkan aku,
Iza. Aku dah tak ada siapa – siapa lagi” Perlahan – lahan pipi Hasfaiza
ditepuk. Tiada sebarang reaksi.
Amira meletakkan kepala Iza
perlahan - lahan, lalu berdiri. Dipandang satu - persatu wajah sahabatnya yang
sudah tidak bernyawa. Dirinya menjadi nanar. Telinganya masih
terngiang – ngiang suara Hasfaiza. Bagaikan direkod.
“Kau bunuh sahabat – sahabat
kita,”
“Kau bunuh sahabat – sahabat
kita,”
“Kau bunuh sahabat – sahabat
kita,”
"Kau kejam,"
“Tidak, aku bukan pembunuh!!!,”
~bersambung~
awal2 baca, sebak sebab rindu sahabat2.
ReplyDeletelast tetibe je jadi saspen. apekah mira ?
hehe.
keep it on friend. :) missing all of us a looooot
T__T