Monday 14 May 2012

Sofwatul Mukhtarah dalam kenangan: Lafaz Basmalah


Kem Sofwatul Mukhtarah bermula pada Khamis petang. Kak Epie buat pembahagian kumpulan sebelum memulakan slot Ice Breaking. Tapi, yang mencabar untuk adik – adik ni, mereka perlu merisik fasilitator. Cewah… Merisik? Yup. Diorang akan pergi kepada fasi – fasi yang menjadi pilihan mereka. Bila dah jumpa, mereka akan tanya sama ada boleh tak fasi yang dirisik itu menerima mereka.

Ayat yang diorang gunakan,

“Kak, boleh tak kakak jadi fasi kami,”

Tapi, bukan senang – senang je fasi boleh terima mereka. Perlu laksanakan segala arahan yang diarahkan oleh fasi yang dirisik itu. Kalau group tersebut tidak dapat mengikut segala arahan yang diarahkan oleh fasi, maka fasi boleh me 'reject' nye. Kira macam denda jugak la. Alhamdulillah, ana bergabung bersama Madihah untuk menjadi fasi. Serius, masa mengundi, terkejut jugak sebab dapat Madie (panggilan manja Madihah). Cuak kot. Madie hebat. Import dari Darul Quran tu. Jangan main – main. Ana ni, apalah sangat. Setakat bekas pelajar sekolah. Kira boleh panggil ana ni fasi cikai je la. Haha. Tapi, Alhamdulillah. Madie tak kedekut ilmu. Selama ana bekerjasama dengan dia, banyak ilmu yang ana dapat. Seronok. Terima kasih Madie sebab sudi bekerjasama dengan ana. Uhibbukifillah.

Balik semula pada slot Ice Breaking. Aku dan Madie penat perah otak untuk reka arahan buat kumpulan – kumpulan yang bakal merisik kami. Madie nak sangat suruh adik – adik buat pattern yu-kok (entah betul entah tidak ana eja ni. Hentam je la). Apara. Pattern tu untuk tali pinggang merah la. Ada ke patut? Memang sah adik – adik tak tahu. Kalau cakap yu-kok tu makanan Korea, memang sah diorang percaya bulat – bulat yu-kok tu makanan Korea. Haha. Aku ada cadangkan pada Madie, nak buat sesi soal jawab. Antara salah satu soalan yang ana cadangkan adalah… Berapakah bilangan ayat dalam surah al – Fatihah? Ha…  Teka… Ada yang cakap 7 sebab basmalah tu adalah salah satu ayat dari surah Al-Fatihah. Ada yang cakap 6 sebab basmalah tu tak dikira, dianggap sebagai pemisah antara surah. Time ni la Madie berkongsi ilmu dengan aku tentang basmalah dan akuada la buat rujukan sikit… jeng jeng…

Hukum membaca Basmalah


Lafaz Basmalah secara lengkap dalam al-Quran ada pada dua tempat di dalam surah An – Naml ayat 30 dan ada pada tiap – tiap awal surah At-Taubah kerana surah ini lebih banyak menceritakan tentang peperangan. Jadi, tidak sesuai surah At-Taubah diawali dengan basmalah yang terkandung sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Semua ulama bersepakat bahawa Basmalah dalam surah An – Naml adalah lafaz dari Al-Quran dan membaca tiap – tiap awal surah selain surah At-Taubah adalah sunnah. Ungkapan Basmalah yang ada pada surah Al-Fatihah, ulama berbeza pendapat :

Mazhab Hanafi dan Hanbali– Basmalah tidak termasuk dalam ayat surah Al-Fatihah. Sunat membaca secara perlahan.

Mazhab Syafie – Membaca Basmalah pada awal surah Al-Fatihah wajib kerana Basmalah termasuk dalam ayat surah Al-Fatihah.
Basmalah ialah salah satu daripada ayat surah al-Fatihah. Membacanya dalam solat berhukum fardhu. Jika gugurkan walau satu huruf, batallah solatnya. Antara sandarannya ialah:

Dari Nuaim al-Mujammir : “Saya solat di belakang Abu Hurairah, maka dibacanya Bismillaahirrahmaanirraahim, lalu dibacanya Ummul Quran, dan ketika sampai kepada waladdhaallin, dia mengucapkan amiin....... Setelah dia memberi salam, dia berkata : “Demi Tuhan yang jiwa saya berada pada tanganNya,, saya ialah orang yang paling mirip solatnya dengan solat Rasulullah." (Nasai, Ibnu Khuziamah, Ibnu Hibban)

Solat Abu Hurairah ialah solat yang paling mirip dengan solat Rasulullah, dan Abu Hurairah membaca Bismillah. Hal ini menunjukkan Rasulullah membaca Bismillah.

“Apabila membaca Al-Fatihah, maka bacalah Bismillaahirrahmaanirrahiim, kerana sesungguhnya ia adalah Ummul Quran dan tujuh pujian yang diulang-ulang, dan Basmalah ialah salah satu daripada ayatnya.” (Daaraquthni)

Dari Ibnu Abbas : “Sesungguhnya Rasulullah membuka pembacaan dalam solatnya dengan bacaan Basmalah.” (Dari kitab Al-Umm karya Imam Syafie)

Mazhab Maliki – Membaca Basmalah dalam solat fardhu hukumnya makruh. Jika solat sunat, boleh membaca Basmalah dalam surah Al-Fatihah.

Anas berkata:

“Nabi, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahirabbil ‘alamin.” (Bukhari)

Anas berkata:

“Nabi, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan membaca Alhamdulillahirabbil ‘alamin, dan mereka tidak membaca Bismillahirrahmanirahim pada awal mahupun pada akhirnya.”(Muslim)


*IMAM SYAFIE mengatakan fardhu manakala IMAM MALIK mengatakan makruh berdasarkan sandaran-sandaran yang mereka nilai. Jadilah ia khilaf.

**Mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali mengatakan DAPAT PAHALA membacanya. Mazhab Maliki mengatakan MAKRUH membacanya.

***Membaca Basmalah pada surah At-Taubah hukumnya makruh. Pendapat lain mengatakan haram.




Setakat ini sahaja perkongsian aku. Sikit amat tapi, hanya inilah yang aku mampu. Kalau terkurang, mohon maaf dan sila perbetulkan.Syukran Madie dengan perkongsian ni. Menarik sangat.

Jadi, berapa bilangan ayat dalam surah Al-Fatihah? Cepat teka!!

No comments:

Post a Comment