Friday 11 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Kak Amalina...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…

Kem Sofwatul Mukhtarah telah berlalu. 3 hari 2 malam. Kem untuk adik – adik di sekolah menengah aku dulu. Sungguh. Banyak kenangan lama terimbau kembali. Jumpa balik kawan – kawan, dan yang paling penting, jumpa balik senior – senior aku. Seronok amat. Tapi bukan itu tujuan utama aku untuk berada kat kem tu… ha, tujuan utama, adalah untuk berkongsi pengalaman dengan adik – adik junior. Bantu mereka dan menyemai rasa cinta terhadap al-Quran. Memang seronok. Selain berkongsi ilmu, aku juga dapat banyak ilmu yang bermanfaat. Rasa macam sedih pulak bila kem ni dah berakhir….

Yang paling aku salute adalah, Kak Amalina… Ha, dia la orang yang bersusah payah untuk memastikan kem ini berjalan lancar. Jawatan Kak Amalina dalam kem ini adalah setiausaha. Tetapi, memandangkan Naib Presiden ada hal dan tak dapat hadir, jadi segala tugas diserahkan kepada Kak Amalina. Dialah yang buat kertas kerja, dialah yang turun naik pejabat, dialah yang buat itu, dialah yang buat ini… 

Aku sendiri pernah tengok surat – surat rasmi yang Kak Amalina buat. Pergh.. banyak amat. Bukan surat cinta!!! Agak – agak kalau aku kumpul, serius aku boleh buat duit. Hehe.

Buat buku rujukan surat kiriman rasmi.

Hasil nukilan: Kak Amalina.

Pencuri nukilan: Ana Isarim (hehe). Memang sure kena sekeh dengan Kak Amalina.

Aku pernah dengar Kak Amalina cerita tentang susah payahnya Kak Amalina nak pergi ambil duit sebab pihak yayasan ada sediakan duit khas untuk program tu. Time tu, kitorang memang bersiap – siap untuk balik. Jadi, kiranya Kak Amalina jadi penghangat suasana la. Jadi, dengar penuh bersemangatnya, Kak Amalina bercerita…

Masa tu kan, hari Isnin. Pengetua telefon suruh ambil duit. Dengan semangatnya Kak Amalina pergi. Tapi, dah nak sampai sekolah, tiba – tiba pengetua telefon.

Pengetua:Amalina, minta maaf la. Cikgu ada mesyuarat la. Esok Amalina datang.

Kak Amalina: Okey la cikgu kalau macam tu. Esok saya datang.

Keesokkannya, Kak Amalina datang lagi. Dari pagi, sampai ke petang, Kak Amalina tunggu. Tiba – tiba, dapat panggilan telefon daripada pengetua.

Pengetua: Amalina, minta maaf la. Hari ini Cikgu tak dapat hadir. Senang cerita, Amalina datang ke rumah cikgu. Ambil duit.

Kak Amalina: Kalau macam tu, esoklah saya datang.

Keesokkannya, dengan semangatnya Kak Amalina pergi ke Bandar. Sudah nak sampai dah pun. Tiba – tiba, cikgu telefon.

Pengetua: Amalina, minta maaf la. Cikgu tak ada kat rumah. Cikgu ada kursus. Baru je bertolak dari rumah. Minta maaf la Amalina.

Kak Amalina: Tak apa cikgu.

Kak Amalina pun patah balik. Sedih la jugak tapi nak buat macam mana. Bila dah nak sampai ke rumah Kak Amalina, tetiba dapat call daripada pengetua.

Pengetua: Amalina. Mari la ambik duit. Cikgu ada kat rumah ni. Cikgu patah balik tadi. Mari la ambil.

Kak Amalina pun apalagi. Terus buat u – turn. Tapi Alhamdulillah. Dapat RM1500 kat tangan. Cash. Memang berbaloi la usaha Kak Amalina nak dapatkan bajet tu. Alhamdulillah.


Aku yang dengar cerita Kak Amalina pun rasa terpegun. Cewah. Tapi serius. Baru aku tahu yang betapa susahnya nak adakan kem macam ni. Tengok Kak Amalina sudah la. Tak senang duduk. 

Kalaulah aku duduk tempat Kak Amalina, haru aku nak wat camtu? Kirim salam la. Kalau aku nak wat camtu pun, tunggu la sepuluh tahun ke, tahun depan ke… haha,.. Apapun aku tabik kat Kak Amalina.

Teringat satu hadis Daripada Abu Said al – Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda yang membawa maksud:

“Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa – dosanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*Setiap kepayahan dan kesusahan adalah ujian dan ujian itu adalah tarbiyah dari Allah.

1 comment: