Wednesday, 27 March 2013

Aku rindu kalian...


Assalamualaikum

Sahabat tercinta aku post kat fb... mahu nangis... teringat memori indah menempuh suka dan duka... Subhanallah... 

:: ku LAyArkAn kERinduAN dI LAutAn mEm0rI...

:: mEngImbAu kenAnGAn IndAh yAng mEnyENtuh EmoSI...

:: kInI,,kAu tElAh pERgi jAuh mEnGEjAr cItA..mEnggApAI rEdhA yAng Esa...

:: sAhAbAt...wALAu jArAk mEmIsAhkAn kitA sEmuA...

:: nAmun tiAdA noktAh kAsih yAng tELah tErbInA sEkiAn LamA...

:: biArLAh wAktu mEnEntukAn nILAi ukhwAh yAng tErjALin...

:: tEruskAnlAh pErjuAngAn kALIAn hinGGa kE titisAn dArAh tErakhIr...

...sEm0gA sAhAbAt2ku bErAdA dAlAm jAgAan ALLAH sELAlu (FI HIFZILLAH) :)...

...ak tErsAngAtLAh rIndu k0rAng...

...rIndUkAn nAsIhAt k0rAng...(wALAupun wAktu duLu2 ak x pErnAh amik kesAh pun)

...rIndu nAk st0ry tELling ngAn k0rAng...(EspEciAlly timE tAsmi' n study) :P 

...rIndu nAk 'g0t0ng r0y0ng'...(pELAnggAn tEtAp puz0h,cAh n mAdiE) :D

...rIndu nAk mAkAn mEE sUp kAt dEwAn...(EspEciALLy tImE x d0p sudu) :B

...rIndu nAk mAin nEtb0L ngAN k0rAng...

...rIndu nAk dEngAr suArA k0rAng bAgI s0k0ngAn kAt ak...(tImE mAsmAt khususNyA)hee

...rIndu nAk nAik bAs IMTIAZ sAmE2...(gi mydIn n GiAnt,,,LmbAt knA mrAh ngAn p0klAn)kih3 

...rIndu nAk sukA2 ngAn k0rAng...

...rIndu nAk ngAjuk ngAn k0rAng...

...rIndu nAk kEnA mArAh ngAn k0rang...

...rIndu nAk gAduh...

#semua ak rindu....x m0 tlis dh..nk banjir dh#

,,,,cuma ak harap ukhwah kita smpai ke syurga,,,,aminnn


Lastly... wahai Tengku Aisah yang tercinta... Uhibbukifillah... I love you, until Jannah... I.Allah....

Wednesday, 20 March 2013

Pengurusan stress


Assalamualaikum

Dah kenal pasti bahawa anda stress atau tak??? haha...  Kalau tak sedar diri bahawa anda stress, sila tutup PC anda dan tarik selimut, terus tutup mata. Pesanan, jangan dilupa baca doa tidur terlebih dahulu. Yang telah yakin dan bertekad bahawa diri anda stress, sila sambungkan bacaan anda.

Pengurusan stress. Nak kuruskan lagi stress kita, apa yang nak buat??? Check it out:

Kenalpasti penyebab stress(stressor) dan reaksi fizikal/emosi

Stress? Jangan nak amik mudah sangat. Abaikan jangan sesekali. Kenalpasti keadaan yang menyebabkan stress. Cewah... dah macam citer CSI lak... Penyiasat kepada diri sendiri... Lepas dah siasat, hadapilah ia secara rasional dan penuh tatatertib. Fokuskan penyelesaian permasalahan anda ke arah yang positif. 

Kenalpasti faktor-faktor yang boleh diubah

Sekarang, mana - mana bahan sama ada objek, manusia, makanan dan sebagainya yang meyebabkan anda stress, sila jauhi dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Jika makanan yang bikin anda stress, jauhi makanan anda... Kalau gastrik, aku tak nak tanggung... Kalau gambar ex-boyfriend anda yang buat anda stress, campakkan gambar tersebut ke dalam tong sampah dengan buat gaya ala-ala Micheal Jordan meyumbat bola. Jika tidak mampu, serahkan kepada adik-adik anda yang berusia bawah 2 tahun untuk dikoyakkan. Kalau suami/isteri anda mendatangkan stress, maka jauhilah dia... Eh??? Lempang laju-laju... Jangan ikut...

