Sunday 20 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Kisah kewafatan kekasih Allah


Hari Khamis malam, slot dikendalikan oleh Ustaz Mohd Izz’uddin bin Ismail. Diterbangkan khas dari Kemaman. Beliau adalah bekas pelajar dari sekolah. Kiranya, beliau ni senior aku la. Tapi tak sempat jumpa. Mungkin, bila beliau dah habis sekolah, aku baru habis tadika ke tak tahu la tu. Tak kisah la. Yang penting, penyampaian beliau cukup mantap. Menyentuh kalbu. Serius cakap. Bayangkan, ana yang bila time ceramah memang WAJIB tidur, tup tup bila ustaz bagi penyampaian, aku boleh ikut dan apa yang beliau sampaikan, aku boleh terima. Hai Ustaz, pakai jampi apa ustaz?

Slot yang disampaikan oleh ustaz adalah berkaitan Rasulullah S .A.W. Tentang pengorbanan Rasulullah S.A.W , ketabahan serta kesabaran Rasulullah S .A.W, jasa Rasulullah, segala sakit derita yang ditanggung oleh Rasulullah untuk menyebarkan Islam. Bayangkan, andai Rasulullah tiada nilai – nilai macam tu, mustahil kita dapat hirup nikmat Islam dan nikmat Iman. Mustahil kita dapat berbangga dengan agama Islam. Lihatlah bagaimana sayangnya Rasulullah terhadap umatnya. Rela berkorban demi melihat Islam bertapak kemas di bumi Allah ini.

Di sini, aku ingin kongsikan sedikit apa yang disampaikan oleh Ustaz Izzu’ddin iaitu kisah tentang kewafatan Raslulullah S .A.W. Bak kata orang sharing is caring gitu...^^.. okey. Kita hayati kisah kekasih Allah... Moga dapat ilmu yang bermanfaat...

Pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah S.A.W dengan berpakaian sebaik-baiknya.Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah S.A.W dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah S.A.W tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah S.A.W.

Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah S.A.W mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah S.A.W bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"

Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah S.A.W menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah S.A.W pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah S.A.W bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"

Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah S.A.W.

Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."

Seterusnya Rasulullah S .A.W bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda S .A.W bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda S .A.W bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah S .A.W bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah S .A.W menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak"

Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untukmu. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah S .A.W:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah S .A.W. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah S .A.W itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.Lalu Rasulullah S .A.W bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat wajah kekasih Allah yang sedang merasakan sakitnya maut?"

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah berkata : “ Ya Allah dahsyat sungguh maut ini. Cukuplah sakit derita mati, biar aku yang tanggung, jangan pada umatku.

Bibir Rasulullah S.A.W bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, lalu Saidina Ali mendekatkan telinganya. Rasulullah S.A.W berkata :“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum  (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)”

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” (Umatku, umatku, umatku)

Dan, berakhirlah hidup insan mulia yang memberi sinaran itu. Lihatlah, betapa cintanya Rasulullah S .A.W kepada umatnya. Kita? Cuba kita selidik, cuba kita periksa, cuba kita check balik, sama ada cintakah kita pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W? Andai di saat kematian Rasulullah, baginda masih boleh ingat tentang umatnya, kita pula bagaimana? Di saat roh masih pada jasad, di saat masih dikurniakan akal dan fikiran yang waras, kesihatan yang sempurna, pernahkah terlintas di fikiran kita untuk mengingati Rasulullah S .A.W? Tepuk dada tanya iman…

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Riwayat Muslim)

* 'Allah berselawat' bermaksud rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.

Jadi, perbanyakkanlah selawat ye. Asyik nyanyi je, selawat jom!!



                                               
            Suasana penuh syahdu. Adik - adik sedang menulis surat untuk Rasulullah S.A.W. Selepas menceritakan tentang kisah peribadi Rasulullah S.A.W, aktiviti menulis surat untuk Rasulullah S.A.W pulak.  



    Ustaz Izzu'ddin bersama adik - adik. Membaca surat yang ditulis untuk Rasulullah S.A.W.
                                           





Hasil tulisan sahabat aku yang tercinta, Kak Ya...

Wednesday 16 May 2012

Luahan rindu buat Waliyyunhamim

Subhanallah…

Kalau dulu, aku boleh bagitahu ukhuwah itu indah. Ukhuwah itu hangat. Ukhuwah itu menyenangkan. Tapi, lawaknya, aku sendiri tak dapat merasai bagaimana indahnya ukhuwah. Bagaimana hangatnya ukhuwah. Bagaimana ukhuwah itu menyenangkan. Aiseh feeling habis. Air mata tetiba mahu mengalir… Apasal ni???

