Saturday 14 December 2013

Banjir oh banjir

Assalamualaikum


Baru - baru ni, rumah aku naik air. Tapi Alhamdulillah. Tak la teruk sangat. Dan aku n family still boleh survive. Alhamdulillah. Allah uji sekejap sahaja. Ayah aku kerja kat Kuala Terengganu. So, tinggal mak aku, kakak aku, aku dan adik perempuan. Ya... Semua pompuan. 



Alhamdulillah, menjelang tengah hari, hujan pun dah berhenti, air pun dah surut. Air start naik waktu Subuh. Hujan terlalu lebat, dari malam, sampai ke tengah hari esokkannya. Petang tu, dari Zohor sampai Asar mencuci rumah. Tu pun bahagi tugas. Mak aku cuci bahagian dapur, kakak aku cuci dalam bilik, aku ruang tamu, ayah aku bahagian garaj dan adik perempuan aku tukang cedok air banjir. Patah pinggang tahu tak. Seksa jiwa raga iolls. Satu tragedi telah berlaku. Nak alih kerusi, ha kau, sekali dengan aku terperosok bawah kerusi. Licin punya pasal. Penat tak usah cakap la....





Air start naik waktu Subuh.Time ni ayah aku dah pergi kerja. So, ada untunglah siapa bangun Subuh. Kalau bangun tengah hari, sure dah hanyut kena bawa air banjir.



Air kat depan umah aku. Time ni, apa-apa kenderaan, motor,kereta,bas,van, bila lalu je, sure bunyi macam motorbot. Sampaikan kenkadang aku ingat motorbot dari bomba datang nak menyelamatkan family aku... Muahaha. Motorbot apa jadah, air paras betis je pon. Kipas motorbot pun tak lalu nak berpusing.




Air dah start naik sikit - sikit. Motor tu, aku dengan kakak aku angkat terpaksa letak atas batu - bata. Caya tak superwoman dua orang ni angkat motor. Muahaha. Angkat la sangat. Last sekali, motor tu angkat kitorang.



Air dah start masuk dalam rumah. Segala selampah selalap masuk dalam rumah. Benar kata pepatah. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Tapi yang ini, sekali air bah, sekali semua sampah masuk dalam.



Paras air dalam bilik. Kakak aku yang sengal telah cuba mengajar Adon untuk melakukan kuak lentang 100m. Nak ganti Michael Phelps katanya. Tak memasal kena bebel ngan mak aku. Sis, you should take your medicine.




Ini Abu. Dapat je tahu air naik, terus duduk macam ni. Kau ingat, bila duduk atas ni, kau akan selamat la ni?. Bulu kau tu, akan selamat dari air bah? Tidak sesekali Abu. Tidak sesekali!




Ha kau, padan muka. Kan dah kena kurung. Orang sibuk mengemas, dia pun sibuk mengemas sekali. Mengemas bulu - bulunya. Banjir didahulukan, budak - budak ni diutamakan. Terpaksa letak kat luar pasal dalam rumah sudah dipenuhi barang - barang. Sabar ya. Tapi tak apa, dapatlah korang feeling ala - ala titanic gitewwwww




Memang boleh feeling ala - ala titanic pun... *tetiba lagu titanic berkumandang...




Ini Adon. Taiko of the cats in the house. Mula - mula tak perasan terkurung dia ni kat luar. Sekali bukak pintu, terpacak dia atas motor. Muahaha. Pak cik ni tak boleh duduk sekali dalam sangkar. Kalau tak, habis budak-budak tu ditibainya. So, dia ni sekor je tertinggal dalam umah. Kira ni muka mangsa banjir la ni.





Syok sangat angkut barang, lupa pulak budak - budak ni belum sarapan. Time tu dah pukul 10 pagi dah. Nak bergesel kat kaki tak boleh sebab air dah naik. Time ni para buku lali. Bila kitorang lalu sebelah dia, terus buat muka macam ni. Kau ingat, dengan menjeling macam tu, aku kan tergoda??? Sori okey. Aku akan kuatkan iman.




Ok fine. Tergoda habis. Terpaksa buat makanan dai jugak ni. Pandai ko ek. Time nak bedal makanan, terus buat muka kiut macam ni. Time lain, berlagak macam taiko perlabuhan klang.







Ini Adam. Pak cik ni, bila orang buka sangkar, nak bagi makan terus nak terjun. Dia ingat dia ni Jack Dawson ke. Ha kau. Sekarang bukan Jack Dawson dah. Ni dah macam Hantu Kak Limah versi kurus. Siap kuak lentang bagai dalam air. Padan muka.




Aku suka dengan kata - kata mak aku. "Tak apa, ujian dari Allah. Kita terima dengan hati terbuka" sambil bibir tersenyum. Tak jadi aku nak merungut. Merungut sebab kena mengemas. Sebenarnya happy je sebab dapat main air. Muahaha...Aku perasan, sepanjang kami anak beranak mengangkut barang, mulut mak aku tak henti - henti berzikir. Bila pukul 10 pagi, air naik lagi. Masa tu hujan lebat sangat. Mak aku tak henti berdoa supaya hujan berhenti.



“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut : 2-3)



Allah uji sikit je untuk family aku. Tapi macam mana pulak dengan family yang lain...??? Sekali aku tengok, nampak bumbung je. Mesti segala harta benda, banyak dah rosak. Dah la nak start sekolah. Allahurabbi. Aku sendiri pun, pening nak menguruskan rumah yang bagai kapal titanic pecah padahal air naik sikit je pon. Ayah aku apatah lagi. Nak baiki segala mala n baiki yang kembang dan rosak sebab kena air. Apatah lagi yang air sampai ke bumbung. Macam mana dengan pakaian diorang. Makanan diorang pulak, macam man?? Allahurabbi.