Kurangkan intensiti reaksi emosi terhadap stress

First sekali, jangan over-reacting sangat. Masalah kecil je pun tapi reactionnya melebih. Kalau boleh masalah yang remeh jangan diperbesarkan sangat. Jika boleh berbincang, bincanglah. Haha... sesetengah orang, suka sangat amik sesuatu masalah yang kecil, diperbesarkan. Banyak orang dah aku jumpa. Terutama bila dah masuk kolej baru ni..Boleh tension la bro... Agak-agak mak cik kantin pun boleh ikut stress tau. Next, kalau boleh, kurangkan sikap 'kalau..., 'kalau..., Yang ni, boleh mendatangkan stress tahap kronik tau... haha. Aku paling tak suka bila jumpa orang macam ni. Kalau macam tu, hidup membosankan... tak boleh nak teroka dunia... And, lastly, pastikan anda hidup bukan untuk gembirakan orang lain. Yang ni fikir-fikirkan...

Kekalkan ketahanan emosi

Kongsi perasaan anda. Tak kira suka, duka, sedih dan sebagainya. Sharing is caring gitu. Lagipun, apa tujuan Allah anugerahkan sahabat - sahabat? Mak ayah, atuk and nenek... Kongsilah bersama mereka... Sure korang rasa lega... Next, cuba belajar memaafkan orang lain. Bagi yang pendendam tu, cuba - cubalah belajar memaafkan orang lain...berlapang dada dalam erti kata lain.. wahaha,,, aku tersentap... Lastly, jangan cuba kawal sesuatu yang anda tak boleh nak kawal. ia tidak semudah detective conan menyelesaikan masalah. Tidak juga seperti Ultraman menewaskan musuh-musuhnya, raksaksa,..

Tingkatkan ketahanan fizikal

Perhatian, ini bukan temuduga untuk masuk tentera. Just nak didik, supaya bersenam dan amalkan hidup yag sihat. Diet pemakanan yang seimbang penting. Nak elak obesiti. Kang bila dah obesiti, bertambah - tambah stress pulak kang. Next, elakkan nikotin dan minuman kafein. Sesetengah suka merokok sebab nak kurangkan stress... Betul ke??? Wahaha... Boleh diterima akal bagi perokok tegar, tapi, untuk 10 tahun akan datang, maka bertimpa-timpalah stress anda disebabkan rokok itu sendiri. Tidur yang cukup juga penting wo.. Aku pernah alami tak boleh tidur time exam biologi. Rasa macam nak nangis. Hilang sudah nikmat tidur.                          
Esok pagi bangun, rasa macam blur blur je otak aku. Nak jawab exam pun rasa macam jawab tak jawab je... Dugaan

Jadi, kawal stres korang. Jangan biarkan diri anda dikawal stres...^^


Monday, 18 March 2013

Stress...!!!!





Asslamualaikum

Stress... wahaha... minggu exam... biasalah... hanya yang genius tahap kronik kata exam itu tak stress... tapi bagi manusia biasa macam aku... agak stress di situ. Bagi manusia yang sukakan cabaran, I like exam... whoaaaaa...

By the way, apa makna stress???Meh sini aku nak kongsi sikit....

Bagi golongan cerdik pandai...



Holmes, 1979

Stress itu merupakan peristiwa yang menyulitkan atau menyusahkan...


Anderson, 1978
Stress itu merupakan situasi atau pemikiran yang menyusahkan...

Folkman & Lazarns,1984
Stress adalah tanggapan seseorang mengenai sesuatu situasi & cara ia menyesuaikan diri...



Aku, 2013
Stress merupakan rasa tension tahap gaban sehingga boleh membawa kepada tingkah laku yang tidak diingini seperti makan melebihi had laju, berjalan di tengah hujan ala - ala filem hindustan dan menyanyi lagu dalam tandas sambil feeling dialah suara paling best.

Sebenarnya, stress merupakan reaksi diri atau badan terhadap sebarang kesukaran... Atau, stress ini lebih fokus kepada keadaan atau peristiwa yang mengganggu gugat ketenteraman jiwa dan akal yang membawa kepada tanggapan yang diri atau badan tidak mampu hadapi kesukaran... and the last... keadaan atau sesuatu yang menekan...

ANDA STRESS??? JOM SEMAK...