Tepat jam 8.30 malam tadi, aku berbual dengan sahabat – sahabat aku. ‘Aisyah dan Syifaa’. Dengar suara mereka, Ya Allah, rindunya. Apatah lagi dengar nasihat – nasihat diorang.

‘Aisyah: Jaga diri apabila berada kat luar sana. Dunia ni, banyak halangan. Iman kena kuat. Jaga diri.
(camtu la lebih kurang. Tak dapat dengar dengan jelas pasal sibuk nak nangis. Haha )

Syifaa’: Jaga diri. Hati – hati apabila ada kat luar sana. Aku doakan kau supaya sentiasa selamat.

Wa…. Apa ni? Apasal touching sangat ni? Wa… serius aku cakap, memang rindu gila tahap kronik kat Banat Waliyyunhamim. Tak dapat bayangkan bagaimana aku nak tempuh dunia luar tanpa korang. Takut sangat. Takut ana lagha. Akan ada lagi ke sahabat macam korang? Yang selalu tegur aku kala aku alpa, yang perbaiki kesilapan aku kala aku silap, yang selalu sabar layan aku yang jahat tahap Hitler ni. Semua la. Kalau aku tulis satu – satu, sure tak habis. Alamak, apasal nangis ni?

Apabila aku luahkan pada diorang kerisauan ana tu,

Diorang kata: Jangan risau. Kita kan Waliyyunhamim. Doa selalu ada untuk kau dan semua Waliyyunhamim.

Apasal makin air mata makin lebat ni?...

Sekarang aku baru rasa betapa indahnya ukhuwah, betapa hangatnya ukhuwah, betapa ukhuwah itu menyenangkan.

Ya Allah, rindunya pada mereka.

Rindu nak makan sama – sama, solat jamaah sama – sama, pergi solat sama – sama( walaupun lewat ;P), belajar sama – sama, makan sama - sama, semua la… tulis banyak – banyak, kang basah keyboard dengan air mata.

Banat Waliyyunhamim, sumpah aku rindu korang. Tak dapat diungkap dengan kata – kata, tak dapat ditulis dalam blog ni..:P



Kenangan bersama Banat Waliyyunhamim. Time ni, lagi seminggu nak habis sekolah. Rindu korang..


Lagu ni, khas untuk korang, Banat Waliyyunhamim. Sebuah pertemuan dari UNIC... Masih ingat, Nik nyanyi lagu ni, time aku lepak kat katil dia. Aku tahu lagu ni pun dari dia.


Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 

C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Ulang (*) 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman


*Korang, serius aku rindu. 

Monday 14 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Lafaz Basmalah


Kem Sofwatul Mukhtarah bermula pada Khamis petang. Kak Epie buat pembahagian kumpulan sebelum memulakan slot Ice Breaking. Tapi, yang mencabar untuk adik – adik ni, mereka perlu merisik fasilitator. Cewah… Merisik? Yup. Diorang akan pergi kepada fasi – fasi yang menjadi pilihan mereka. Bila dah jumpa, mereka akan tanya sama ada boleh tak fasi yang dirisik itu menerima mereka.

Ayat yang diorang gunakan,

“Kak, boleh tak kakak jadi fasi kami,”

Tapi, bukan senang – senang je fasi boleh terima mereka. Perlu laksanakan segala arahan yang diarahkan oleh fasi yang dirisik itu. Kalau group tersebut tidak dapat mengikut segala arahan yang diarahkan oleh fasi, maka fasi boleh me 'reject' nye. Kira macam denda jugak la. Alhamdulillah, ana bergabung bersama Madihah untuk menjadi fasi. Serius, masa mengundi, terkejut jugak sebab dapat Madie (panggilan manja Madihah). Cuak kot. Madie hebat. Import dari Darul Quran tu. Jangan main – main. Ana ni, apalah sangat. Setakat bekas pelajar sekolah. Kira boleh panggil ana ni fasi cikai je la. Haha. Tapi, Alhamdulillah. Madie tak kedekut ilmu. Selama ana bekerjasama dengan dia, banyak ilmu yang ana dapat. Seronok. Terima kasih Madie sebab sudi bekerjasama dengan ana. Uhibbukifillah.

