Wednesday 18 June 2014

Aku anak tunggal


Assalamualaikum


Bosan sungguh jadi anak tunggal ni.
Sumpah bosan.
Tak ada teman nak bergaduh.
Wakaka... untuk beberapa hari je padahal. Tapi sumpah bosan. Ijan dan Nana bertolak ke Kuala Lumpur. Abah dan Mak, macam biasa, dengan dunia masing-masing. Kak Mimi dengan anaknya. Aku???? Dengan laptopku. Pesanan buat semua, bila dah kahwin nanti, dapatkan anak reramai. Biar anak tak bosan. Kalau ditakdirkan tak boleh beranak, amik anak angkat. InsyaAllah, pahala banyak.


Betul kata orang. Adik beradik ni, kalau dekat bau tahi, jauh-jauh bau ros ambi pure


Kalau jauh, rindu bagai nak rak. Kalau dekat, ada aje nak gaduh... Itulah aku. Kaki baran dan kaki gaduh. Nasiblah...


Tak ada teman nak gelak. Kang gelak sensorang dikata aku patient Hospital Bahagia. Dah tu camno.


Paling syok, time makan. Jenis Abah aku, bila makan, wajib semua dalam rumah turut sama dekat meja makan. Kalau boleh, sekali dengan kucing - kucing suruh jemput makan sesama. Then, lepas makan, biasanya semua malas nak bangun. Dah siap makan, basuh tangan, duduk balik. Pastu memasing merapu, memekak, bergelak ketawa... Allahu. Rindu. Abah dengan Mak tukang gelak. Nasiblah mak dan Abah... Dapat anak yang merapu.. Tak apa mak, tak apa abah. Peduli orang kata. Asal bahagia. Wakakakaka... Moga camtulah kehendaknya ya Mak, Abah.


Sebab tu, kalau sorang tak balik, sumpah rumah macam Muzium tak pun macam perpustakaan awam. Sunyi. Kalau tak, malam - malam cenggini still lepak kat meja makan. Cerita itu ini. Gelak bagai nak pecah cermin tingkap rumah sebelah. Sampai pukul 2,3 pagi itu biasa. Mujur dapat jiran yang memahami. Kalau tak, ada juga yang kena pelangkung.

Bosan...
Gi ngaji!!!!
*Nangges

Tuesday 17 June 2014

Darjat


Assalamualaikum



'Sanggup berlapar, asal pakaian ala mak datin'
'Pakai toyota, tapi jemur tuala kat tingkap. Macam kampung'
'Pakai selipar jepun pergi Shopping complex. Macam anak orang asli'


Sungguh,
Apakah hina pakai baju kurung?
Apakah hina pakai baju lelong kat pasar malam?
Apakah hina pakai selipar jepun RM4.50?


Kalau nak lawat kematian, baju kurung jugak kau cari
Kau nak basuh kereta depan rumah, baju lelong jugak kau cari
Kau nak masuk jamban, selipar jepun RM 4.50 jugak kau cari


Sungguh
Apa ada pada semua tu
Aku masih tercari-cari
Itu definisi kebahagiaan mereka mungkin?
Kaya raya, duit berkepuk-kepuk


Apa ada pada semua tu? 
Berlumba-lumba gadget siapa paling mahal
Bertanding kereta siapa paling berjenama
Berlumba-lumba baju siapa paling vogue


Aku pelik
Tidak mengapa, itu kepuasan kamu
Namun, 
Tak usah dibanding pada mereka yang masih mengais mencari makan
Tak usah dipertunjukkan pada mereka yang masih berlapar
Tak usah ditayangkan pada mereka yang berjaga siang dan malam hanya untuk sesuap nasi


Sungguh, 
Apa tujuan kamu?
Sedangkan kamu sama seperti mereka
Kamu menunjuk bagaikan kamulah paling gah di abad ini
Kononnya kamulah manusia paling kaya


Apakah kamu tahu?
Kasihankan diri kamu
Kerana kamu miskin kasih sayang
Kamu miskin nilai kemanusiaan
Kamu fakir


Penat berlakon menjadi kaya, bukan?
Kamu letih untuk menggali duit, bukan?
Kamu penat fikir untuk mencari duit, bukan?
Kamu lelah untuk mencukupkan nafsu kamu, bukan?