Jadi, bagi sesiapa yang ada rezeki lebih sikit, berkongsilah. Tak kira dalam bentuk wang, doa, anything. Sesiapa ada baju yang tak berapa nak guna, rasa banyak pakaian dia melebihi had almari baju, silalah menderma baju - baju tersebut. Tapi make sure yang okey dan elok lagi tau. Tak moh yang koyak rabak. Pernah sekali mak aku uruskan pakaian yang didermakan oleh orang lain kepada mangsa banjir. Sekali mak aku terjumpa seluar dalam koyak daa.... Apahal pulak seluar dalam yang koyak nak derma. Okey husnusszon. Bersangka baik. Maybe masa nak bungkus pakaian yang nak diderma tu, termasuk pulak seluar dalam dia yang tak terkoyak tu. Tak pun, dia terbungkus sekali segala tikus dan lipas dalam bungkusan tu. Mana tahu kan... 




Biarkan gambar berbicara :'(





Pssst :Jadi, ikhlaskan hati, jauhi rasuah...Hulurkan tangan, ringankan beban. No hurt, no hurm


Peace no war

Friday 13 December 2013

Aurat lagi sekali

Assalamualaikum


Tajuk kedengaran macam bosan. Gila tak bosan, asyik bercerita pasal aurat jer... Asyik - asyik aurat, asyik - asyik aurat. Ei.. suka hati aku la aku nak tulis apa pun. Lagipun aku takkan berhenti selagi mana wanita yang beragama Islam, mengaku Islam, dalam IC pun tertulis Islam, tak menutup aurat dengan sempurna. Ala... Rileks la... sedangkan, time aku belajar dulupun, even semua menutup aurat penuh, siap ada kena ejek pakai khemah, wanita kaya (sebab pakai baju & tudung labuh), pakai selimut, still ustaz & ustazah berbicara tentang aurat. Masih lagi kena membebel pasal aurat. 


Orait, memandang aku cuti umum, so, aku punya banyak masa untuk mengodek sana - sini - sinun. Tetiba terjumpa satu conversation classmates aku. Dan aku sangat suka, sangat tertarik kau memang the boom la wei... conversation diorang. Aku dah minta izin untuk share, Alhamdulillah, diorang benarkan. Sekadar peringatan ok... Buat muslimah yang terleka *terasa bagai disimbah petroleum...



Ambik kau... *nanges laju-laju




Apasal rasa panas je nih...




Rasa nak sorok muka bawah selimut



Nota Adon : Adon bosan la dengan wanita - wanita zaman sekarang. Macam - macam fesyen pakaian. Seksi. Pelik pulak tu. Sakit mata tengok tahu tak. Tengok mata ni. Dah sepet dah. Patutnya mata Adon besar,bulat tahu tak. Kajol pun kalah. Ni semua gara - gara tengok wanita - wanita seksi la ni. Adon dah cuba tak nak tengok. Tapi diorang tunjuk jugak. Rezeki. Takkan Adon nak tolak kan???

(Jadah ada gambar pak cik ni???)




Psssst : JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA... Sekali sekala apa salahnya kan.... ^^


Thursday 12 December 2013

Lelaki dan aurat wanita

Assalamualaikum


Dah lama tak berjimba-jimba di blog. Haha. Lappy jahanam. Tak dapat diselamatkan. So, selama hampir 4 bulan aku jadi makhluk mithali. Tak mengarut di alam maya lagi dah... Sekarang dah dapat lappy. Mahu berjimba - jimba....


Hari tu, aku ada dapat baju second uniform untuk kelas. Baju, colour dah cun. Grey n black. Tapi, sekali ukur pada badan, pengsan. Tetiba baju bagai dibalut nangka. Apa ni bro. Nak suruh aku balut nangka kat rumah ke apa? Abah aku mana tanam pokok nangka. Ubi kayu adalah. Ke nak suruh aku balut ubi kayu dengan second uniform ni??? Baguslah kan... Bayar RM40 semata - mata nak balut ubi kayu kesayangan abah aku... Bila ditanya, rupanya pengilang tertukar pattern. Sepatutnya perempuan dapat straight cut, lelaki dapat slim fit. Tapi, malangnya, yang dapat, perempuan slim fit, lelaki dapat straight cut.


Aku balik ke bilik dengan perasaan yang penuh hampa(ayat syahdu gila). Dalam perjalanan(dengar macam jauh je) ke pintu, aku lepak dengar segerombolan wanita dekat dengan pintu. Mengumpat dan mengomen pasal baju. Tetiba aku terdengar suara...


Lelaki : Aku serius cakap kat korang. Kalau wanita pakai jugak baju slim fit ni,            sure lelaki tak tenang nak belajar.


Sentap. Jantung berdegup kencang. Rasa muka panas je... Malu bro... Pastu aku tengok dia test baju dia. Besar kot. Agak-agak boleh muat seorang lagi. Padahal lelaki tu kurus je.


Lelaki : Atau korang nak tukar baju ni. Aku amik baju kau, kau amik baju aku.            Siapa nak?


Rasa macam nak nangis bila dengar macam ni. Ada jugak yang sudi nak menyelamatkan maruah dan aurat wanita. Allahurabbi. Moga sentiasa di bawah rahmatNya.