Balik semula pada slot Ice Breaking. Aku dan Madie penat perah otak untuk reka arahan buat kumpulan – kumpulan yang bakal merisik kami. Madie nak sangat suruh adik – adik buat pattern yu-kok (entah betul entah tidak ana eja ni. Hentam je la). Apara. Pattern tu untuk tali pinggang merah la. Ada ke patut? Memang sah adik – adik tak tahu. Kalau cakap yu-kok tu makanan Korea, memang sah diorang percaya bulat – bulat yu-kok tu makanan Korea. Haha. Aku ada cadangkan pada Madie, nak buat sesi soal jawab. Antara salah satu soalan yang ana cadangkan adalah… Berapakah bilangan ayat dalam surah al – Fatihah? Ha…  Teka… Ada yang cakap 7 sebab basmalah tu adalah salah satu ayat dari surah Al-Fatihah. Ada yang cakap 6 sebab basmalah tu tak dikira, dianggap sebagai pemisah antara surah. Time ni la Madie berkongsi ilmu dengan aku tentang basmalah dan akuada la buat rujukan sikit… jeng jeng…

Hukum membaca Basmalah


Lafaz Basmalah secara lengkap dalam al-Quran ada pada dua tempat di dalam surah An – Naml ayat 30 dan ada pada tiap – tiap awal surah At-Taubah kerana surah ini lebih banyak menceritakan tentang peperangan. Jadi, tidak sesuai surah At-Taubah diawali dengan basmalah yang terkandung sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Semua ulama bersepakat bahawa Basmalah dalam surah An – Naml adalah lafaz dari Al-Quran dan membaca tiap – tiap awal surah selain surah At-Taubah adalah sunnah. Ungkapan Basmalah yang ada pada surah Al-Fatihah, ulama berbeza pendapat :

Mazhab Hanafi dan Hanbali– Basmalah tidak termasuk dalam ayat surah Al-Fatihah. Sunat membaca secara perlahan.

Mazhab Syafie – Membaca Basmalah pada awal surah Al-Fatihah wajib kerana Basmalah termasuk dalam ayat surah Al-Fatihah.
Basmalah ialah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah. Membacanya dalam solat berhukum fardhu. Jika gugurkan walau satu huruf, batallah solatnya. Antara sandarannya ialah:

Dari Nuaim al-Mujammir : “Saya solat di belakang Abu Hurairah, maka dibacanya Bismillaahirrahmaanirraahim, lalu dibacanya Ummul Quran, dan ketika sampai kepada waladdhaallin, dia mengucapkan amiin....... Setelah dia memberi salam, dia berkata : “Demi Tuhan yang jiwa saya berada pada tanganNya,, saya ialah orang yang paling mirip solatnya dengan solat Rasulullah." (Nasai, Ibnu Khuziamah, Ibnu Hibban)

Solat Abu Hurairah ialah solat yang paling mirip dengan solat Rasulullah, dan Abu Hurairah membaca Bismillah. Hal ini menunjukkan Rasulullah membaca Bismillah.

“Apabila membaca Al-Fatihah, maka bacalah Bismillaahirrahmaanirrahiim, kerana sesungguhnya ia adalah Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang-ulang, dan Basmalah ialah salah satu daripada ayatnya.” (Daaraquthni)

Dari Ibnu Abbas : “Sesungguhnya Rasulullah membuka pembacaan dalam solatnya dengan bacaan Basmalah.” (Dari kitab Al-Umm karya Imam Syafie)

Mazhab Maliki – Membaca Basmalah dalam solat fardhu hukumnya makruh. Jika solat sunat, boleh membaca Basmalah dalam surah Al-Fatihah.

Anas berkata:

“Nabi, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahirabbil ‘alamin.” (Bukhari)

Anas berkata:

“Nabi, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahirabbil ‘alamin, dan mereka tidak membaca Bismillahirrahmanirahim pada awal mahupun pada akhirnya.”(Muslim)


*IMAM SYAFIE mengatakan fardhu manakala IMAM MALIK mengatakan makruh berdasarkan sandaran-sandaran yang mereka nilai. Jadilah ia khilaf.

**Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali mengatakan DAPAT PAHALA membacanya. Mazhab Maliki mengatakan MAKRUH membacanya.

***Membaca Basmalah pada surah At-Taubah hukumnya makruh. Pendapat lain mengatakan haram.




Setakat ini sahaja perkongsian aku. Sikit amat tapi, hanya inilah yang aku mampu. Kalau terkurang, mohon maaf dan sila perbetulkan.Syukran Madie dengan perkongsian ni. Menarik sangat.