 Tanda-tanda stress fizikal:

    • sakit dada
    • hilang selera makan
    • rama-rama terbang dalam perut (butterflies fly in the stomach)
    • cirit -birit
    • mulut kering
    • kerap kencing
    • jantung berdegup kencang


    Tanda – tanda stress emosi:

    • rasa bimbang dan takut
    • rasa tertekan
    • konflik
    • menangis
    • tiada tumpuan
    • keluh kesah
    • rasa sedih
    • rasa tegang dan tak mampu nak bertenang

    Sebenarnya, bagi aku la, stress la yang mengajar tentang erti sebuah kehidupan. Cuba bayang kalau tak ada stress. Sure hidup tak ada nikmat. Contohnya, time nak hantar report... tak ada due date. Lecturer cakap, ikut suka hati kaulah nak hantar bila - bila... kalau aku, sumpah aku tak hantar. Sumpah aku tak buat... wahaha... Macam cikgu aku, cikgu Nazir... guru Kemahiran Hidup. Beliau pernah citer yang beliau hanya akan study bila esok dah nak exam. Sebab apa, sebab time tu jantung beliau akan berdegup kencang sebab banyak lagi tak baca. Time tu la beliau baru belek buku. Dan time tu jugak, apa yang beliau baca, beliau akan ingat... haha... hebatkan??? Kalau aku??? tak ada maknanya....

Saturday, 1 December 2012

Cerpen: Cintaku buat sahabat



Amira duduk berteleku di dalam Surau Al-Muttaqin. Fikirannya kusut. Dia buntu. Amira menghela nafas berat lalu menyandarkan tubuhnya pada dinding surau. Dipandang ke arah tengah surau. Kosong. Para pelajar beransur pulang ke dorm masing-masing. Hanya tinggal beberapa pelajar yang setia menghuni di surau itu. Ada yang sedang membaca al-Mathurat dan ada yang membaca Kalamullah. Suasana itu sedikit sebanyak memberi ketenangan pada dirinya.


“Assalamualaikum,” satu suara mematikan lamunan Amira. Dipandang wajah yang memberi salam tadi. Qaniah. Sahabat seangkatan dengannya.


“Termenung jauh nampak. Teringatkan kekasih hati ke?,” Qaniah bercanda. Cuba mengukirkan senyuman di wajah Amira.


“Hish. Mana ada. Mengarut sahaja Nia ni. Saya mana ada kekasih hati.” Ujar Amira sambil mengukirkan senyuman. Namun hambar sekali dimata Qaniah.


Qaniah memandang wajah Amira. Wajah keruh Amira menceritakan segalanya. “Habis tu? Ada masalah?,”


Amira memandang ke wajah Qaniah. Menggeleng pun tidak, mengangguk pun tidak. Jika diikutkan kehendak hatinya, mahu sahaja dia luahkan segala apa yang terbuku di hatinya. Tetapi, dia sendiri tidak tahu dari mana dia hendak mulakan.


“Cubalah cerita. Jangan malu, jangan segan. Mana tahu, kalau saya boleh tolong. Kalau saya tak boleh tolong pun, mungkin membantu awak untuk rasa lebih lega,” ujar Qaniah lagi. Memujuk sahabatnya itu agar meluahkan segala masalah yang membebaninya. Tidak sanggup lagi melihat wajah kelat Amira.


Amira cuba mengukir senyuman.


Biarpun pahit untuk diluahkan, hatinya tekad.


Sahabat – sahabatnya tidak akan sesekali terlibat dalam masalahnya.


Itu janjinya.


Suasana sepi. Qaniah menghela nafas berat lalu melemparkan senyuman kepada Amira.“Tidak mengapalah Mira. Mungkin sekarang ini, awak belum bersedia. Nanti, kalau awak dah bersedia, carilah saya atau sahabat – sahabat kita yang lain. Mereka akan sedia membantu. Insya-Allah.” Ujar Qaniah sambil menggosok bahu Amira. Amira tersenyum sekadar menyedapkan hati Qaniah. Qaniah berdiri lalu melangkah meninggalkan Amira. Memberikan Amira ruang untuk mencari ketenangan.


“Oh ya.” Qaniah berhenti seraya berpusing memandang Amira. “Allah pernah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286.



"Dan Allah tidak akan membebani sesuatu kaum itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"



“Semua masalah ada penyelesaian. Saya yakin awak boleh melalui dugaan ini. Biarpun berat, biarpun lelah. Sabar dan bergantung haraplah kepada Yang Satu. Itu kuncinya,” ujar Qaniah tenang.



Amira mengangguk lembut lalu melemparkan senyuman kepada Qaniah. “Insya-ALLAH,”.



“Saya pergi dulu,” Qaniah meminta diri lalu melangkah pergi.