Masing - masing pandang antara satu sama lain. Aku rasa macam nak mendahului zaman dengan berkata ya pada lelaki idaman malaya tuh... kihkihkih.... Tetiba ada seorang yang menyampuk...


Perempuan : Tapi, kan ada nama kat baju tu... Sulam pulak tu... Takkan kau                     nak tetas...



Lelaki : Ha'ah la. Tak jadi la. Bukan semua orang boleh sulam nama aku...



Terus lelaki itu blah... Hampeh betul... Tapi aku tahu. Niat dia satu. Nak sampaikan satu mesej. LELAKI TAK BOLEH TENGOK WANITA PAKAI BAJU KETAT...


Aku ada abang. Pernah satu ketika di mana ada hari sukan untuk batch aku sahaja. Pakat nak buat jersi termasuk kumpulan aku. Mula pening kepala nak bayar dan memilih saiz. Aku mana reti nak order ikut alam maya. Bukan nampak pun. Bukan tahu sesuai dengan size aku ke atau tak. Kurang asam. Seriously. So, aku buat keputusan, tanya abang aku. Pasal abang aku ni, baju kebangsaan dia adalah jersi. So, aku rasa, mesti dia expert bab ni. Bila aku tanya abang aku, tentang cara nak pilih size, terus dia suruh aku pilih size paling besar. 


Amboi bang, ni nak mengejek ke apa. Size saya tak ada la besau camtu. Tengoklah nanti bila balik umah... Siap kau!!!!. Tapi abang aku terangkan balik tetang baju jersi ni macam mana, kainnya jenis apa bla bla bla.... Banyak gila dia text kat aku. Macam tokey kilang jersi. Jadi, kesimpulannya, kena beli baju yang size besau sebab takut nampak bentuk badan. Abang, tetiba sayang kat hang... haha...


Aku paham... Abang mana yang sanggup tengok adik perempuan dia jadi mangsa kepada lelaki - lelaki yang punya mata dan bernafsu seperti buaya. Love you... Cewah... Padahal kat rumah baling pinggan mangkuk... Selalu gaduh... Muahaha...


At last, dapat baju kecik. Walhal aku mintak size yang paling besau. Kurang asam. Alhamdulillah, baju tu dapat lewat. Lepas habis hari sukan baru dapat. First, rasa macam rugi je. Beli mahal - mahal tapi tak pakai pun. Tapi bila fikirkan balik, Allah masih sayang. Dia selamatkan aku daripada kena pakai jersi tu. Ketat, singkat. Peluh besar. Jadah aku nak pakai baju tu time sukan??????






Pssst: Junjunglah maruahmu, pertahankan auratmu

Sunday 1 September 2013

Awak, jom couple...

Assalamualaikum

Setelah sekian lama aku ada kat kolej ni, aku dapat lihat satu situasi baru... Jeng jeng... Dah macam penyiasat agen 007 dah aku rasa... 

Lelaki A: Awak, jom couple...
Perempuan A: Okey...

Selepas setahun

Lelaki A: Saya rasa kita tak sepadan
Perempuan: Okey

Esokkannya 

Lelaki A: Awak, jom couple..
Perempuan B: Okey

Lelaki B : Awak, jom couple...
Perempuan A:Okey

Nampak sangat cinta itu murah. Terlalu murah. Sedih. Ada hikmah kenapa couple itu diharamkan... aku punya kolej dah makin ramai yang bercouple. Pening aku. Sampaikan aku pun ikut sekali nak couple jugak... hahaha... Semua pakat pegang handset, mesej dengan pasangan. Semua pakat telefon pasangan. Sampaikan aku rasa lonely. Bahaha. Nak jugak couple... (sambil hentak kaki) Last, aku telefon sahabat tercinta...

Aku : Weh, aku jealous tengok orang lain ber'couple'. Aku nak jugak.

Wana : Kesian kat kau. Tapi ada tak orang nak kat kau...????

Aku : Fuhhhh,... ayat makan dalam wo... Kurang ajar kau ye...

Wana : (gelak bagai tak ingat dunia...) tak pe... Kita berdua je la couple nak??

(baling telefon pada dinding oleh sebab sahabat aku tak pernah nak serius)

Bila tengok orang lain sibuk mesej pasangan, aku sibuk mesej sahabat - sahabat tercinta...

Aku : Weh, aku jealous tengok orang lain ber'couple'. Aku nak jugak.

Sahabat : Ingat mati sahabat...

Erkkkkkk.... Nanges laju - laju....

Bila tengok diorang tukar wallpaper telefon,gambar pasangan masing - masing, terus aku jealous. Last - last aku tukar wallpaper aku dengan gambar aku dengan adik lelaki aku. Bila masing - masing tengok, terus cetus kontroversi. Hahaha... Jealous tengok aku dengan adik lelaki aku berdua. Sebab adik aku, mukanya jambu sikit. Kulit putih. Tinggi. Hensem??? Diorang cakap hensem. Bagi aku...Biasa je... Bahaha. Bila ditanya,

Kawan : Siapa ni???

Aku : Tunang aku...

Kawan : Tak cayalah...

Aku : Tak caya sudah...

Kawan : Mana cincinnya???