Jadi, berapa bilangan ayat dalam surah Al-Fatihah? Cepat teka!!

Saturday 12 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Jumpa Cikgu 4 in 1

Bermulanya Kem Sofwatul Mukhtarah ni, adalah hari Khamis. Tapi, aku kena datang hari Rabu. Sehari lebih awal untuk memastikan kelancaran majlis. Dengan semangat berkobar – kobarnya, pagi Rabu tu, aku dah terpacak kat depan sekolah. Ambik kau. Betapa semangatnya aku. Ha, jangan main - main. Tapi sebenarnya, aku ada agenda yang lain. Hehe. Round satu Kuala Berang!!! Nama pun kaki jalan. Mana boleh lepas beb. Jalan – jalan sambil cuci mata.

Singgah sana, singgah sini, lepak kat rumah kawan, petang nak dekat Asar baru balik sekolah. Haha. Kalau tahu dek mak aku, sure kena sembelih ni. Petang tu, kebetulan latihan memanah diadakan kat sekolah aku. Apalagi, turun padang la aku. Terima kasih buat sahabat aku, Azyan, yang sudi teman aku. Lupa pulak yang tempat latihan memanah diubah dan diletakkan di tepi padang bola sepak. Nak pergi ke sana, memang susah amat. Perlu melalui laluan lecak. Dah macam bendang sawah. Habis sandal aku. Dengan berbaju kurung, terkial – kial nak melangkah. Azyan pulak, ikut je dan sikit pun tak merungut. Padahal sandal dia yang warna putih dah jadi makin cute dengan hiasan lumpur tapi still setia untuk temani aku. Terharu sungguh!!. Dari kejauhan kedengaran ada satu suara men ‘sound’ aku. Aku kenal benar dengan suara itu.

“Pakai baju raya?,”

Ya itulah dia, Cikgu Asri. Jurulatih memanah aku. Jurulatih dari luar. Rindu amat pada beliau. Bagi aku, beliau adalah guru 4 in 1. Nak tahu kenapa? Jeng jeng… Nanti akan tahu sendiri.

Dengan keadaan lecak tu, akhirnya sampai jugak kat tempat latihan memanah. Macam biasa, teguran dari Cikgu Asri.

“Doh guane mek? Duduk rumah?,”

“Camtu la cikgu,”

“Tak ada ambil kursus – kursus kat luar?,”

“Kursus makan je cikgu,”

“Mung ni memang sah – sah terlebih vitamin K. Sian ke mung,”

Haha. Seronok bergurau dengan beliau. Sporting amat… Mata dah ralit tengok peralatan memanah. Semua baru - baru. Bow pulak, semua baru - baru. Jenis expert pulak tu. Kurang asam. Aku dah keluar sekolah baru nak beli bow baru. Siang - siang tak nak beli. Tak adalah aku merajuk tak nak masuk pemilihan memanah. Lantaklah. Tangan dah gatal nak pegang bow.

“Cikgu nak shoot,”

“Pergi la,”

Tu dia. Cikgu dah bagi greenlight. Apalagi, terus capai peralatan memanah. Dah get ready nak shoot ni. Pecah rekod, shoot dengan baju kurung. Haha. Lantaklah. Bukannya guna kaki pun. Asal lepas gian sudah.

“Okey, two minutes, 3 batang arrow. Ready.” Pritt wisel ditiup. Semua junior dan senior dengan semangatnya lepaskan arrow. Aku??? Masih berdiri tegak dengan barangan memanah sambil melemparkan senyuman mintak penampar. Tak tarik pun.

“Hoi mek. Apasal tak tarik?,”

“Takut la Cikgu. Bow expert. Lagipun dah lama tak shoot.”

“Hei, awak agama apa?,”

“Agama Islam”

“Kalau awak agama Islam, tak ada keyakinan, macam mana awak nak yakinkan orang lain dengan Islam. Awak kena ingat, Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud,

‘Islam bermula dalam keadaan terasing dan kembali dalam keadaan terasing’,”

Amik kau. Kena sebijik. “Yalah cikgu,”.

“Awak shoot lepas round ni,”

Aku angguk kepala. Konon sedia sahut segala dugaan dan cabaran. Dalam hati, kecut. Takut. Dah lama tak shoot. Dulu boleh la bangga. Kononnya taiko. Sekarang, jangan harap la. Berapa bulan aku tinggal aktiviti ni. Sambil – sambil tunggu round ni habis, aku berbual sekejap dengan cikgu.