Apa guna duit banyak tapi jiwa terseksa
Apa guna wang berjuta tapi ada jiwa yang lapar
Rohmu juga kebuluran sebenarnya


#Tak usah bangga dengan kekayaan kamu. Tak usah dilelong. Apa guna. Apa guna duit banyak, kekayaan berkepuk-kepuk, tapi tak dapat bantu soalan Mungkar Nakir. Just be yourself. Biar baju renyuk. Asal selesa memakai. Biar baju compang-camping. Asal jiwa bahagia. Tak payah menunjuk!!! Senang cerita... Bahahahahaha... Sebab aku tak hadap pun :P

Wednesday 11 June 2014

Hargailah



Assalamualaikum


Sebelum kamu pejamkan mata
Tataplah wajah - wajah insan yang kamu sayangi
Tataplah wajah - wajah insan yang benci kamu
Biarpun hanya gambar kusam atau bayangan hitam putih


Asal ada


Allahu, hidup ini singkat

Tataplah sepuas hati kamu
Tataplah dalam - dalam
Sampai kamu merasai cinta dan merasa bahawa cinta kamu terbalas
Sampai kamu merasai dendam kesumat hilang, yang ada hanya cinta

Jika boleh, ucapkanlah sayang
Ucapkan rindu
Semahunya, seikhlasnya, sepuas hati kamu
Sampai kamu merasa, dunia ini indah

Kerana, mungkin esok, mungkin lusa
Kita takkan mampu untuk melihat mereka
Kita takkan mampu meniti hari esok
Kita takkan mampu merasai kenangan yang sama


Kerana hidup ini singkat

Aku sendiri
Saat malam, aku gemar memerhati tingkah mereka, family aku
Saat mereka bergelak ketawa, aku jarang mencelah, hanya menumpang tawa
Kerana aku sibuk,
Sibuk meneliti wajah mereka, sibuk merakam wajah - wajah bahagia di kotak memori
Berharap, sekiranya aku pergi, aku tak menyesal
Kerana aku bahagia bersama mereka
Dan aku mahu hargai setiap detik bersama mereka

#hargai orang tersayang selagi mana mereka ada di sisi kamu

Thursday 5 June 2014

Perit, tapi manis


Assalamualaikum


"Aku nak belajar mengaji, tapi aku malu,"

Allahu

Sayangku, mengapa perlu malu untuk menuntut ilmu... 

Tidak aku nafikan, ramai yang melepasi 20 an still tak pandai mengaji. Lelaki dengan egonya, perempuan dengan alasannya yang cuti... Cuti setahun??? Jadah... Tak mengapa... husnuzon

Ramai yang malu untuk berguru...
Tetapi suka cakap

"Untunglah pandai mengaji,"

Bila ditawarkan untuk mengajar, beribu alasan yang diberikan...

Aku sebenarnya geram dan menyampah manusia yang bercakap

"Untungla...."

Menyampah amat... Entah kenapa... Maaf la yek kalau perkataan itu menjjadi tagline kalian. Tapi bagi aku perkataan itu mempunyai maksud yang mendalam... Sama ada dengki, atau minta perhatian... muahahaha

Okeh...
Balik pada asal

Dalam menuntut ilmu, terutama tajwid, perlu berguru. Bukan melalui internet atau buku.

Aku sendiri, dulu, abah aku sangat tekankan anak - anak dia untuk mengaji.

Sejak umur lima tahun, sudah dihantar ke kelas mengaji. Malam pulak, wajib mengaji dengan Abah. Satu muka surat sehari. Sampai aku darjah enam. Pengalaman mengaji dengan abah tak yah cakapla... Selalu nangis... Sampai teresak - esak... Abah garang... 

Then, form one, sampai form five. Dapat Ustazah Hanisah. Tegas. Cakap je denda apa yang aku tak pernah kena. Semua pernah. Berdiri atas kerusi makmal, kerusi tinggi, kerusi rendah, ketuk ketampi, berdiri tengah panas, padang takraw. Allahu... Banyak kenangannya. Memang perit. Memang malu. Tetapi kerana nak al-Quran, aku pasrah (ayat masyuk gituuwwwww)... Moga Allah rahmati Ustazah...