Aku : Ni... (sambil tunjuk gelang kat tangan aku. Padahal tu gelang mak aku bagi. haha) Aku tak guna cincin sebab aku tak suka cincin. So, aku mintak gelang.... (penipuan yang tak dirancang)

Kawan : Wo..... ( Muka terpegun ).. Untunglah,,, muka tunang kau handsome la.. Dah la sweet. Duduk rapat - rapat gitu... (gambar raya...family aku, kalau raya, colour baju mesti tema sama. Nampak macam tengah bertunang sebab aku pakai baju kurung, adik aku pakai baju melayu bersongkok dan bersamping. So, ini memperkukuhkan lagi penipuan aku) hahaha...

Hahaha.... Nak tergelak pun ada... Bila diberitahu perkara sebenar, terus pakat mintak nombor telefon adik aku. Bila aku tak bagi, terus masing - masing jadi peramah dengan aku. Jadi baik dengan aku.... Haha... Nasib kaulah ijan... Tak dapat den nak nolong...

Baru aku terfikir... Tak payah sibuk - sibuk nak bercouple... Cukuplah guna khidmat adik aku... Haha... 

Geleng kepala laju - laju...

Tidak hairanlah remaja kita, apabila disambar dengan halilintar cinta, diri jadi entah apa-apa. Hingga ada yang tanpa segan silu update gambar dirinya dan kekasihnya, berpelukan, berciuman, walau belum lagi berkahwin. Bahkan, lebih dari itu, berani pula mengharap ‘keredhaan’ orang ramai atas hubungan yang melanggar batasan syara’. Muntah hijau...


Bagi yang ‘Islamik’ sikit, walaupun mungkin tak keluar bersama, ramai yang terjebak dengan SMS, email, chatting, poster-poster ‘cantik’ berkenaan cinta, puisi-puisi jiwang, dan pelbagai lagi. Kemudian masa banyak dihabiskan dengan isu bakal makmum dan bakal imam. Kaulah makmumku, akulah imam kau. Tapi bila suruh bangun solat Subuh, hancussss...Belum dikira dengan sibuknya nak menilai beberapa perkara seperti ‘mimpi’, ‘kebetulan-kebetulan’, yang kita rasa, merupakan petunjuk daripada Allah SWT.

Bukalah mata, bangkitkanlah kesedaran jiwa.

Cinta itu mungkin, sedang mati itu pasti menjemput kita.

Allah tidak bertanya kita berjaya berkahwin dengan orang kita cinta atau tidak, tetapi Allah akan bertanya bahawa umur kita, di mana telah kita usahakan atasnya.


Marilah, mahalkan diri kita.

*Peace no war...

#Sebenarnya nak kongsi tips, macam mana nak elak perasaan ingin bercinta sekiranya pasangan menawarkan untuk mula bercinta. Itu tak okey. Kalau betul cinta, suruh jumpa family,,, pakat jumpa family, then, kalau setuju, terus kahwin... Bagi yang minta couple sebelum kahwin, maybe pasangan anda hanya mahu main - main... untuk dijadikan pakwe/makwe dan bukan suami/isteri...

Sunday 25 August 2013

Who are you???

Assalamualaikum

Kagum dengan kepantasan dan kekreativitian manusia dalam menilai manusia lain tanpa usul periksa. Bertambah kagum bila dapat mengambil peranan Tuhan dalam menentukan Syurga atau Neraka seseorang.

Oh yeah... Ayat makan dalam wo... Bahaha... 

Satu tragedi di mana seorang manusia (aku lah tu) telah menanggung malu akibat kemalasannya dalam membuat sebarang penyiasatan dan soal jawab lalu menyebabkan beliau telah menanggung malu. Malu beb. Malu....

Haha... Benda berlaku dah lama. Bila aku lihat senior aku rapat dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut bertudung labuh okay, bertudung labuh. Lawa pun lawa. Tapi masalahnya selalu berkepit dengan senior aku. Mereka berdua adalah classmates. Yang lain aku tak kisah la nak berkepit bagai, tapi mereka itu kan dah faham agama. Takkan tak tahu bila duduk berdua - duaan itu haram. Time tu, otak aku laju tahap roket Soyuz membuat keputusan, bahawa sah mereka ni bercouple. 

Tapi satu tragedi telah berlaku bila aku melihat diorang terlalu baik. Bila si perempuan tu tak sihat, terus lelaki tersebut cari selimut dan menyelimutkan si perempuan itu. Lalu aku tanya si senior yang lain. Apa hubungan diorang>>>?? Adakah tunang??? Oh what???

Senior aku : Hoi, diorang tu suami isteri. Dah lama diorang kahwin. Sejak tahun 2012 lagi

Aku : (dengan mulut ternganga) What??????? OMG????

Time tu aku rasa macam nak terjun bangunan pun ada. Seriously aku malu. Malu semalunya. Wahaha... Malu bro.... sejak pada tu, aku latih diri aku untuk bersangka baik. Yap... Memang susah. Tapi itulah yang harus dilakukan. Bersangka baik dan terus berfikiran positif. Bukan dalam hal macam ini aje. Tapi dalam semua hal. Positive Thinking. Bukan open minded tapi be positive. InsyaAllah, segala masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah. Lagipun mende - mende macam ni memang selalu berlaku. Sebagai contoh, aku selalu jalan sensorang. Tak bermakna aku tak punya sahabat, tak bermakna aku lonely. Tak bermakna aku sedang putus cinta. Bahahahaha....

So, jangan cepat judge manusia. Siapa kau nak judge manusia. Kita dilantik sebagai khalifah bukan untuk judge manusia. Tetapi untuk bimbing manusia. Tiada manusia yang sempurna. Sebab itu wujud kalimah taubat... So, jangan cepat menilai manusia... Peace no war...

