Saturday 14 April 2012

Dengki

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki" (Riwayat Ibnu Hibban dan Al - Baihaqi)

Time sekolah menengah dulu, ketika berada di Tingkatan 3, aku ingat lagi aku sangat – sangat dengki pada sahabat aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Bukan dengki dengan kecantikan ataupun kekayaan. Sorry sikit. Itu hanyalah sementara dan itu milik Allah. So, aku tak berhak nak dengki. Tetapi aku dengki dengan kejayaan sahabat aku. Time exam, memang dia selalu dapat markah tinggi dari aku. Memang jealous amat. Kami memang berkawan baik. Malah sangat – sangat baik. Masa first datang sekolah, dialah orang pertama yang aku kenal dan kami rapat sampai sekarang. Waktu itu, kami duduk satu dorm. Memang aku selalu tengok dia. Relaks je. Tapi result exam boleh tahan gempaknya. Itu yang buat aku panas tu. Ha, start daripada itulah aku ada mula rasa nak dengki. Rasa macam menyampah tengok muka dia. Geram. Haha. Jahat betul la aku ni. Patut aku kena buang daerah ni. Tapi walau dalam kebencian, aku still bersahabat baik dengan dia. Malah dia adalah salah seorang best friend aku. Ha, camne tuh Memang tak boleh dibuat kawan la aku ni.

Kami masih terus bersahabat baik, sampailah tinggal beberapa bulan lagi PMR menjelma. Ha, time tu, kedengkian makin meluap pada dia. Kalau dia study dekat aku, pasti aku akan menjauhkan diri. Kalau dia berjalan sebelah aku, pasti beribu langkah akan ku melarikan diri. Kalau dia tegur aku, sure aku buat tak layan. Kalau dia pinjam barang aku, sure aku akan teragak – agak nak bagi. Bagi tetap bagi tapi dalam hati still tak ikhlas. Fikirkan, apasal lah dia pinjam barang aku. Bilalah dia nak pulangkan barang aku tu. Amacam? Hebat tak? Macam Hitler aku ni kan? Jahat amat. Pernah sekali dia tegur aku. Aku ingat lagi. Masa tu, dia datang kat aku, dengan senyuman sambil tegur aku.

“Ana,” suara biasa dia. Ceria. Dia memang seorang yang mesra dan ramah.

Tapi, aku bukan suka. Makin tak suka adalah. @#$%^&*. Aku bukan balas. Jawab dengan suara agak – agak menengking.

“Apa?,” wa… Amacam? Ada gaya Rika Sumanto dalam cerita Bawang Merah Bawah Putih versi Indonesia tak?Aku sendiri terkejut dengan reaksi aku. Rasa macam kena rasuk pun ada. Tak pernah aku tengking orang(ye ke?). Dia pun terkejut jugak. Aku apa lagi. Cepat – cepat aku mengatur 1000 langkah dari dia. Bimbang jugak. Kang melarat kang naya pulak. Aku ni panas baran. Kang tetiba taufan tornado melanda. Naya.

Start daripada hari tu, aku jauhkan diri daripada dia. Takut aku tertengking dia pulak. Tapi, kitorang masih bertegur sapa, dan masih bergurau senda macam dulu. Sampailah time PMR, kami sesama bermohon maaf. Itupun ramai – ramai minta maaf. Ha…

Habis je PMR, macam biasa, dah tak ada kerja lain melainkan lepak semata - mata. Time tu la aku cari peluang meluahkan rasa hati. Cewah. Aku jumpa dia, aku ceritakan apa sebab aku menjauhkan diri dari dia. Haha. Mula – mula dia terkejut, tapi Alhamdulillah, dia jenis bukan yang simpan dendam. Tu pendapat aku la. Tak tahu la dia macam mana. Betul tak Sara Omar?. Haha. Sorry sangat – sangat yep. Time tu aku sendiri tak tahu macam mana syaitan boleh berjaya hasut aku sampai boleh jatuh benci kat kau. Haha. Tak pasal – pasal hubungan kita retak sementara waktu, kan?

Buat Sara Omar, sorry sangat – sangat. Tak ada niat nak sakitkan hati kau. Haha. Rindu kamu :-)

Ha, itulah kedengkian yang terbesar berlaku pada diri aku. Sebelum ni, biasa – biasa je. Dengki, pastu lama – lama, hilanglah. Time ni je, dengki, retak persahabatan. Wo.. bahaya tu…

Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak."

Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.Bukan dengkikan kecantikan mahupun kekayaan. Hati - hati dengan permainan dunia yep^^.

No comments:

Post a Comment