Dan ilmu itu, aku cuba manfaatkan sampai sekarang. Walaupun kenkadang malas tahap Adon makan wet food sepuluh paket, tapi ada la jugak... Allahu.

Kalamullah ini, sangat istimewa. Payah untuk kita rasai nikmatnya. Bila dah dapat, Subhanallah. Sangat nikmat. Tetapi, bila dah jauh dari nikmatnya, rasailah keperitannya.

Moga Allah mudahkan urusan kalian dalam mendalami Kalamullah

Wednesday 4 June 2014

Syurga itu milik semua


Assalamualaikum

Bismillah

Perli memerli, sarkastik, sindiran tajam... Biasa digunakan untuk menegur seseorang yang melakukan kesilapan, atau ingin membawa ke arah kebaikan...

Allahu

Berapa ramai yang suka dengan cara ni?
Even aku sendiri pun kurang gemar...
Rasa macam nak pelangkung dengan meja
Tak pun nak simbah dengan asid laju - laju...

Sejak aku masuk ke IPT, di mana aku keluar dari kepompong manusia yang bertudung labuh dan berkopiah serta suasana yang bukan mengamalkan biah solehah, aku mula bergaul dengan golongan biasa. Even golongan free thinker, atau golongan yang percayakan banyak Tuhan. Semua aku kawan. Aku luaskan kuasa pergaulan aku kepada golongan yang bencikan Islam dan juga golongan Ayah Pin (membohong sangat...)

Dari situ aku belajar banyak perkara... 

Manusia ini, dahagakan kasih sayang... 
Manusia ini, dahagakan perhatian...
Walaupun perangai sejahat Iblis laknatullah (kata orang yang konpem dirinya masuk syurga)
Jauh di sudut hati, mereka mendambakan sesuatu
Ketenangan dan kebahagiaan

Mungkin bukan kehendak manusia itu untuk berada dalam kesesatan
Mungkin pengaruh keluarga,
Mungkin hasutan kawan,
Allahu
Kita tidak tahu.
Melainkan kita menyelami
Kita susuri
Kita duduk bersama mereka
Baru kita tahu betapa peritnya hidup 

Disebabkan itu,
Menjadi tanggungjawab kita untuk memimpin (ayat klise)

Benar

Memimpin mereka ke arah kebenaran (mabruk)

Namun,
Apakah cara kita mampu menembusi hati mereka?
Apakah cara kita mampu menarik diri mereka)

Allahu...
Sungguh...

Ramai yang berminat dengan Islam
Ramai yang jatuh cinta dengan Islam

Tapi, hanya kerana dosa lalu, dia dicemuh
Hanya kerana kisah silam, dia dihina
Hanya kerana kesilapan lalu, dia dicaci
Seolah - olah tiada ruang untuk dia hidup di dunia
Seolah - olah dia tidak layak untuk hidup

Bila diimbas kembali,
Siapa kita untuk mencemuh mereka?
Siapa kita untuk menghina mereka?
Siapa kita untuk mencaci mereka..

Jika begitu, mengapa Allah wujudkan perkataan taubat?
Kenapa Allah wujudkan syurga?
Sedangkan bukankah semua manusia tidak sempurna?
Jika begitu, hanya para malaikat dan Rasulullah S.A.W yang menghuni syurga

Jika benar, syurga itu untuk  para malaikat dan Rasulullah S.A.W,
Allah tidak akan akan menciptakan manusia melainkan hanyalah Rasulullah S.A.W
Allah akan kerahkan malaikat di bahu kiri untuk menulis semua kesalahan waima sebesar zarah sekalipun
Allah tidak akan perintahkan Rasulullah S.A.W menyebarkan Islam

Allahu

Kerana syurga itu luas 
Diciptakan untuk manusia,
Allah ciptakan manusia dengan sebaik - baik kejadian
Allah kerahkan malaikat di bahu kanan untuk mencatat semua kebaikan walaupun sebesar zarah
Allah perintahkan Rasulullah S.A.W menyebarkan Islam agar seluruh dunia merasai sinar Islam...