Thursday 22 August 2013

Selamat tinggal Ramadhan

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. 10 jari disusun memohon seribu kemaafan seandainya insan ini ada terkasar tingkah laku, tersilap bicara, mohon diampun... Ecece.. ayat macam ayat nak bagi ucapan... takpe.. asalkan ikhlas...



Ramadhan berlalu pergi... Terasa sebak. Seriously, inilah kali pertama, aku rasa macam ni. Kalau tak, dulu, tiba time Syawal je, akulah yang paling bersemangat waja untuk menyambutnya. Mengapa tidak?? Sebab time tu la dapat collect duit raya bebanyak. Dah tua??? Ada aku kesah. Kalau nak tahu, duit raya akulah paling banyak berbanding adik-adik aku. bahaha... Masih ingat perbualan antara aku dan mak aku...




Mak : Esok dah nak balik kampung...

Aku : Yahoo. Syoknya dapat berterawih kat kampung.

Mak : Berterawih apanya. Esok orang dah nak bertakbir raya. Lusa dah raya...

Aku : Eh??? Maknanya ini terawih terakhir...???

Mak : Yalah...




Terus sebak. Rasa nak nangis. Terasa Ramadhan berlalu dengan begitu cepat.

Tapi sekarang, bila Ramadhan dah berlalu pergi, terasa sangat. Rasa something yang hilang. Itulah di antara nikmat Ramadhan. Dan aku merinduinya... Banyak ibrah, dan pengalaman yang aku dapat sepanjang bulan Ramadhan. 

Antaranya, suka sangat bila tengok surau senantiasa penuh. Rasa macam surau kat tempat aku hidup. Suka sangat. Sampaikan aku kena solat kat luar (cakap je la yang kau nak amik angin luar..) Bukan senang nak tengok tau. Kalau tak, sebelum ini, hanya 2 atau 3 orang sahaja muslimat yang datang solat berjemaah. Tapi, bila tiba bulan Ramadhan, bukan 2 atau 3 orang, tapi 3 saf dan kadang - kadang lebih...Seronok aku tengok. Seronok dapat berkenalan dengan senior - senior. Wahaha... Kecoh jadi surau tu.



Seterusnya, aku masak bubur lambuk. Ada program pembahagian bubur lambuk. Student yang masak. Aku tukang sedia bahan je. Nak suruh aku masak??? Memang tak ar... Kalau dapur tak meletup, sure ada student kena diarrhea... Wahaha... Tapi walau aku tak masak pun, satu kejadian tragik telah berlaku. Di mana blender milik senior aku telah berasap gara - gara tangan sakti aku meng'handle' benda alah tu. Orang lain sentuh, boleh je. Elok je. Time aku handle, ha kau... Dengan penutup blender tu melayang, dengan blender tu berasap. Ha kau. Kecoh dapur surau. Berlari senior aku takut ada yang kena shock. Bahaha. Ingat balik, gelak guling - guling. Malu bro. Tak memasal terbang RM200 nak ganti blender punya pasal. Sorry bro. Tapi yang syoknya, ukhuwah aku antara senior menjadi rapat. Dan yang paling tak boleh blah, aku jadi rajin... Sila bangga wahai ibuku yang tercinta... Bahawa anakmu ini dah pandai masuk dapur. Dah pandai nak masak. Hahaha... Nak ok.. Bukan dah pandai...






Bubur lambuk versi Terengganu




Time membungkus bubur lambuk



Dan yang paling aku tak boleh lupa, bila aku dapat bertadarus bersama sahabat - sahabat tercinta. Wohoho... tapi macam hangat - hangat tahi ayam jugak ar...First, memang rasa bersemangat. Bersemangat waja aku start. Pastu, bila pertengahan Ramadhan... Tengah bertadarus, boleh pulak aku berzikir,(tidur)... aiseh... dengan aku selalu tak ada. Busy gila aku time Ramadhan.(Padahal buat - buat busy)Serius. Sampai aku tak rasa langsung bahawa aku ada di bulan Ramadhan. Tapi yang syoknya bila dah sibuk, terpaksalah curi - curi masa untuk bertadarus. Dalam kelas pun boleh jadi. Time lecturer bagi take five, terus bukak Kalamullah. Time lecturer masuk lewat, terus bukak Kalamullah. Time lecturer tak masuk, terus bukak Kalamullah. Kadang - kadang sanggup balik lewat semata - mata nak baca Kalamullah. Terasa diri ini dekat sangat dengan al-Quran...




Bertadarus dalam kelas




Dan sekarang, bila Ramadhan pergi, surau kembali sunyi. Sunyi sesunyi sunyinya. Bila solat, kau tengok aku, aku tengok kau. Pastu salam, pastu blah. Ah... tak syoknya... Kalamullah pun jarang disentuh. Allahurabbi. Terasa jauh sangat. Jauh sangat...Allah.. Allah... Kadang aku terfikir... Kenapa orang lain asyik panggil bulan Ramadhan ni adalah bulan tarbiyah. Rupanya inilah jawapannya. Bulan untuk tarbiyah diri ini supaya mendekati jalanNya. Bulan tarbiyah ini supaya mendidik diri dengan sikap mahmudah. Allahurabbi... Indahnya. 




Time berbuka di salah sebuah surau kat area kolej aku. Sangat bersederhana. Will miss this moment.