Sebaik sahaja Qaniah hilang dari pandangannya, Amira melepaskan nafas berat.



“Ya Allah, hanya padaMu tempat aku mengadu,”


***


“Mira,” Rasyidah menegur lembut. Bahu Amira sedikit terangkat. Terkejut dengan sapaan Rasyidah. Segera dia berpaling memandang wajah Rasyidah. Amira melemparkan senyuman buat Rasyidah. Rasyidah tersenyum. “Ada apa dalam minuman tu sampai tenung macam tu sekali?,” Rasyidah cuba bercanda. Terlukis keresahan di wajah Amira. Puas ditanya kepada sahabat – sahabatnya tentang perangai Amira yang sering termenung dan muram sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Namun,jawapan yang diterima, hampa sekali. Tidak tahu tentang masalah yang dihadapi Amira.


“Ada – ada sahaja Rasyidah ni,” Amira membalas lalu memandang kembali minumannya. Suasana sepi seketika.


Rasyidah melepaskan nafas berat. ‘Apa yang aku boleh lakukan untukmu, wahai sahabat? Katakan sahaja, akan aku bantu sedaya yang kumampu’. Mahu sahaja Rasyidah bertanya tetapi sekadar terlafaz di hati.


“Assalamualaikum, maaf kami lewat. Teacher Suriani lepas lewat hari ini,” Dini yang baru sahaja tiba di kafeteria, riang menyapa Rasyidah.


“Waalaikumusslam. Tidak mengapa. Lagipun kami baru sahaja sampai. Mana Iylia dan Ainsyah?,” tanya Rasyidah sambil matanya ligat mencari kelibat Iylia dan Azimah di belakang Dini.


“Ada, mereka sedang membeli minuman. Usrah kita kali ini, apa tajuknya?,” tanya Dini laju sambil melabuhkan punggung bersebelahan Rasyidah. Biasanya, pada waktu rehat sebegini, selepas solat dhuha, mereka akan berkumpul di kafeteria dan mengadakan usrah pendek sekiranya tiada sebarang komitmen.


Rasyidah tersenyum melihat gelagat Dini. “Adalah tu. Sirrun,”


“Ala, apa pulak rahsia – rahsia ni. Ilmu Allah, buat apa dirahsiakan. Sebarkan, agar sekalian umat, tahu tentang kebesaran dan keagungan Allah,” jawab Dini petah. Rasyidah dan Amira tertawa mendengar kata – kata Dini.


“Amboi, seronoknya ketawa. Tak ajak kami,” ujar Azimah dengan nada merajuk. Gelas berisi air sirap diletakkan di atas meja lalu dilabuhkan punggungnya bersebelahan Amira diikuti Iylia.


“Dia ni, Azimah. Kedekut ilmu,” balas Dini laju sambil mencebikkan bibirnya. Iylia dan Azimah memandang ke wajah Rasyidah. Rasyidah tersengih.


“Tak baik kedekut ilmu tau,” ujar Iylia sambil menjengilkan matanya. Mereka serentak ketawa melihat telatah Iylia.


“Okeylah. Nak tahu sangat kan. Hari ini, kita akan bercakap tentang ujian. Memandangkan exam SPM dah nak dekat ni,” ujar Rasyidah tenang.


“Alah, ni yang buat saya lemah lutut ni. Cakap pasal exam sahaja, mesti rasa nak demam,” ujar Iylia laju.


“Kenapa pula macam tu?,” tanya Rasyidah. Semua memandang Iylia. Menantikan jawapan.


“Takut,” ujar Iylia sambil mencebikkan mulutnya lalu menundukkan wajahnya. Semua tergelak melihat telatah Iylia.


“Takut gagal?,” teka Rasyidah. Iylia mengangguk. Rasyidah tersenyum melihat reaksi Iylia. “Seorang mukmin harus berani. Bukankah kita dah berusaha. Allah kan dah berjanji,  ‘setelah kamu berazam, maka bertawakallah kepada Allah. Iylia kan dah berusaha, insya-ALLAH akan ada hasilnya. Sebenarnya…,” Rasyidah berhenti berbicara lalu memandang ke wajah sahabat – sahabatnya yang tercinta. Semua mata memandang ke wajah Rasyidah. Menanti penuh sabar bicara seterusnya.



“… ujian bukan setakat di atas kertas tetapi juga dalam kehidupan seharian. Saban hari, kita diiuji dan terus diiuji. Kita diiuji dengan godaan syaitan, dalam pembelajaran kita, dan mungkin juga diiuji dengan perasaan.”