“Awak tahu tak, nanti kat Padang Mahsyar, senang je nak kenal orang Melayu. Awak nak tahu sebab apa?,”

Aku dah garu kepala. “Sebab apa cikgu?,”

“Rasulullah S.A.W pernah bersabda, ‘Sesungguhnya umatku datang pada hari kiamat dalam keadaan bersinar – sinar daripada kesan wudhuk. Sesiapa yang berupaya untuk melebihkan basuhan wudhuknya, maka lakukanlah’. Dan kalau awak perasan, ramai orang kita, kalau ambil wudhuk, mesti sekadar cukup syarat. Kalau basuh rambut, basuh kat jambul je betul tak?,”

Aku angguk. Baru perasan. Kalau basuh kaki, setakat hulur je kaki. Kalau part basuh basuh rambut, mesti hujung - hujung je sebab takut rambut dah tak lawa. Haha... Berdasarkan pemerhatian aku la. Aku kan suka skodeng. Hati - hati,,, ada yang sedang menskodeng anda...

“Kalau orang lain, mereka akan sapu seluruh kepala. Kalau ambil, mereka akan ambil betul - betul. Jadi, nak kenal orang Melayu, akan ada jambul yang bersinar – sinar,”

Aku tergelak. Cikgu ni, ada – ada je. Tu yang syok bila dengan cikgu. Gurauan berilmu. Suka – suka.

Orait, dah habis round. Perlu bersedia untuk shoot.

“Okey, two minutes, 3 batang arrow,” cikgu beri arahan. Bunyi je wisel, terus shoot. Cukup dua minit, cikgu tiup wisel lagi.

“Ana, berapa batang?,”

Alamak, mampus nak jawab. “Dua je cikgu,” Memang failed. Mana taknya, setiap batang arrow, ambil masa. Nak tarik tu, pergh... berat... Boleh patah tulang belikat.

“Macam mana awak ni?,”

“Dah lama tak shoot cikgu,” Cewah. Alasan klise amat.

“Inilah yang dinamakan, ‘al 'ilmu bila amal ka syajar bila samar’ (ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah),”

Ambik kau. Kena lagi. “Wah… Sekali speaking arab da. Terror la cikgu,”

“Mung ni, dari dulu perangai tak berubah. Bila la mung nak berubah,”

Haha. Inilah yang aku katakan, Cikgu 4 in 1. Bagi aku, beliau boleh jadi guru memanah, guru agama, guru taekwando, guru pendidikan sivik dan kewarganegaraan (untuk aku je kot). haha. Almaklumlah, dapat anak murid nakal macam aku ni. Memang pening kepala. Datang latihan pun lewat. Padahal tournament memanah dah dekat. Kadang – kadang, orang lain sibuk memanah, aku sibuk sembang. Aku pun pelik. Camne la beliau boleh sabar dengan aku. Pernah sekali kena sindir. Hebat amat. Kes apa? Haha. Kes tidur dalam surau masa pemilihan memanah. Memang sakit telinga.

Setiap kali training, pasti ada ilmu agama yang akan dikongsikan. Kadang - kadang, maybe dah malas nak marah aku kot, cikgu join sekali. Haha. Tengah - tengah sembang, tiba - tiba muncul Cikgu dari belakang. Pastu join sekali. Kalau tanya bab taekwando, Cikgu la paling bersemangat ajar. Padahal, Cikgu bukan guru taekwando. Tapi, bila cikgu tunjuk skill, ha kau. Jet Li pun boleh letak jawatan. Kemas dan tangkas. Kalau nak tahu, Cikgu ni dulu, adalah bekas atlet. Tapi, aku je yang yang kurang asam sebab tak nak ambil ilmu dengan beliau. Haha.

Alhamdulillah, bersama beliau, aku dapat macam – macam ilmu dan pengalaman. Cikgu Asri langsung tak lokek ilmu. Seronok. Apapun, terima kasih Cikgu Asri. Jasamu dikenang ^^..

Balik daripada latihan memanah, sandal ana rosak. Kes kena lumpur. Haha. Nasiblah.