Sunday 21 July 2013

Al-Quran,surat cinta yang dilupa

Assalamualaikum


Broadband dah ada kat tangan aku. Ha, maka dengan ini, semakin rajinlah aku meng‘online’kan diri aku di muka buku dan pencicit. (Walhal tak ada broadband pun online jugak. Okay, thanks kepada dua benda alah ini kerana bisa me’lagha’kan aku. Fuh... *peluh besar...

Apapun, satu yang aku sangat happy. Di mana aku dapat banyak input berkenaan agama. Meskipun kat sini kurangnya pendedahan tentang agama, tapi dengan dua benda alah ni jugak sedikit bantu aku meneroka dunia dengan lebih mendalam *ecece... ayat ala professor gitu... Banyak perkongsian ayat – ayat al-Quran, hadis, dan bicara mutiara dari ilmuwan – ilmuwan Islam yang terkenal. Alhamdulillah.

Tapi, yang sedikit aku terkilan adalah, dengan adanya dua benda alah ni jugak, satu nikmat jugak telah tertarik. Mahu tahu itu apa? Ya... iaitu al-Quran. Semakin banyak menghabiskan masa dengan menghadap dua benda alah ni, semakin kurang masa kita bersama al – Quran. Cuba semak balik, bila kali terakhir kita pegang al – Quran? Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan. Mungkin yang sebelum ini, jarang memegang al – Quran, kini, sudah rajin membawa Kalamullah itu ke hulu dan ke hilir. Sudah rajin membuka dan membacanya... Alhamdulillah. 

Nampaknya macam dah lari tajuk. Okay, patah balik... Bila aku berada di kalangan masyarakat – masyarakat sekeliling, ramai yang sibuk berkongsi ayat itu dan ini. Untuk mendekatkan jodoh, untuk mendapatkan jodoh yang kita nak, dan sebagainya. Tetapi, bila masuk bab untuk membaca al – Quran, semua pakat tiup kuku sambil pandang siling, semua pakat tengok telefon takut ada panggilan masuk, semua pakat tengok antara satu sama lain. Macam bila membaca al – Quran ni, seolah – olah kita bakal memikul beban yang berat.

Ya... tidak salah untuk membaca doa – doa yang telah ada dalam al – Quran untuk mendapatkan apa yang diingini tapi, apa guna doa sampai berjam – jam tapi usaha tak ada. Angkat tangan minta itu dan ini tapi lepas itu minum teh tarik sambil menonton bola. Then, bila tak dapat apa yang diingini, saling menyalahkan takdir, saling merungut antara satu sama lain. Ini bukanlah cara yang betul. Cuba flashback balik rukun Islam yang ke – 6...

Ada yang lebih lawak, berkias menggunakan al – Quran untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, nak bercouple. Ini pengalaman aku sendiri okay. Bila ada menegur tentang couple, terus dikeluarkan ayat al – Quran. Dan inilah yang aku sempat copy...  

 “tp kita kna brusaha kn..sebb takdir ni ada bnyk jnis antaranya ia akn berubh bla kita berusaha..sebgaimn ALLAH BERFIRMAN sesuatu bngsa itu akn dpt hasilnya bila dia berusaha.”

Bagi aku senang. Aku tak nak comment apa – apa. Cuma nak aku tekankan kat sini bahawa, matlamat tidak menghalalkan cara. Seperti mana yang kita tahu, couple itu haram. Sebab apa ia haram? sebab boleh mendekatkan diri kepada zina. Senang nak faham kan? 

Benda – benda macam ni, laju sahaja. Bila nak suruh baca al – Quran, macam nak suruh ajak pergi berperang. Aduhai, sedarlah wahai manusia. Al – Quran itu Kalamullah, bukan novel ciptaan manusia. Mukjizat teragung. Ruginya siapa tak rebut.

Dan aku sangat tertarik dengan satu petikan/cerpen yang aku cilok kat facebook. Ehem... berguna jugak ek... Moga bermanfaat...^^

Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.


Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.


Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.


Beberapa tahun berlalu…


Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:


- Mana ibumu?


- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.

- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?


- Tidak!


- Di mana pula abangmu?


- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.


- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?


- Tidak!


- Kakakmu di mana?


- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.


- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?


- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…


Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!


Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?


Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?


Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.


Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!

Tuesday 16 July 2013

Amanah itu tanggungjawab

Assalamualaikum

Ramadhan sudah menjelma... Ahlan wasahlan ya Ramadhan... Moga Ramadhan kali ini memberi 1001 makna buat semua umat Islam. Sama ada kita masih bertemu di Ramadhan akan datang, kita sendiri tidak tahu. Oleh itu, manfaatkanlah Ramadhan kali ini dengan sebaiknya....

Entry kali ini, nak cerita tentang amanah baru aku. Sekali lagi aku ceritakan berkenaan amanah selepas tajuk amanah. Baru – baru ini, ada pemilihan Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa untuk Badan Kerohanian dan Dakwah bagi kolej aku. Senior pakat attack aku. Nak suruh aku pegang jawatan. Aku awal – awal dah kaw – kaw punya tolak. Kolej aku ni, suka buat macam – macam program tapi tak pernah ambil tahu apa yang student dapat dan apa yang student hayati. Dan satu lagi, program berlambak tapi nak menguruskannya bagai nak mintak banglo 10 biji. Perlu buat surat bagai. Nak jumpa pihak atasan satu hal. Kadang – kadang sampai kena skip kelas. Ini pun nak buat majlis tadarrus perlu tangguh sampai Ramadhan ke berapa ntah. Padahal boleh je nak buat ikut kehendak sendiri. Tapi kena tunggu pihak atasan bagai. Oh tidak... Aku tak suka be

nda rumit – rumit macam ni. Bikin gua stress tau ngak... Bagi aku senang, nak berdakwah sekalipun, tidak semestinya perlu memegang jawatan setinggi langit. Asalkan kena caranya, dan beristiqamah selain berusaha mencapai yang terbaik.