“Betul tu. Tanpa kita sedari, kita diiuji dari pelbagai sudut, dari pelbagai arah, dari pelbagai bentuk.” Tambah Dini.


“Tapi, kenapa kita perlu diiuji? Apakah Allah ciptakan manusia untuk diiuji?,” tanya Amira setelah sejak tadi mendiamkan diri.


“Semestinya tidak, sayang. Allah kan dah berfirman dalam Surah Az-Zariyat ayat 56, yang membawa maksud,


“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah”


“Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia – sia,” balas Ainsyah sambil mengenyitkan mata kepada Amira.


Azimah tersenyum. “Tepat sekali, Ainsyah. Allah juga ada berfirman dalam surah Ali Imran, yang membawa maksud,

'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia'

"Lihat, Allah sayangkan kita. Ujian yang Allah berikan untuk kita, bukan tanda Allah tak sayang."


Rasyidah yang mendengar kata - kata Azimah itu mengangguk lembut. "Dalam surah Al-Ankabut, ayat 2 dan 3 yang bermaksud,

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”


“Ujian daripada Pencipta kepada hambaNya untuk melihat sejauh mana kita bergantung kepadaNya. Untuk melihat sejauh mana kita beriman kepadaNya. Untuk melihat sejauh mana kita percaya tentang kekuasaanNya. Saban hari bibir kita basah mengakui kita beriman kepadaNya dan ternyata, Allah SWT menguji bagi melihat sejauh mana kita melaksanakan bicara kita itu.”



“Saya setuju. Lagipun, kalau hidup di dunia ini tanpa ujian, mana best. Tak rock lah. Hidup pun suram sahaja. Macam dalam masakan. Bukan letak gula sahaja. Garam, sos tomato, sos cili, asam jawa, semuanya letak. Barulah masakan itu terangkat,” balas Iylia nakal.



“Yalah tu. Lepas ni jangan nak merungut pulak bila time exam.” ujar Ainsyah sambil memandang Iylia.


“Oh, yang tu lain cerita,” ujar Iylia dengan wajah selamba.


“Pulak dah, kita baru lepas bincang,” Rasyidah membalas sambil menjeling kepada Iylia. Iylia tersengih. Kemudian, kelima – lima sahabat itu tertawa.


Di sebalik keriuhan lima sahabat itu, ada jiwa yang terasa.


Ada jiwa yang terpukul.


***


Amira berlari pantas menuju ke bilik rehat. Tempat di mana sahabat – sahabatnya dikurung. Langkahannya semakin pantas. Bimbang akan keselamatan mereka semua.Sebaik sahaja sampai di bilik rehat, Amira segera memulas tombol pintu. Terkunci. Segera dia berlari ke arah perpustakaan. Dia yakin, ada sebilangan sahabat – sahabatnya dikurung di perpustakaan. Sebaik sahaja dia melangkah, jantungnya terasa berhenti berdegup. Kakinya terasa longlai. Tidak mampu berdiri lagi. Air matanya mula mengalir laju tanpa dipinta. 8 orang sahabatnya tergantung di lampu! Terasa gelap dunianya melihat situasi itu. Kakinya melangkah longlai. Biarpun lemah, digagahkan jua.


“Ika, bangun Ika,” digoyangkan kaki sahabatnya yang tergantung itu. Mengharapkan sahabatnya itu masih bernafas. Matanya memandang tepat pada mata Syafiqah. Mengharapkan sahabatnya itu membuka mata. Namun, hampa. Syafiqah sedikitpun tidak memberi sebarang reaksi. Amira menjadi nanar. Segera dia mendekati Syakirah Omar, Aishah Najeehah, Tengku, Munira, Shahirah, Shahida dan Najwa. Mengejutkan mereka, dengan harapan, sahabat – sahabatnya itu masih lagi bernyawa. Biarpun tipis.


“Syak, bangun Syak. Aku dah sampai ni,”


“Tengku, bangunlah,”


“Aishah, bangunlah. Aku datang ni,”


“Najwa, bangunlah. Jangan tinggalkan aku,”


“Shiah, bangun Shiah. Mira ada ni,” Amira menggoyangkan kaki Shahirah.


“Eyda. Aku dah sampai ni. Bangun, Eyda,” Kaki Shahida digoyangkan.


“Ya, bangunlah. Kan Ya dah janji nak bersama Mira, walau apa jua keadaan sekalipun.” tiada sahutan dari Munira.