Macam mana tak kena marah. Orang lain berlatih, ana bergambar. Haha


Sempat posing. Amacam? Bergaya tak? Inilah Cikgu Asri. Cikgu 4 in 1

Friday 11 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Kak Amalina...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Kem Sofwatul Mukhtarah telah berlalu. 3 hari 2 malam. Kem untuk adik – adik di sekolah menengah aku dulu. Sungguh. Banyak kenangan lama terimbau kembali. Jumpa balik kawan – kawan, dan yang paling penting, jumpa balik senior – senior aku. Seronok amat. Tapi bukan itu tujuan utama aku untuk berada kat kem tu… ha, tujuan utama, adalah untuk berkongsi pengalaman dengan adik – adik junior. Bantu mereka dan menyemai rasa cinta terhadap al-Quran. Memang seronok. Selain berkongsi ilmu, aku juga dapat banyak ilmu yang bermanfaat. Rasa macam sedih pulak bila kem ni dah berakhir….

Yang paling aku salute adalah, Kak Amalina… Ha, dia la orang yang bersusah payah untuk memastikan kem ini berjalan lancar. Jawatan Kak Amalina dalam kem ini adalah setiausaha. Tetapi, memandangkan Naib Presiden ada hal dan tak dapat hadir, jadi segala tugas diserahkan kepada Kak Amalina. Dialah yang buat kertas kerja, dialah yang turun naik pejabat, dialah yang buat itu, dialah yang buat ini… 

Aku sendiri pernah tengok surat – surat rasmi yang Kak Amalina buat. Pergh.. banyak amat. Bukan surat cinta!!! Agak – agak kalau aku kumpul, serius aku boleh buat duit. Hehe.

Buat buku rujukan surat kiriman rasmi.

Hasil nukilan: Kak Amalina.

Pencuri nukilan: Ana Isarim (hehe). Memang sure kena sekeh dengan Kak Amalina.

Aku pernah dengar Kak Amalina cerita tentang susah payahnya Kak Amalina nak pergi ambil duit sebab pihak yayasan ada sediakan duit khas untuk program tu. Time tu, kitorang memang bersiap – siap untuk balik. Jadi, kiranya Kak Amalina jadi penghangat suasana la. Jadi, dengar penuh bersemangatnya, Kak Amalina bercerita…

Masa tu kan, hari Isnin. Pengetua telefon suruh ambil duit. Dengan semangatnya Kak Amalina pergi. Tapi, dah nak sampai sekolah, tiba – tiba pengetua telefon.

Pengetua:Amalina, minta maaf la. Cikgu ada mesyuarat la. Esok Amalina datang.

Kak Amalina: Okey la cikgu kalau macam tu. Esok saya datang.

Keesokkannya, Kak Amalina datang lagi. Dari pagi, sampai ke petang, Kak Amalina tunggu. Tiba – tiba, dapat panggilan telefon daripada pengetua.

Pengetua: Amalina, minta maaf la. Hari ini Cikgu tak dapat hadir. Senang cerita, Amalina datang ke rumah cikgu. Ambil duit.

Kak Amalina: Kalau macam tu, esoklah saya datang.

Keesokkannya, dengan semangatnya Kak Amalina pergi ke Bandar. Sudah nak sampai dah pun. Tiba – tiba, cikgu telefon.

Pengetua: Amalina, minta maaf la. Cikgu tak ada kat rumah. Cikgu ada kursus. Baru je bertolak dari rumah. Minta maaf la Amalina.

Kak Amalina: Tak apa cikgu.

Kak Amalina pun patah balik. Sedih la jugak tapi nak buat macam mana. Bila dah nak sampai ke rumah Kak Amalina, tetiba dapat call daripada pengetua.

Pengetua: Amalina. Mari la ambik duit. Cikgu ada kat rumah ni. Cikgu patah balik tadi. Mari la ambil.

Kak Amalina pun apalagi. Terus buat u – turn. Tapi Alhamdulillah. Dapat RM1500 kat tangan. Cash. Memang berbaloi la usaha Kak Amalina nak dapatkan bajet tu. Alhamdulillah.


Aku yang dengar cerita Kak Amalina pun rasa terpegun. Cewah. Tapi serius. Baru aku tahu yang betapa susahnya nak adakan kem macam ni. Tengok Kak Amalina sudah la. Tak senang duduk. 

Kalaulah aku duduk tempat Kak Amalina, haru aku nak wat camtu? Kirim salam la. Kalau aku nak wat camtu pun, tunggu la sepuluh tahun ke, tahun depan ke… haha,.. Apapun aku tabik kat Kak Amalina.

Teringat satu hadis Daripada Abu Said al – Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang membawa maksud:

“Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa – dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*Setiap kepayahan dan kesusahan adalah ujian dan ujian itu adalah tarbiyah dari Allah.