Sunday 20 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Kisah kewafatan kekasih Allah


Hari Khamis malam, slot dikendalikan oleh Ustaz Mohd Izz’uddin bin Ismail. Diterbangkan khas dari Kemaman. Beliau adalah bekas pelajar dari sekolah. Kiranya, beliau ni senior aku la. Tapi tak sempat jumpa. Mungkin, bila beliau dah habis sekolah, aku baru habis tadika ke tak tahu la tu. Tak kisah la. Yang penting, penyampaian beliau cukup mantap. Menyentuh kalbu. Serius cakap. Bayangkan, ana yang bila time ceramah memang WAJIB tidur, tup tup bila ustaz bagi penyampaian, aku boleh ikut dan apa yang beliau sampaikan, aku boleh terima. Hai Ustaz, pakai jampi apa ustaz?

Slot yang disampaikan oleh ustaz adalah berkaitan Rasulullah S .A.W. Tentang pengorbanan Rasulullah S.A.W , ketabahan serta kesabaran Rasulullah S .A.W, jasa Rasulullah, segala sakit derita yang ditanggung oleh Rasulullah untuk menyebarkan Islam. Bayangkan, andai Rasulullah tiada nilai – nilai macam tu, mustahil kita dapat hirup nikmat Islam dan nikmat Iman. Mustahil kita dapat berbangga dengan agama Islam. Lihatlah bagaimana sayangnya Rasulullah terhadap umatnya. Rela berkorban demi melihat Islam bertapak kemas di bumi Allah ini.

Di sini, aku ingin kongsikan sedikit apa yang disampaikan oleh Ustaz Izzu’ddin iaitu kisah tentang kewafatan Raslulullah S .A.W. Bak kata orang sharing is caring gitu...^^.. okey. Kita hayati kisah kekasih Allah... Moga dapat ilmu yang bermanfaat...

Pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah S.A.W dengan berpakaian sebaik-baiknya.Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah S.A.W dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah S.A.W tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah S.A.W.

Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah S.A.W mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah S.A.W bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"

Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah S.A.W menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah S.A.W pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah S.A.W bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"

Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah S.A.W.

Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."

Seterusnya Rasulullah S .A.W bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda S .A.W bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda S .A.W bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah S .A.W bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah S .A.W menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak"

Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untukmu. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah S .A.W:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah S .A.W. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah S .A.W itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.Lalu Rasulullah S .A.W bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat wajah kekasih Allah yang sedang merasakan sakitnya maut?"

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah berkata : “ Ya Allah dahsyat sungguh maut ini. Cukuplah sakit derita mati, biar aku yang tanggung, jangan pada umatku.

Bibir Rasulullah S.A.W bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, lalu Saidina Ali mendekatkan telinganya. Rasulullah S.A.W berkata :“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum  (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.)”

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” (Umatku, umatku, umatku)

Dan, berakhirlah hidup insan mulia yang memberi sinaran itu. Lihatlah, betapa cintanya Rasulullah S .A.W kepada umatnya. Kita? Cuba kita selidik, cuba kita periksa, cuba kita check balik, sama ada cintakah kita pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W? Andai di saat kematian Rasulullah, baginda masih boleh ingat tentang umatnya, kita pula bagaimana? Di saat roh masih pada jasad, di saat masih dikurniakan akal dan fikiran yang waras, kesihatan yang sempurna, pernahkah terlintas di fikiran kita untuk mengingati Rasulullah S .A.W? Tepuk dada tanya iman…

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Riwayat Muslim)

* 'Allah berselawat' bermaksud rahmat dan ganjaran daripada Allah SWT.

Jadi, perbanyakkanlah selawat ye. Asyik nyanyi je, selawat jom!!



                                               
            Suasana penuh syahdu. Adik - adik sedang menulis surat untuk Rasulullah S.A.W. Selepas menceritakan tentang kisah peribadi Rasulullah S.A.W, aktiviti menulis surat untuk Rasulullah S.A.W pulak.  



    Ustaz Izzu'ddin bersama adik - adik. Membaca surat yang ditulis untuk Rasulullah S.A.W.
                                           





Hasil tulisan sahabat aku yang tercinta, Kak Ya...

No comments:

Post a Comment