Tiada sahutan dari sahabat - sahabatnya.

Tiada sebarang reaksi daripada sahabat - sahabatnya.

Hanya suara Amira bergema. Amira terduduk lemah.


“Korang, maafkan aku. Maafkan aku,” ujar Amira diiringi dengan tangisannya. Tangisan sesalan. Kerana dirinya, sahabatnya terbunuh. Kerana dirinya, sahabatnya mati dalam keadaan tragis. Tergantung di lampu perpustakaan! Kejam!


Segera Amira bangkit. Teringat akan sahabat - sahabatnya yang masih berada di bilik rehat. Masih hidupkah mereka? Segera Amira berlari menuju ke bilik rehat semula. Mengharapkan sahabat – sahabatnya yang lain masih bernyawa. Besar harapannya. Mulutnya tidak putus – putus berdoa agar sahabat – sahabatnya itu masih selamat. Segera ditendang pintu. Gagal. Pintu bilik rehat sedikitpun tidak terbuka. Ditendang sekali lagi. Pintu bilik rehat terbuka sedikit. Ditendang sekali lagi, pintu bilik rehat terbuka. 


Sebaik sahaja pintu rehat terbuka, hatinya luruh. Dunianya terasa gelap seketika. Dihadapannya kini, sahabat – sahabatnya bergelimpangan di atas lantai bilik rehat. Masih bernyawa atau tidak, dia sendiri tidak pasti. Yang pasati, bilik itu dipenuhi dengan percikan darah. Di dinding bilik rehat juga sudah bertukar warna.Air matanya mengalir laju. Langkah diatur memasuki bilik rehat.Mengharapkan ada dikalangan teman - temannya masih bernyawa. Dipandang satu persatu wajah sahabat – sahabatnya yang dicemari dengan darah. Lalu didekati salah seorang sahabatnya. Nafisah. Amira memangku kepala Nafisah sambil menepuk pipi Nafisah perlahan.


“Nafisah, bangun Nafisah,”. Diam. Tiada reaksi. Diperiksa nadi Nafisah. Tiada denyutan. Amira memejam mata. Hatinya pilu. 


Amira segera mendekati Hasfaiza yang terbaring di sebelah Nafisah. Dipangku kepala Hasfaiza lalu menepuk perlahan wajah Hasfaiza.


“Iza, bangun Iza. Aku ada ni,” ujar Amira dengan suara yang serak. Hasfaiza membuka mata perlahan – lahan.


Tangisan Amira semakin lebat. Gembira. Bersyukur kerana masih ada sahabatnya yang masih hidup. Biarpun keadaan Hasfaiza parah.


“Iza, kau okey? Jangan tinggalkan aku. Aku dah tak ada siapa – siapa lagi,” ujar Amira.


“Kenapa kau sanggup buat kami macam ni? Kenapa kau libatkan kami? Kami tak bersalah. Kau bunuh kami, Mira. Kau bunuh sahabat – sahabat kita. Kau kejam,” ujar Hasfaiza tersekat – sekat.


“Maafkan aku, Iza. Maafkan aku. Aku sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan korang semua. Tapi, aku gagal. Maafkan aku,” ujar Amira. Hasfaiza diam. Perlahan – lahan Hasfaiza menutup mata.


“Iza, jangan tinggalkan aku, Iza. Aku dah tak ada siapa – siapa lagi” Perlahan – lahan pipi Hasfaiza ditepuk. Tiada sebarang reaksi.


Amira meletakkan kepala Iza perlahan - lahan, lalu berdiri. Dipandang satu - persatu wajah sahabatnya yang sudah tidak bernyawa. Dirinya menjadi nanar. Telinganya masih terngiang – ngiang suara Hasfaiza. Bagaikan direkod.

“Kau bunuh sahabat – sahabat kita,”


“Kau bunuh sahabat – sahabat kita,”


“Kau bunuh sahabat – sahabat kita,”


"Kau kejam,"

“Tidak, aku bukan pembunuh!!!,”



~bersambung~

Tuesday, 20 November 2012

Selamatkan Palestin

Selamatkan Palestin

Hari ini, tanah mulia ini bergegar lagi,
Langit cerah bertukar mendung,
Bunyi bising silih berganti,
Hari ini bakal bertambah bilangan Mujahidin.


Lelaki itu bersembunyi di sebalik tembok,
Bertemankan senapang dan peluru,
Biar nyawa menjadi galang ganti,
Asalkan tanah mulia ini mendapat bela.


