Monday 16 April 2012

Ketawa

Assalamualaikum

Di sini, aku mahu kongsikan, kelebihan ketawa:

1.Mengurangkan risiko penyakit jantung
Penyelidikan yang dijalankan mendapati, ketawa boleh mengembangkan dinding dalam arteri. Dengan itu, ia meningkatkan aliran darah. Kesan positif ini berkekalan sehingga 30 – 50 minit.

2. Mengurangkan stress
Sebagaimana juga senyum, ketawa juga mampu mengurangkan stress yang kita sedang hadapi. Ketawa mengurangkan paras hormon stress. Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV. Oleh itu, ketawalah kerana ia berkesan untuk mengatasi stress.

3. Membaiki pernafasan
Kesan ketawa boleh membersihkan paru-paru. Ini sama seperti kita menarik nafas dalam – dalam. Ketawa amat membantu mereka yang mengalami masalah pernafasan seperti asma. Semasa stress juga pernafasan menjadi pendek, menyebabkan pengumpulan karbon dioksida dan sisa udara di dalam paru-paru. Ketawa di perut memaksa udara keluar dari paru-paru hingga ia menjadi kosong, diikuti dengan tarikan nafas yang dalam. Oleh itu, ketawa berulang kali boleh membersihkan tubuh dan menjadikan ia lebih bertenaga kerana kemasukan oksigen yang baru. Jangan lebih – lebih pulak. Kang tak pasal – pasal orang lain ingat korang peserta Hospital Bahagia.

4.Memperbaiki aliran dan tekanan darah
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah.  

5. Melonjakkan sistem imun
Sepertimana senyum, para penyelidik mendapati, ketawa juga dapat meningkatkan sistem imun kita yakni menambahkan bilangan penghasilan antibodi (T-cells). Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan. Ini menjadikan kita lebih payah diserang penyakit batuk dan selesema.

6. Tidur yang lena
Sering kali kita sukar mendapatkan tidur yang lena apabila menghadapi masalah dan stress. Ketawa dan gelak sebelum tidur boleh membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak. Ha, siapa yang tak boleh tidur, gelak la korang. Gelak slow – slow sudah la. Kang ada jugak yang tak boleh tidur sebab dengar ada orang mengilai tengah malam. (korang la tu).

7. Ubat penahan sakit
Ketawa merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara. Ketawa menyebabkan orang yang sakit lupa akan kesakitannya untuk seketika. Kajian yang dijalankan para penyelidik mendapati, kanak-kanak yang menonton filem komedi lebih tahan menghadapi sakit.

8.Merupakan senaman
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal. Sesiapa yang malas nak mendayung kanu, malas nak kayuh basikal, pakat suka ramai – ramai. Ketawa ramai – ramai. Amacam? Agak – agak boleh kurus tak?

9. Beberapa manfaat kesihatan psikologi
Ketawa boleh meningkatkan keyakinan diri dan memberi kekuatan mental untuk kita berdepan dengan konflik dan cabaran hidupKetawa juga membantu kita mengatasi depresi dan rasa bimbang. Ia membaiki kesihatan mental dan membantu kita melupakan segala tekanan dalam kehidupan seharian kita yang serba sibuk ini. Maka perbanyakkanlah senyum dan ketawa dalam kehidupan seharian kita.  Tapi, kadang – kadang bahaya jugak kan? Banyak – banyak senyum, banyak – banyak ketawa, sure – sure komuniti ingat korang ni otak dah senget.

Aku tergolong dalam golongan yang mudah ketawa. Memang senang nak ketawa. Sampaikan ada orang panggil aku kanak – kanak Ribena. Katanya, sebab aku riang dan ceria. Aiseh. Mak aku dah berapa kali tegur. Katanya, lebih - lebih ketawa pun tak boleh jugak. Memang tabiat ni, kurang cantik. Tabiat aku ni, sampai terbawa – bawa ketika sesi temuduga. Ha, ambik kau. Padan muka. Orang lain bukan main serius, fokus bila berdepan dengan panel. Aku? Siap boleh gelak dengan panel. Aduh. Memang awal – awal aku kena reject ni. 

Bermula dengan Encik panel panggil aku. (panggil Encik panel. Tak sempat nak berkenalan. Nama kat baju pun tak ada) Dengan semangat wajanya, aku pergi ke tempat di mana panel C berada. Aku serahkan borang, kemudian, aku duduk. Baru je duduk, Encik panel hulurkan sehelai kertas pada aku.