So, masa pemilihan, aku dah awal – awal buat – buat tidur di sebalik tabir. Orang lain tengah pun pang pung pang berbincang nak pilih calon, aku sodap berdengkur di sebalik tabir. Oh yeah... please don’t try this at home. Seriously, aku rasa, aku la makhluk paling pemalas. Buat – buat tidur, last sekali, aku yang tertidur. Siap mimpi lagi minum air sirap ais. Terus aku tersedar. Puasa la katakan...(macam la orang lain tak puasa :|). Tengok jam, pukul 10.30 pagi. Okey, 30 minit telah berlalu. Bermakna meeting mesti dah separuh jalan. Dengan muka mamai, tudung senget benget, aku terus join meeting. Sekali pandang dah macam hantu sungai dah aku rasa. Tiba – tiba, pencalonan untuk bendahari. Aku dah kecut perut. Janganlah pilih aku. Seriously, aku bukanlah seorang yang amanah. So, dengan muka tak bersalah, aku bangun dan pergi ke tandas. Bukan buat apa pun. Bersolek je lebih biarpun tidak punya alat mekap.

Dah siap aku lepak kat tandas, aku balik semula kat tempat meeting. Time tu, semua jawatan telah pun diisi. Nampaknya, rancangan aku berjaya. Bukan senang nak menjayakan rancangan ni wo... hampir 2 minggu jugak aku mikirkan stratergi untuk mengelat. Akhirnya, terlaksana. Haha... Ex presiden umumkan nama – nama yang telah dilantik. Satu demi satu nama disebut. Tibalah jawatan naib presiden. Nur Amira... eh, macam aku kenal nama tu. Aku pun berpaling tengok senior aku, Kak Nor. Dia mengangguk setuju. Aku pandang yang lain. Semua pakat dok pandang aku. Kejap. Amira mana ni? Ada lagi ke senior nama Amira atau batch lain nama Amira? Aku tengok nama bapanya. Kurang asam, aku rupanya. Rasanya time tu nak aje aku koyakkan kertas yang ada kat tangan ex presiden. Ayo... apasal aku... Nak aje aku meraung.

Hati aku dah cukup bengkak dah. Aku tak nak jawatan tu. Naib Presiden bagai. Berat amanah tu oooo... Rasanya lebih baik ambil jawatan cleaner daripada jadi naib presiden. Macam manalah aku nak jawab kat hadapan Allah nanti sekiranya aku tak mampu nak laksanakan dengan baik. Allahurabbi. Tambahan pulak, habis je meeting, terus ada suara – suara sumbang mahram yang menyatakan ketidakpuasan hati memilih aku sebagai naib presiden. Hello sedara, ingat aku hadap sangat ke jawatan ni? Aku langsung tak hadaplah even markah kokurikulum boleh naik setinggi alam sekalipun. Sikit pun aku tak hadap. Bila aku tawarkan jawatan pada orang empunya suara, terus diam membisu dan terus terkelu. Alasannya, takut tak sempat nak study. Ha, itu yang engkau piker pulak ye...

Stress aku jadinya wo... dah lah jenis aku ni cepat stress. Tapi, Alhamdulillah, bicara mutiara dari sang presiden sedikit sebanyak menyejukkan hati. Cewahhh


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad, ayat 7


Ouch... sentap... Nangis... Huhu... Tapi hati aku still tak senang. Bila aku adukan pada sahabat aku, mereka menjawab,

“Itu bukan mereka yang pilih. Tapi Allah yang pilih. Mesti ada hikmah disebaliknya. Terimalah dengan hati terbuka,”

Ark... tersentap. Allahurabbi... Permudahkanlah urusan aku.



Monday 17 June 2013

Selamat Hari Abah ^^

Assalamualaikum

Selamat Hari Abah. Ngeh ngeh. Okeh. Hari itu dah cerita pasal mak, sekarang cerita pasal Abah pulak. Aku dengan abah aku memang tak berapa nak rapat sebab abah ni, orangnya sangat tegas. Lebih – lebih lagi berkaitan dengan akademik. Sangat – sangat tegas. Tapi aku je yang malas.

Betapa garangnya abah dulu sampaikan aku takut nak cakap ngan abah. Kalau duduk kat asrama, seminggu sekali aku akan telefon mak aku. Mak aku. Bukan abah. Kalau abah aku yang angkat telefon, memang mengucap panjang aku nak cakap. Kah kah. Kalau boleh, aku nak elak terus cakap dengan abah. Memang sangat janggal hubungan aku ngan abah.

Sampailah aku dah dewasa, aku try perhatikan abah. Rupanya abah sangat  penyayang. Aku ingat lagi bila family aku keluar sama – sama makan steamboat & BBQ. Abang aku ada resdung yang sangat teruk. Tak boleh makan makanan laut. So, abah aku sangat – sangat jaga. Walaupun sejak dari kecil, abah memang tak rapat dengan abang aku. Selalu kena jerkah. Selalu kena marah. Sampaikan aku fikir adakah abah pilih kasih? Jadi, abang aku ni, secara automatic tak berapa ngam dengan abah.

