Tuesday 28 May 2013

Imej aku

Assalamualaikum



Dup dap dup dap... jantung terkeluar. Result berapa hari saje lagi. Lulus? Boleh balik bercuti. Gagal? Stay untuk beberapa hari. Allahurabbi. Gerun. Tapi macam mana pulak result kat akhirat nanti? Lulus? Alhamdulillah, masuklah kamu ke syurga nan indah. Gagal? Masuklah kamu ke neraka Jahannam. Nauzubillah. Minta dijauhkan. Banyakkan amalan – amalan sunat dan penuhilah amalan – amalan wajib...^^



Dah nak habis dah aku sem 1 ni. Huhu. Time first masuk, almaklumlah, masuk ke kolej yang tak ada orang aku kenal. Semuanya orang asing bagi aku. Jadi, masa tu hati aku tergerak. Adakah aku mahu stay dengan bertudung labuh atau dalam erti kata lain, imej ‘ustazah pilihan’ ataupun tidak. Masa tu hati dalam serba tak kena. Boleh aje aku nak ubah imej aku kepada yang lebih ranggi atau lebih feminine atau kekalkan imej aku yang dahulu yang dikatakan ala ‘ustazah pilihan’ gitu (wek.. padahal perangai tahap evil). Lagipun family aku duduk jauh. Dan aku seorang sahaja yang ada kat Ipoh ni. Kalau dulu, lain. Aku kat Selangor. Maka, ada abang dan kakak aku yang menjadi askar pada mak aku, yang mengawal segala benda yang aku buat. Jadi, bila dah tercampak kat Ipoh ni, aku rasa aku boleh bebas..*panah petir

Yup. Aku nak try kehidupan biasa. Mahu jadi seperti orang lain. Mahu ber’couple’,mahu bebas bergaul, bebas berpakaian yang mana ikut trend ala masa kini. Aku pernah nak cuba buat semua itu. Dalam seminggu aku orientasi, aku fikir benda itu semua. Sama ada bertukar kepada imej yang baru, atau kekalkan pada imej yang lama. Orang kata, bila dah merantau jauh ni, senang kena culture shock. Adakah aku menjadi seorang yang seperti itu? Aku sendiri bingung. Kebetulan time minggu orientasi, kena pakai baju T-shirt yang disediakan. Jadi tak nampak sangatlah imej sebenar aku ni. Dan time tu juga aku fikir masak – masak.

First sekali, aku cuba menjadi seramah mungkin. Bila orang tegur aku, akulah manusia paling ramah. Tapi biasalah. Dah macam jakun pun ada. Malu sendiri aku bila aku ingat balik. Lebih – lebih lagi dengan lelaki. First, rasa seronok sebab dapat berkenalan dengan lelaki. Tapi lepas tu aku rasa something wrong. Memang ar happy berkenalan dan bergurau senda dengan lelaki. Best la jugak. Tapi pada masa yang sama, hati aku rasa lain. Hati ak tak tenang. Aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana. Okey. Ini seriously tak menjadi. Maka, jadilah aku seorang yang pendiam. Wakaka. Yeah Amira yang pendiam. Pengsan. Padahal kaulah manusia paling banyak bercakap.

Bila misi untuk beramah mesra gagal, aku bertukar kepada pakaian pulak. Pakai tudung yang ala – ala singkat sikit gitu. *panah petir. Tapi lain pulak yang aku rasa. Ingat lagi nampak macam ranggi la kononnya. Konon okey. Last sekali, tangan aku dok main tarik – tarik tudung tu nak bagi yang singkat tu jadi labuh. Seriously tak selesa. Aku rasa macam pelik. Berangin semacam je... wakaka. Okey. Yang ini lagi failed. Belum sampai sejam, tangan aku dah tak duduk diam. Duk main tarik – tarik tudung kasi labuh. Apa cer bro. Ni nak pakai sampai habis belajar? Memang kirim salam. 

Okey. Misi tudung gagal. Baju pula. Kebetulan baju yang diberi adalah T-shirt rasmi. So, okeylah pakainya. Labuh tak jugak. Pendek pun tak jugak. Alhamdulillah aku pilih yang dah labuh. Padahal urusetia awal – awal lagi bebel kat aku suruh tukat T-shirt kepada size yang lebih kecil. Tapi aku buat tak tahu. Masalah baru bila aku dengar lelaki – lelaki duk ngumpat tentang wanita – wanita. Oh tidak. Tentang hot tak hot. Tentang besar tak besar. Perghhh. Mata besar ala doraemon. Masa tu mengucap panjang aku. Terus aku cancel nak pakai baju singkat. Wahai wanita, hati – hatilah. Peliharalah auratmu sebagaimana kamu pelihara nyawamu.

Hari last minggu orientasi, aku termenung sendiri kat surau. Hari last, bermakna bila dah start kelas, pakai baju biasa. Terserah. Nak pakai singkat ke, kecik ke, tak ada orang nak larang. Aku fikir balik. Betul ke keputusan aku nak buat ni. Tapi, bila aku tak ubah imej aku, bermakna aku seorang sahajalah bertudung labuh. Mesti aku senang kena attack dengan cikgu(wakaka apa punya pemikiran daa...). Mesti orang lain takut nak kawan dengan aku. Mesti orang fikir aku ni terrorist. Oh tidak. Aku dalam dilemma. (wakaka.. bajet gila)

Apa aku buat? Aku cuba ingat balik perjalanan aku ketika aku mula – mula berhijrah ke arah yang lebih baik. Ya. Memang perit. Takkan aku nak ubah sebegitu mudah. Umpama aku dah panjat pokok yang dipenuhi kerengga semata – mata nak ambil buah. Bila dah dapat buah, aku buang setelah habis satu badan digigit kerengga. Tak ke sia – sia. Lepas tu, aku ingat balik kata – kata sahabat aku. Mahfuzah. Dia masih kekal berimej tudung labuh. Aku tengok kawan – kawan dia, semua biasa – biasa sahaja. Dan hanya dia seorang yang bertudung labuh. Dia pernah berkata pada aku, 

“aku tak takut orang ban aku tapi aku takut Allah ban aku...” *gulp. Panah petir.

Kalau Mahfuzah boleh buat, kenapa aku tak boleh buat. Ya dak? Then, aku ingat balik kata – kata mak aku. Bicara mutiara sebelum dia meninggalkan aku kat Ipoh ni.

“Mak percayakan Ira. Mak serahkan 100% kepercayaan pada Ira. Ira dah belajar agama. Gunakan agama sebagai panduan dan pedoman. Bukan sebagai hiasan. Jaga diri. Jaga iman. Dan yang paling penting, be yourself,”.


 
Aku nangis laju – laju. Balik surau, terus aku kemas baju – baju aku dan aku keluarkan semua tudung – tudung labuh aku. Aku gosok semua tudung – tudung tu. Alhamdulillah. Aku masih Mira yang dulu. Tak adalah Mira yang Rock, atau Mira yang feminine (muntah hijau). Ada orang cakap, aku pakai kain langsir. Ada orang cakap aku pakai selimut. Lantaklah apa korang nak cakap. Asalkan hati aku tenang dan jiwa aku tenteram. My life my choice. Aman tanpa perang.

“...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...” (Surah Ar Raad ayat 13)

Wearing a jilbab or a long hijab doesn't automatically makes you a "ustazah". In fact, you don't have to wear those to be a true ustazah. ^^



No comments:

Post a Comment