Kanak-kanak itu berjalan perlahan,
Di jalanan yang berdebu, mengutip batu,
Biarpun kecil, biarpun lemah,
Takkan dibiarkan tanah ini tercela.


Anak kecil itu menangis menagih simpati,
Di sebelah ibu yang tidak bernyawa,
Bagaimana nasib anak kecil itu?
Terbelakah dia atau sebaliknya?


Wanita itu bersembunyi dalam ketakutan,
Di sebalik runtuhan dinding bangunan,
Di sini, maruah wanita menjadi permainan,
Tanpa belas, tanpa perikemanusiaan.


Di manakah tangan-tangan yang mengaku bahawa mereka
adalah sahabat dalam keimanan,
Yang mengaku bahawa mereka seagama denganku,
Di saat maruah kami tercabar, di saat maruah kami menjadi taruhan,
Kalian berada di mana?



Sunday, 18 November 2012

Suara anak Palestin

Suara Anak Palestin

Allah, di manakah ibuku?
Duru-duri pasir menguburkan semua kehidupan,
Allah, di manakah ayahku?
Hamparan pasir nan luas, seolah - olah menutup mata

Allah, di mana aku harus berdiam diri?
Ditutup sebuah benteng yang kukuh,
Menahan rasa lapar dan lilitan perut,
Berapa sisa hidupku? Katakan...

Sendiri dalam sepi...
Allah, aku mahu berlari mengejar mentari,
Dengan langkah kaki dan gapai angkasa,
Langkahku terhenti di hadapan genang air keruh,
Aku pandang wajah lesuku pada cerminan air tenang,
Mengikis semua kerut-kerut kehidupan

Allah...Allah...Allah,
Takkan ku biar tanah Palestin ini dirampas makhluk durjana itu,
Akan kupertahankan tanah mulia daripada mereka,
Takkan ku biar tanahku hancur di tangan mereka,
Kerana tanah ini hanya untuk Islam,
Biar nyawa sebagai galang gantinya...
Allah...

Thursday, 1 November 2012

Masuk Islam vs Dah Islam

"Aku lapar la. Apasal kafe tutup awal?," kata Miesha

"Kafe memang tutup awal sekarang ni. Tak apa, ambik burger ni. Kita makan sama-sama," jawab Hayati sambil mengeluarkan burger yang dibeli siang tadi. Aishah Najeehah tak ketinggalan. 

Meisha tersenyum riang. "Alhamdulillah," kedengaran Meisha mengucap syukur. Segera dia menadahkan tangan. "Bismillahirrahmanirrahim. Allahummabariklana..." Bacaan Meisha terhenti, lalu memandang Hayati.

"Fima..," Hayati memberi klu.

"Fimarazaktana...," Meisha menyambung, dan begitulah seterusnya. Dibantu oleh Aishah Najeehah and Hayati, barulah doa makan dibaca dengan lengkap. Meisha nampak tak puas hati, then, dia bukak file. Ambik satu kertas, dan baca makan sekali lagi berpandukan kertas.

Haha... Sumpah macam ayat novel. Kemaruk novel ke apa aku ni? 


Kertas bacaan doa - doa yang dimelayukan untuk memudahkan Meisha hafal.

Rasa macam nak nangis bila tengok Meisha sungguh - sungguh baca doa makan. Makan burger je kot. Aku yang lahir - lahir beragama Islam ni pun, kenkadang je amal. Rasa lapar, terus ngap. Hua... memang kalah dengan Meisha. Then, bila tengok dia sunguh - sungguh jaga aurat. Boleh tabik spring kat Meisha. Yang beragama Islam pun kalah. Nak turun kafe pun, still pakai sarung lengan dengan stoking. Aku pulak jadi malu dengan diri aku sendiri.(Kadang - kadang pakai tak cukup lengkap).

Tu tak masuk lagi bab solat. Memang Meisha la yang paling awal. Awal - awal lagi dia datang bilik Hayati, untuk belajar solat. Rasa tertampar seketika. Tengok macam mana Meisha, yang baru peluk Islam, sungguh - sungguh belajar tentang agama. Malu pada diri aku sendiri. Malu bro...

Rasa bahagia, bila tengok Meisha gembira when she can hafaz bacaan - bacaan dalam solat. Setiap kali turun study, mesti Meisha akan announcement.

