Sunday 19 May 2013

Jom Hijrah..^^


Assalamualaikum

Ini biasa yang aku terima. Merungut sebab banyak dugaan bila hendak berubah. Berubah ke arah kebaikan. Standard la tu kak. Dugaan itukan mengajar kita erti sebenar kehidupan. Kalau tak ada dugaan tak thrill la hidup ni. Ecece... cakap tak serupa bikin. Padahal bila kena batang hidung aku, terus meraung.

Orait. Aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri. Ko ingat aku baik sangat ke? Ingat aku ni, lahir – lahir dari perut my beloved mum, terus jadi anak yang taat? Anak yang mendengar kata? Anak yang solehah? Wakaka... kalau orang kenal aku sejak daripada kecik, mesti diorang akan kata yang aku ini mustahil akan jadi orang. Lebih baik jadi orang – orang... wakaka. Kalau aku tak jadi orang – orang, siapa yang nak jadi orang – orang...???

Kalau yang kenal aku suatu ketika dahulu, ketika di zaman jahiliah, aku bukanlah seorang yang baik. Pakaian pun cukup – cukup je pun. Jeans, memang tak lepas daripada aku. Sampaikan jin tak ada seluar nak pakai. Bila mak aku tegur aku buat muka slumber. Padahal baru sekolah rendah. Dah tunjuk belang. Wakaka. Tudung pun dulu cukup – cukup makan je. Lepas tu selalu angkat tudung tu melepasi paras dada. Ngeh ngeh... walhal mak aku beli tudung bukan main besar untuk aku pakai. Pastu perangai aku ni mengalahkan lelaki. Aku tak ada kawan perempuan. Memang tak ada langsung batasan antara lelaki dan perempuan time tu. Bila aku ingat balik, memang seriously, aku gila time tu. Haha...

Dan...Ting... bila masuk form 1 terus aku tercampak kat sekolah agama. Kejutan budaya wo... jean tak boleh pakai. Tudung bawal tak boleh pakai. Stoking kena pakai... bla.. bla.. bla... aku pun pening nak ikut. Mana aku boleh ikut, aku ikut. Mana tak, aku buat tak tahu... wakaka... dan bila Allah dan campakkan kesedaran untuk memahami agama dengan mendalam pada diri aku, aku slow – slow berubah.

Dari pihak family, Alhamdulillah. Mereka banyak menyokong aku. Mak ayah aku sangat supportive dan adik – beradik aku pun sama walaupun kenkadang diorang ni kuat kutuk aku. Ala adik-beradik je pun... Tak yah ambik hati sangat la. Buat tak tahu je bila diorang kutuk ke, ejek ke apa ke... sebab walau jahat mana pun diorang, seriously... dioranglah akan menjadi sumber kekuatan kita. Percayalah. Sumber kekuatan untuk jadi baik. Sumber kekuatan untuk berubah. Kalau kita tak bantu family dari jatuh ke dalam neraka, siapa lagi? So, lebih baik kita berubah untuk jadi baik, dan terus menerus ajak dan bantu mereka untuk jadi baik... takkan nak suruh mak jemah kampung pisang tolong kan???

Dari pihak kengkawan. Ha ni, kena kuatkan hati, teguhkan iman. Biasalah... manusia. Mana suka tengok manusia lain senang. Apapun mereka kutuk, apapun mereka caci, apapun mereka maki. Lantak lah. Bukan diorang yang tolong jawab soalan malaikat Munkar dan Nakir kan? So, pedulilah apa diorang nak cakap. Diorang pulau??? Relaks la beb. Macamlah Allah ciptakan manusia ini 10 orang je dalam dunia. Berlambak lagi manusia yang boleh dijadikan sahabat. Yang pasti, kena pandai pilih sahabat. Sahabat yang membawa kita ke jalan yang diredhai. Tak jumpa jugak??? Tak apa, kita ada Allah. Itulah pegangan aku ketika aku masih terkapai – kapai nak cari sahabat bila pindah kolej baru. Mahu tak menangis aku ni. Nak cari kawan yang memahami aku sangat susah. Siapa yang nak kawan dengan perangai macam Hitler ni...? Tapi seriously, masa tu, hidup aku hanya study, kelas dan surau. Bila dah tak ada kawan ni, maknanya tak ada tempat mengadu nasib la kan. So, pada Allah lah aku adukan. Dan itu membuatkan aku semakin dekat dengan Allah. Alhamdulillah.

Satu lagi, bila nak berubah ni, kita kenkadang lupa kita ni sedang dalam fasa hijrah. Sebagai contoh, biasa kita sentuh tangan bukan mahram. Sengaja. Tapi bila dah berhijrah, maybe adalah sekali dua terpegang ya tak? Tak apa... bila dah teringat, istighfar. Aku pun dulu camtu jugak. Dulu biasa nak bertepuk tampar dengan lelaki, nak cuit lelaki. Tapi sekarang mana boleh. Slow – slow aku belajar. Susah jugak wo... kekok semacam je. tapi nak buat macam mana. Dah memang bersentuhan dengan bukan mahram adalah haram.





 “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani)



Apapun, nak berubah, teruskan berubah dan istiqamahlah. Biar sedikit tapi beristiqamah. Hari ini pakai tudung singkat. Esok, labuhkan sedikit. Lusa labuhkan lagi. Dari yang gemar tinggalkan solat, perlahan –lahan  berdisiplin dalam menunaikan solat...Bagi aku, orang yang cuba untuk berhijrah adalah orang yang hebat berbanding orang yang dikurniakan latar belakang agama yang sempurna tetapi tidak mengamalkan apa yang dimiliki. Biar buruk rupa, tapi mempunyai akhlak yang mulia, dia adalah manusia yang berwajah indah. Itu pendapat aku. Dan buat semua muslimin dan muslimat yang berusaha untuk berhijrah, May Allah Bless You...^^ 

Manusia boleh hebat dalam berkata-kata belum tentu dia hebat "berkata-kata" di hadapan Allah...~^^


No comments:

Post a Comment