Allahuakbar

Justeru,

Tegurlah dengan penuh berhemah
Tegurlah dengan penuh kasih sayang
Tegurlah dengan penuh ikhlas
Tegurlah dengan istiqamah
Moga dengan teguran itu,
Hati yang kering bisa dibasahi dengan Nur Islam
Hati yang keras bisa dilembutkan bak sutera

Allahu

Moga Allah hitung

Monday 2 June 2014

Bacalah


Assalamualaikum


Hari tu, aku ada melawat suami Cik Siah di salah sebuah hospital swasta di wad ICU. Kelihatan di suatu sudut, seorang wanita not yet Muslim sedang membaca sebuah 'kitab' sambil tangannya khusyuk memegang tangan seorang lelaki yang sedang koma. Suami isteri barangkali.

Allahurabbi...

Saat itu, terasa diri terpukul...

Saat diri ini masih sempurna
Saat diri ini masih waras
Saat jantung masih berdenyut
Saat lidah masih lancar berbicara
Saat nafas masih belum berhenti

Ucapkanlah kalimah thoyyibah
Bacalah Kalamullah

Kerana suatu saat nanti,
Saat nyawa sampai ke penghujung,
Saat malaikat maut menyampaikan salam

Mungkin saat itu, kita takkan mampu 
membaca lagi ayat - ayat cinta dari Allah
Melainkan ada yang sudi membacakannya
Melainkan ada yang mahu membacakannya

Lafazlah, bacalah Kalamullah...
Biar lambat, biar merangkak
Asalkan istiqamah
Moga Allah hitung

Sunday 1 June 2014

Tok nek aku pun boleh cakap

Assalamualaikum



Sadis sungguh tajuk... Ha... Kadang-kadang manusia ni, tak boleh jugak nasihat gunakan kelembutan dan daya kesopanan yang tinggi. Kena berkasar jugak... Kalau tak sure lawan balik. Tapi nasihat ni, tak tuju kat sape-sape. Tuju kat aku sendiri. Muahaha. Maaf seandainya terasa. Moga dilapangkan dada.


Hari tu, time aku clinical attachment kat Taiping, aku lepak - lepak dengan classmates. Over penat siang hari, malam dah tak boleh tidur. Kak Bel (nama glamour) datang bilik dan bersembang dengan aku. Katanya tak boleh tidur. Borak punya borak, tetiba masuk bab couple... Ouch... panas punya cerita.


Kak Bel : Hang dah ada boyfriend?


Aku : Tak ada. Siapa la nak kat saya...


Kak Bel : Bohong la. Ingat aku percaya ke kata - kata hang. Mesti ada yang nak berkenalan dengan hang. Hang yang jual mahal.


Aku :(gelak sampai tak ingat dunia. Kak Bel cakap memang bersemangat. Syok pulak aku dengar) Ada - ada tu memang ada. Tapi bila suruh tanya mak ayah saya dulu, terus senyap membisu. Nampak sangat main - main. (ini memang prinsip aku. Siapa nak berkenalan lebih - lebih, aku suruh tanya parents aku dulu. Sebab aku ni mudah jatuh cinta, mudah jatuh sayang. Kalau dah cinta, kalau dah sayang,jangan harap aku lepaskan. Muahaha. Jalan terbaik, suruh tanya parents aku. Ha ko, diam terkaku. Nampak tak permainannya di situ... :P. Kalau setakat kawan tu boleh la...)


Kak Bel : Betui. Aku setuju sangat. Bagi mesej cakap aku suka kau, aku sayang kau. Hmmm, benda macam tu, tok nek aku pun boleh cakap. Tok nek aku pun boleh buat.


Aku gelak guling - guling bagai orang hilang kewarasan. Kak Bel tercengang.


Kak Bel : Dak aih. Betui la. Kita ni, sebagai wanita kena jual mahai. Jangan boleh bagi muka sangat. Depa ni bukan boleh caya sangat. Nak buat main. Nak cuba - cuba... Apa depa ingat kita ni tester macam kat market tu ke apa.



Ha kau. Kan dah kena sebijik kat muka... Ha... ingat itu...


Kak Bel a.k.a Nabilah. Sangat sempoi. Moga Allah rahmati dia.