"Kau tahu tak, hari ni aku belajar benda baru. Aku belajar bacaan antara dua sujud." Kemudian, Meisha akan baca sambil Hayati, Aishah Najeehah and Nazihah termasuk aku jadi guru tasmi'nya. Walau still pelat, tapi kira hebat la. Semangat nak belajar and nak improvekan solat tu ada. Allah tak tengok hasil tetapi Allah tengok usaha.

Suka bila tengok Hayati bantu Meisha dalam memperdalami (betul ke tak imbuhan aku ni) agama Islam. "Baca al-Fatihah sekali," haha. Itulah ayat Hayati. Nak suruh Meisha lancar baca al-Fatihah punya pasal. Kadang - kadang naik gelak bila tengok sketsa diorang. Hayati dengan kesabarannya ajar Meisha tentang Islam, dan Meisha dengan ketabahannya belajar tentang Islam sampai jeles aku. Hem hem... Atie, jeles I tau.




Kertas yang Meisha guna time dia masuk kepada Islam.

Aku bukan apa sebenarnya. Aku cuma sedih dengan pelajar - pelajar yang beragama Islam sekarang. Pakai tudung hanya time subjek agama atau kalau berada kat masjid. Time lain, dengan bebas and freenya berfree hair. Adakah tudung@berhijab hanya berhenti setakat di masjid atau kelas agama? Rasa malu pulak dengan yang baru peluk Islam. Tudung tak pernah lepas dari kepala. Aurat still jaga. Ikhtilat pun sama. Jaga jugak. 

Kadang - kadang aku jumpa yang dating bawah pokok kat tempat gelap, bawah sinaran cahaya lampu jalan yang suram lagi menyuramkan kat tepi jalan. Yang aku jumpa, semuanya pelajar Islam. Bertudung. Malu la beb. Kadang rasa lawak gak. Apa kelas dating kat situ. Dating la kat Hotel Paradise ke, Hotel Shielton ke. Baru power. Ni setakat bawah pokok. Kalau pokok tu boleh bergerak, aku pasti pokok tu buat tendangan penalti kat manusia - manusia yang tengah dating.

"Dasar manusia durjana. Kau buat maksiat sebelah aku," kata pokok itu dengan marahnya. Hua... (Sumpah tak lawak ana:P)

"Aku tak dating, aku bincang pasal presentation untuk esok," alasan yang aku dengar. Aku rasa nak gelak guling - guling. Alasan bagi, biar la logik dan diterima akal oleh budak darjah 1. Kalau aku bagitahu adik aku, sumpah dia cakap 'tak betul'. Apa guna pihak kolej sediakan 4 tingkat bilik tutor, library, bilik study, bilik komputer, bilik reakreasi, bilik air. Selesa lagi bergaya untuk korang berbincang. Tak yah nak buat miskin atau berlakon miskin berbincang di jalanan.

One more yang aku nak tekankan, adalah solat. Perghh. Memang susah giler yang amat nak tengok manusia - manusia untuk solat on - time. Ada yang solat Zuhur, sekali ngan Asar (solat nak dekat Asar la tu). Maghrib pun sama. Tuk Bilal dah nak azan Isya' baru solat Maghrib. Tu kira okey la. Yang paling best, ada yang tak solat terus. Hebat betul manusia itu ya. 

Firman Allah: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu (al-Kahf ayat 50).

Firman Allah: Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal" (al-Ma'idah ayat 58).

Time raya haji hari tu, boleh pulak penuh saf kat masjid (aku tekankan untuk kaum lelaki) . Kalau time tak raya haji, separuh saf je. Sedih aku tengok. Masjid sepelaung je kot. Jalan 2@3 langkah, dah sampai. Kalau malas tahap gaban sangat, bagitahu aku, biar aku buat surat untuk pihak kolej. Suruh sediakan wheelchair yang khas untuk pergi masjid. (Cewah, macam aku ketua pelajar kolej... kih kih... biar aku berangan seketika..)

Nampaknya, aku sudah meleter panjang, tapi itulah realiti yang perlu diperserlahkan. Bila aku nak banding kehidupan Meisha yang baru nak peluk Islam, dengan kehidupan pelajar Islam yang lahir memang dah sah - sah Islam. Memang berbeza. Sepatutnya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Nikmat terbesar tu. Kadang kesian tengok Meisha, masih tergagap - gagap nak baca doa. Tapi, semangat dia kuat. Still tak pernah tinggal solat. Dan dia pernah bagitahu aku, dalam gap before Muet exam, dia nak mantapkan solat. Yang dah lahir semulajadi Islam ni, macam mana pulak? Cukupkah 5 waktu kalian solat? Think about it.