“Tandatangan kat nama awak,” Encik panel itu bagitahu pada aku sambil letakkan highlight depan aku.

Aku dah mula pelik. Apasal pulak kena tandatangan dengan highlight? Colour kuning pulak tu. Tapi aku biarkan je. Maybe peraturannya macam tu kot. Aku pun apa lagi. Terus turunkan tandatangan. Baru je highlight tu nak sentuh kertas, terus Encik panel tu sound kat aku.

“Ya Allah, awak tak ada pen ke?,” Aik, macam perli aku je?

Aku mula terpinga – pinga. Encik panel terus keluarkan pen dari poket beliau.

“Ada ke tandatangan guna highlight,” Encik panel mula sindir aku.

“Abih, hulur highlight, ingat suruh tandatangan guna highlight.” Masa tu dah mula gelak. Malu sendiri. Betul jugak. Mana ada orang guna highlight. Aiseh.

“Saya bagi highlight sebab tak nak bagi kertas terbang,”

Aku dah tak boleh nak tahan aku punya ketawa. Lepas tandatangan, aku duduk balik. Sambil – sambil cakap, beliau belek aku punya dokumen. Selang pada tu jugak, aku memang ketawa memanjang. Aiseh. Tengah cakap – cakap, tiba – tiba je slip periksa SPM aku terbang melayang. Jauh pulak tu. Takkan aku nak suruh Encik Panel tu ambil. Jadi, aku la pergi ambil. Bila aku bangun dari kerusi, semua mata yang menunggu untuk ditemuduga tengok aku. Ingat aku dah habis la tu. Tak la. Tak habis lagi. Kena kejar slip periksa yang terbang makin jauh tu.

Malu kot. Kalau dapat result lawa tak pe la jugak. Terbang la sampai Uganda sekalipun. Aku bahagia. Ni result.... entahlah...Aduh. Lepas kutip aku punya slip, aku duduk balik. Time tu, ketawa aku lepas. Memang tak boleh nak kawal. Encik Panel pun turut serta sekali. Sepanjang sesi temuduga, memang aku gelak. Kejap – kejap gelak. Kejap – kejap gelak. Jadi sesi temugelak ke apa ni…

Habis je sesi temuduga, aku intai yang lain pulak. Semua serius amat bila berhadapan dengan panel. Aku? Apa hal pulak gelak. Masa tu memang aku dah agak. Sure tak dapat punya ni. Orang lain bukan main serius. Fokus. Aku? Haha. Hancur temuduga aku.

Aku cerita pada family aku, memang sakit telinga kena sound dek kakak - kakak aku. Pergh, pedas amat. Penat - penat datang ke Terengganu semata - mata untuk sesi temugelak. Siapa yang tak mengamuk. Aku terbaca satu sabda Rasulullah SAW,

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu banyak tertawa kerana ia mematikan hati kamu,”

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh macam aku ni. Kalaulah orang nak masuk meminang aku, memang awal - awal kena reject ni. 

Nak ketawa, nak gelak, boleh je, tapi biarlah berpada - pada. Kadang - kadang, kita terlalu banyak ketawa, terlalu banyak gelak, menyebabkan kita lupa dunia. Cayalah. Orang yang banyak menangis di dunia mereka akan banyak tertawa di syurga. 

Jadi, nak kurangkan ketawa, menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-
 
 (1) Kerana memikirkan akhirat
 (2) Kesibukan mencari keperluan hidup
 (3) Risau memikirkan dosa
 (4) Apabila tibanya musibah dan bala.
 
Jika seseorang sibuk memikirkan perkara itu, maka dia tidak banyak tertawa kerana banyak tertawa bukan sifat seorang Mukmin. Seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas r.a. “Sesiapa yang tertawa ketika membuat dosa, maka dia akan menangis ketika akan masuk neraka.”

Jadi, Ana IsariM, ambil ibrah dari pengalaman temuduga yep...!!! Jangan banyak ketawa. Berpada - pada...

3 comments:

  1. Replies
    1. Yap... untuk dQ... Hancuss harapan nak tumpang sekaki kat awak... :(

      Delete
  2. mira..biar betul mg punye tmduge cm ni...

    ReplyDelete