Tapi hari tu, aku tengok perangai abah yang sebenarya. Time semua seronok bakar makanan laut, macam udang, sotong, abang aku bakar ayam. Dan abah awal – awal khaskan tempat bakar untuk abang aku. Tak nak campur dengan yang lain.

“Yang ni Fadzly punya. Jangan kacau tempat dia. Kalau nak tumpang jugak, bakar ayam je,”

Aku selamba badak bakar aku punya sotong kat tempat abang aku  punya pembakar. Ha kau, tak memasal kena jerkah. Kah kah... Then, tahu je la, ayam ni, masaknya lambat. So, abang aku tengok je kitorang makan. Bila ayam dia dah ada dalam pinggan, tiba – tiba ada orang call pulak. Lama jugak dia berborak dengan pemanggil.  Tidak semena – mena aku tengok abah aku tolong bakarkan abang aku punya makanan. See... orang lain sibuk melantak makanan, ayah aku tak lupa pada abang aku. Walaupun tak berapa ngam, abah still sayang. Abih je jawab telefon, abang aku tinggal makan je sebab semua ayam dia abah aku dah tolong bakarkan.

Aku ingat lagi, setiap kali abang aku balik, ayah aku akan make sure, makanan laut macam udang, kerang, sotong tak ada dalam peti ais. Sebab abang aku ni kadang – kadang pakai langgar je. Rasa nak makan, dia tibai je. lepas tu,mulalah tak boleh tidur malam. Muka akan jadi merah. Hidung dia mulalah mengeluarkan nyanyian sumbang. Sok sek sok sek.

Dan baru – baru ni, kakak aku balik lewat. Sebab kerja. Ayah aku dah macam cacing kepanasan. Tak duduk diam. Kejap – kejap tengok luar. Kejap – kejap tengok luar. Mulut pulak tak berhenti membebel apasal balik lewat. Padahal jam baru pukul 8.00 malam. Malam masih muda la bah... kah kah.. (haru kena pelangkung dengan abah). Berbeza ngan mak aku. Tekun tengok drama Teduhan Kasih kat internet. Kah kah.

Dan bila aku dewasa ini, barulah aku lihat satu  - persatu abah punya pengorbanan. Abah pendiam. Tegas. Garang. Tapi, disebalik itu, penuh dengan kasih sayang. Abah sanggup ulang – alik tiap – tiap hari dari Dungun ke Terengganu semata – mata tak nak tinggal family. Abah kerja kat Kuala Terengganu. So, tiap – tiap hari abah keluar selepas Subuh dan balik pukul 6.00 petang. Padahal abah boleh je sewa kuarters. Tapi abah tak nak. Katanya tak nak tinggal family. Tapi, abah tak pernah merungut. Hujung minggu abah amik part time jadi tok mudim kat klinik swasta. Dapatlah dalam rm17 seorang. Abah buat semua ni, sebab tak nak anak –anak dia merasa susah. Apa – apa keperluan anak – anak, abah akan cuba penuhi. Bila masing – masing nak sesuatu, tak berani bagitahu abah. Hanya berani bagitahu mak. Tapi, itu tak bermakna abah lepas tangan pada mak. Abah kasi duit pada mak.

Aku ingat lagi. Time family dah, ada cabutan bertuah. Lumayan kot. Ada vakum, kipas dan lain – lain barangan eletrik. Aku punya la berdoa supaya family aku dapat vakum. Aku kan pemalas. Malas nak sapu rumah. So, ada vakum senang sikit. Kat rumah ada, tapi yang lama. Tak boleh guna. Lagipun sebelum ni, kakak aku kemas rumah. Kakak aku guna penyapu. Sekarang, turn aku. Tapi, bila dah cabut, family aku dapat mesin pengadun roti. Aku punyalah frust. Sebelum balik ke Terengganu, ayah aku singgah kat Giant. Ingatkan nak beli barang dapur. Rupanya nak beli vakum. Malu aku. Padahal aku tak pernah suarakan pun nak beli vakum kat abah aku. Tak pasal – pasal vakum tu letak nama aku. Kalau nak guna je,

“Cuba ambil vakum ira,” See, dah macam jenama aku dah vakum tu.

Abah jenis care sangat dengan anak – anak peremuan dia. Aku sendiri abah tak pernah bagi naik bas. Walaupun dengan kawan – kawan. Kalau orang lain balik naik bas luar, abah aku sanggup dari Terengganu, turun ke Kuala Berang dan balik ke Dungun semata – mata nak amik aku. Padahal aku boleh je naik bas. Tapi abah aku tak kasi. Katanya bahaya.

Kalaulah nak dicerita tentang pengorbanan abah, mahu tak habis. Aku pernah masuk pertandingan esei bahasa Inggeris dan dalam esei itu aku cerita satu persatu pasal abah. Alhamdulillah dapat no 3. Terkejut badak aku pasal aku tak yakin pun boleh dapat sebab ramai best student yang masuk. Lebih – lebih lagi, aku ni bab grammar memang ke longkang la jawabnya. Dan cikgu yang anjurkan pertandingan ni adalah guru ETA dari luar negara. So, aku tak confident mana untuk menang. Hajat aku hanya satu. Hanya share pengorbanan abah aku. Itu sahaja. Tak sangka gak cikgu aku berkenan. Hua hua...


Apapun abah, Ira sayang abah. Love you until jannah. I.Allah